Together we are...

Friday, December 31, 2010

Kamu Cintakan Dunia Tapi Akhirat Tempat Kembali Kamu!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Renungan untuk kita semua:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 (KALAU BOLEH, JANGAN - MESTI ADIL) ----- DLL.

2) Dari pakai motor --- Honda ---- BMW ..... seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah flat  --- kondo ....  rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theater....

7) KL  --- Langkawi --- Bangkok ...  Australia ...... Europe

8) Dalam semua segi kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut ! dalam (sewa bot mewah)...... Kelong

TETAPI...
Kita Juga Lupa...Semakin Banyak Kita Kecapi Kejayaan, Semakin Hampirlah Saat Kematian Kita....

Ditakuti Semakin Berjaya, Kita Semakin Lupa, Semua Yang Kita Dapat Adalah Pemberian Tuhan...'On Loan'...

Setiap Kali Kita Buat Action Plan Atau Buat Revision, Berapa Banyakkah Kita Masukkan Item-Item Yang Membawa Kearah 'Persediaan Untuk Mati'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah $1.00 ---- $10.00 --- $100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION! PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan...dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

Infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang! mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wallahu'alam.

Thursday, December 30, 2010

Surat daripada syaitan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Wahai anak adam,

Aku melihatmu kemarin saat engkau memulai aktiviti harianmu, Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.Bahkan kemudian kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulakan santapanmu juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu.Kau benar2 orang yang "bersyukur".

Aku menyukaimu. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu yang tidak sanggup mengubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. INGAT, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. ALLAH sudah mencampakkan aku dari syurga dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya.

Kau lihat ALLAH MENYAYANGIMU dan DIA masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menambahkan kemurkaan Allah. ALLAH Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada-NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita tonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk dan macam2 lagi. Sungguh seronok aku bila bersamamu.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selama-lamanya.

Aku masih memiliki rencana2, bahkan ia takkan habis sehingga hari kiamat. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang lain. Ajarkan mereka agar jadi sepertimu juga, jadi orang-orang yang bodoh. Haha~

Selamat tinggal dan semoga kita bertemu di neraka, Haha~

Hujan pasti berhenti.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tirai 2010 bakal ditutup lagi dua hari lagi.Dan bermakna umur saya bakal bertambah setahun lagi.Komitmen makin bertambah seiring dengan tuntutan kehidupan.Errrrr...kahwin?Ok.Belum masanya lagi untuk bercakap tentang perkahwinan.Kalau ada jodoh tak ke mana.Hanya mampu berdoa agar yang terbaik sentiasa ada untuk diri ini.InsyaAllah.
hujan yang memberi makna tersendiri kepadaku..
Hadiah untuk Malaysia tahun ini?Dah tentu menang Piala Suzuki AFF.Dan malam tadi juga PM umumkan Jumaat cuti umum sebagai meraikan kemenangan Malaysia setelah sekian lama.Nah!Hadiah terbaik untuk setiap pemain menjelang 2011.Bila dah lama tak ikuti perkembangan bola ni,so semuanya macam angin lalu je.Dan lebih penting,dah takda sense kat pemain-pemain,even Christiano Ronaldo muncul depan mata sekalipun.Hehe.Bila kawan-kawan semua pakat berebut jejaka-jejaka itu(gol keeper kot asenya),senyuman je mampu terukir.Ya.Satu masa dulu saya pernah datang kegilaan tu.Cuma,sampai masa sendiri akan penat.Tapi,itu sesuatu yang seronok bila berkongsi dengan teman-teman tentang perasaan dan kegilaan itu. (errrrrkkkk!)
Hadiah untuk diri kita tahun ini?Kelukaan,kekecewaan dan kesedihan?Tahun ini takkan berakhir dengan semua itu.Sebab hujan yang menyebabkan banjir pasti akan berhenti.Bukan setiap hari akan turun.Panas akan muncul jua akhirnya.Begitulah juga dengan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kemenangan Malaysia hari ini yang dipuji pasti akan dicemuh andai Malaysia kalah kelak.Orang yang berjaya bukan selamanya berada di atas.Akan ada masanya dia duduk di bawah untuk merasa peritnya orang yang jatuh.Orang yang bahagia sebenarnya terlebih dahulu merasai kesedihan.Dan para jutawan bukan sekelip mata menjadi kaya,sebaliknya telah melalui pelbagai perkara dalam hidup mereka untuk sampai ke tahap itu.Itulah kehidupan.Tak kira berapa kali kamu jatuh tetapi berapa kali kamu bangkit semula itu yang lebih penting.
Wallahu'alam~

Berapa harga isteri anda?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih...  

