Together we are...

Saturday, October 31, 2009

Why should I cry?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..



Why should I cry? Rasanya selama ini saya cuba untuk tidak menangis. Bagi saya, airmata lambang kelemahan saya. Dan airmata bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi. Tapi tah kenapa, malam tadi keinginan untuk menangis tu ada setelah sekian lama cuba menahan untuk tidak menangis. Hehe. Lucu. Leh lak bertanya, “It is better for me to cry this night?” haha. Disebabkan kewarasan hilang, terkeluar soalan tu. Sedangkan nak ikutkan, tak masuk dek akal langsung tanya something yang merepek. Mujur jawapan yang saya dapat, “Cry to Allah. He knows your heart more than anyone else in the world.” Dan perlahan-lahan kewarasan saya kembali di tempat yang sepatutnya. Ya! Allahlah satu-satunya tempat mengadu saya. Kenapa saya nak menangis? Sebab saya membenci diri saya. Kenapa saya benci diri sendiri? Tah... Cuma pendirian saya mudah goyah bila hanya mendapat sedikit gangguan. Sebenarnya tu bukan saya. Bila saya nak sesuatu, dan saya mampu untuk saya miliki, saya akan berusaha mendapatkannya. Tapi, bila saya dengar sesuatu yang tak sepatutnya saya dengar, semua tu melemahkan segala urat-saraf saya. Rasa diri ini tak mampu untuk meneruskan kehidupan. “Istighfar banyak2. Jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan.” Yup. That’s right. Syaitan itu sentiasa ada untuk menghancurkan umat Islam. Dan bila mana seseorang itu kecewa dengan kehidupannya, maka syaitan2 lagi suka mendekati. Mujur saya masih punya iman di dada. Tapi rasanya iman di dada masih belum cukup untuk menepis segala mehnah Allah di muka bumi ini. After kekuatan yang saya bina selama beberapa tahun ni, sepatutnya saya tidak mudah goyah dengan dugaan yang sedikit ini. Kesakitan masa lalu sebenarnya masih terasa sehingga kini tapi, alhamdulillah saya berjaya mengetepikan perasaan sakit itu. Dan sepatutnya saya tak patut biarkan kesakitan itu berulang walupun dalam berbeza situasi kerana yang terimanya saya juga. Bukan orang lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ”Allah tiada membebani seseorang melainkan sekadar kesanggupannya..” Sebenarnya inilah yang membuatkan saya kembali sedar bahawa apa yang berlaku pada diri saya selama ini membuatkan saya percaya bahawa semua itu adalah ujian dari Allah yang saya harus terima. Aturan yang diatur oleh Allah itu tentu ada hikmah yang menanti. Saya teringat sepotong firman Allah,”Adakah kamu dikira beriman sedangkan kamu tidak menerima ujian seperti orang-orang sebelum kamu?” Ya Allah. Terasa diri ini begitu kerdil dan belum tentu sanggup menerima ujian sebagaimana Sumayyah disiksa, dan belum tentu dapat menjadi seperti Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW. Jika dibandingkan diri saya dan mereka, jauh lebih sedikit dugaan yang saya terima. Saya sepatutnya bersyukur dengan sedikit ujian ini. Bukan merintih sayu. Wallahu’alam.

Friday, October 30, 2009

Akhirnya..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Alhamdulillah. Akhirnya dapat gak siapkan dlm bbrapa hari ni. Tapi,macam tak puas hati je lagi. Hehe. Biasala tu, manusia mana pernah puas. (ckp tok diri sendiri). Walauapepun, mungkin ni la yang akan digunakan untuk satu tempoh yang lama. Bukan senang nak edit. Lagi-lagi laptop dan komputer kat umah ni bukan milikku kan.Huhu.. So,,enjoy la ya singgah page ni. Segala kekurangan harap dimaafkan. (macam bagi ucapan masa sek dulu jer.hikhik) Peace Islam!

Tuesday, October 27, 2009

harap bersabar,,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

salam.
sebenarnya tak tahu nak tulis apa.lagipun blog ni pun masih dalam pembinaan.takda apa yang boleh dikongsi lagi.insyaAllah,,akan siap juga dalam beberapa hari lagi sebab saya kesuntukan waktu.jadi,,sabar ya untuk tempoh sedikit masa lagi.syukron..=) oh ya..penantian tu bukan satu penyeksaan. itu cuma menguji tahap keimanan kita..peace Islam!

Monday, October 26, 2009

salam perkenalan,,

salam perkenalan tok semua,,,
slmt mengikuti segala coretan di sini..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...