Together we are...

Sunday, November 01, 2009

Raya kat KMJ '09


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


 Nak berkongsi sikit kenangan saya pada raya kali ni di Kolej Matrikulasi Johor(KMJ) bersama teman-teman praktikum. First time ke rumah Puan Siti Aisyah atau lebih mesra, kami panggil bonda. Sebelum ni, ada juga aktiviti LDK bersama-sama. (LDK ngan ahli praktikum or kelas sama je kali ni.) Tapi, masa tu saya tak dapat join pergi ke Air Terjun Asahan,Melaka sebab saya balik kampung to celebrate my birthday. Hehe. So, ni la first aktiviti saya join dengan mereka semua iaitu beraya ke rumah mentor beberapa hari sebelum PSPM bermula..

Aini-Aya-Nana
Ni sebelum kami pergi ke rumah bonda. Tengah tunggu beberapa teman yang belum tiba. Ikut perancangan pukul 10 pagi berkumpul bawah blok C. Sebelum tu, posing dulu la sementara menanti yang lain tiba. Hehe. Saya kat mana?

 
Ain Sud-Saya-Nana-Aya-Aini
Sebabkan lagi 3 orang ahli perempuan kami tak siap2 lagi make-up. Hehe. Maka kami bertujuh la yang pergi dulu. Yang lelaki..entah. Telefon tak dijawab. Mesej tak dibalas. Mungkin dalam lena lagi. Maklumla study-week kan. So, mungkin study sampai lewat malam. Saya tak suka berpayung sebenarnya. Kalau hujan lebat pun, saya pakai redah je. Ni cuma berlakon je. Hujan dah reda masa ni. Kalau tak...takkan Aya leh baca suratkhabar kan. Hakhak. Tapi, tak cukup 2 en kat sini. Sorang malu nak bergambar. Sorang lagi jadi fotografi la kan..Hikhik...
Lim Chian Chian
Ni lah orangnya yang malu nak masuk bergambar tadi. Hehe. Bukan nak membuli dia sebabkan dia seorang Chinesse dalam kelas kami, tapi memang dia malu pun nak bergambar time ni. Ni pun curi2 tangkap. Lim, jangan mara ya...



Depan: Syahid
Tengah dr kiri: Ima,Nani,Nana,Aya,Ain Sud,Lim,Aini
Belakang dr kiri: Ety,Nia,Ida,Mirul,Bonda Aisyah,Dayat,Wan,Emy,Salam

So, ni la sebenarnya ahli praktikum kami. Ni bergambar after semua da kenyang. Hehe. Masakan bonda memang best. Lagi-lagi pencuci mulut dia. Saya sempat meneliti cara pembuatannya. Mana tahu balik rumah nanti boleh cuba. Tapi tak terbuat pun kat rumah. Kihkih. Dan sebagai orang yang lebih tua dari mereka semua, kecuali Ain Sud tu, saya mainkan peranan untuk membasuh pinggan mangkuk. Nak jadi menantu nanti kan. Kenalah rajin kat dapur. Hikhik. Dapat berkumpul ramai2 macam ni sekurang2nya dapat menambahkan ukhuwah antara kami. Dapat juga mengenali keluarga bonda yang sering bersama kami sebelum ni. Tak dinafikan,bonda banyak mainkan peranan dalam merapatkan kami semua. Bak kata bonda, hubungan kami umpama adik-beradik. Setiap masalah kalau ada boleh dibincang bersama. Teringat kata-kata Abg Zahir (mentee bonda dulu yang belajar kat UTM Skudai sekarang) masa dia bagi nasihat kat kami masa mula-mula dulu. Dia kata kami bertuah punya mentor yang baik dan memahami macam bonda. Yap! Tak dinafikan kami bertuah mengenali bonda dan menjadi pengganti ibu kami sepanjang kami berada di KMJ. Terima kasih bonda. Semoga raya lain kali kita semua dapat berkumpul lagi macam ini. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...