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian.Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,dan kalimah ini  di sebelah yang satu lagi,pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10 

Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti... kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!

Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak lupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Oh, Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posisi juga posesi
Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari ketenangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak leka dalam perjalanan ini

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)


Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
Aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelapku tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran, dugaan sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Laihi ya ruhi yadada ya laihi
Yalaihi ya yaruhi ya yadada yalaihi...

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Thursday, December 23, 2010

Melawan kesepian.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Firstly,saya nak minta maaf kepada yang mengajak saya join mana-mana contest.Masih tiada minat untuk ke arah itu dan cuba memahami semua itu.Hehe.So,memang saya takkan peduli dengan semua tu.Kepada yang ada bagi award pada saya di blogs masing-masing,terima kasih saya ucapkan. =)
Second,berdiam diri adalah lebih baik daripada dikatakan memberi sebarang alasan.Jadi,dengan rasa yang saya tak tahu apa penerimaan insan-insan yang berkaitan,jutaan kemaafan daripada saya andai tidak dapat terlibat dengan sebarang aktiviti selepas ini.I've think about it.No ones understand but only me can make a change and I want to know whether it is become better for me or not.Something happen before make me realize what I must to do.Fullstop.I've decided on it.
Last but not least,to lost someone who cares and love you is never unexpected.Bila dah kehilangan buat selama-lamanya,baru terasa kewujudannya selama ini.Betulla ada ayat mengatakan,sayangi mereka yang menyayangi kamu lebih dari kamu menyayangi orang lain.Sebabnya..orang yang menyayangi kita lebih menghargai diri kita sebenarnya.Kisah ini mengajar saya sesuatu.
Last,tiba-tiba jumpa lagu ni dalam facebook seorang teman.Seribu satu kisah bermain di minda.Segala urat saraf berselirat dan akhirnya tiada apa yang kekal.Yang tinggal hanyalah kenangan dan pengalaman.
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Tahniah adikku!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ok.Hari ini keputusan PMR keluar.Saya agak excited dari malam tadi.Kalau-kalau adik saya dapat fight saya.Mesti malam ni berita tentang mereka-mereka yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang.Yap!All of you strive for it.Now it's time for you get your rewards.Tahniah buat mereka yang berjaya.Dan bagi mereka yang kurang berjaya,atau kecewa dengan keputusan masing-masing,itu rezeki masing-masing.Allah ada alasan untuk setiap perkara.Bersabar dan berusaha lagi pada masa akan datang.(bagaikan memujuk hati sendiri.hehe) Yang penting,usaha,ikhtiar,doa dan tawakal. =)
Tengah-tengah sibuk bawa barang dekat pasar tadi,dan mencari bayang Kaknor yang entah ke mana,handphone berbunyi lak.Guess what?Hampir saja saya melompat di tengah-tengah manusia yang ramai tu.Hahaha.Apit dapat 7A.Alhamdulillah.Berjaya juga dia atasi saya-6A,dan paling suka bila matematik dia dapat A.Sebab memang dia asyik mengeluh tentang subjek ni.(subjek feveret ak ms pmr&spm.skrg,mmpi ngeri.haha) Tapi,dia dah lakukan yang terbaik.Tahniah adikku!


Buatmu sahabat.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hari ini..
Saya merindui seorang sahabat yang begitu dekat dengan saya.
Semalam..
Dia tinggalkan saya tanpa memberi peluang kepada saya menatap wajahnya buat kali terakhir.
Kelmarin..
Satu kisah yang saya akan ingat sampai bila-bila.
Doaku buatmu..
Semoga kau aman di sana.Maafkan segala salah-silapku.Moga bidadari-bidadari syurga mendampingimu.InsyaAllah.

Wednesday, December 08, 2010

Skyrunners~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Ni lah cerita yang saya tengok pagi tadi.Hihi.
Pernah tengok cerita di atas? Mesti pernah kan...Rasanya masih baru cerita ni. Actually, saya baru tengok pagi tadi. Hikhik. Itu pun join adik-adik tengok tv. Masa tengok dah suku jalan cerita. Takpe. Masih awal. Layan aje. Sambil-sambil handphone di tangan, telinga dengar lagu, mata tetap pada kaca tv. Mula-mula tengok, wah! Handsome hero dia. Ops! Not the point here. Then, lama-lama macam best lak. Macam dah tengok kat cinema lak. Iklan je membuatkan sedar kami di dunia sebenar. Hihihi..
mula-mula Tyler & Nick Burns jumpa UFO
Sedikit sinopsis tentang cerita ni. Remaja Brothers Nick dan Tyler terjumpa sebuah UFO yang jatuh berhampiran kota mereka. Mereka segera mengelakkan kerajaan, terutama agen Armstrong, dan menjaga UFO di pengasingan, Tyler mengalami perubahan fizikal yang dramatik dan mempunyai kuasa super. Situasi menjadi lebih sukar untuk menutup perkembangan diri Tyler sedangkan Nick buat tak kisah, kerana usaha Nick mengejar Julie Gunn. Setelah Nick tidak mempedulikan Tyler,dia memutuskan untuk memberitahu agen Armstrong.Setelah Agen Amstrong menjelaskan kepada Tyler apa yang akan terjadi padanya,dia menembak kapal sehingga merosakkan kapal itu.
Agen Armstrong bertukar menjadi alien ikan-seperti yang menyamar dan menangkap Tyler.(errrr..klaka kot.haha)
ni lah wajah Agen Amstrong bile dah bertukar.haaaaa...
 Nick, merasa bersalah kerana terus-menerus meragukan dan mengabaikan Tyler, datang ke tempat persembunyian UFO untuk meminta maaf. Setelah mendapati bahawa Tyler hilang, ia mulai suatu usaha untuk memperbaiki UFO. Setelah cuba sepanjang malam, dia berjaya, dan UFO membawanya ke kubu bawah tanah di mana alien tinggal dan menyedari bahawa itu sebenarnya merupakan kawah kesan daripada kemalangan pendaratan-alien 'di Bumi. 
tempat yg penuh dgn alien dan akhirnya dimusnahkan oleh Tyler.bawah bumi ada tempat camni ke?
Nick menempatkan Tyler dan membebaskan dia dari sel tahanan nya.Nick dan Tyler mengungkap bahawa alien bercadang untuk mengambil alih bumi dengan menyebabkan pencemaran atmosfera. Tyler kemudian menggunakan bahan letupan asing untuk menghancurkan alien dan melarikan diri menggunakan UFO. Namun, mereka tidak berjaya menghancurkan semua itu dan dikejar oleh asing yang dipertahankan dalam versi yang lebih kuat dari mereka UFO. Setelah mengalahkan alien yang tinggal danmenghancurkan kapal pejuang asing, UFO mendarat betul-betul di majlis graduasi Nick dankawan-kawannya.Nick kemudian menggunakan UFO sebagai projek sainsnya dan dibenarkan untuk lulus. 
Nick telah berjaya lulus sambil diperhatikan oleh Tyler
Cinta? Dah tentu ada dalam cerita ni. Tapi yang tu saya malas nak kupas. Bukan itu yang menjadi persoalannya di sini. Mungkin ada yang kata cerita ni mengarut. Bukan cerita ni jer. Banyak lagi. Well..cerita dari barat kan mana pernah betul? Yang betulnya, manusia sering tertipu dengan jalan ceritanya. Tapi sejauh mana kita menggunakan peluang yang mereka buat tu untuk kita renungkan dalam fahaman agama kita. Sejauh mana semua itu menguji akidah dan kepercayaan kita. At least, kita tahu bahawa Allah memang tiada keraguan. Kebenaran yang kita miliki sekarang memang nyata. Malaysia mungkin tiada cerita semengarut macam ni. (sebab takda universal stdio mcm diorang kot) Tapi, Cicakman? Hmmm..Sebab tu lah kalau menerima tanpa memikirkan, akidah boleh terpesong. 
Moral of the story..cerita ni menceritakan kisah dua beradik, Nick dan adik lelakinya Tyler. Apa yang jelas, sebab hubungan kasih sayang yang kuat antara mereka membuatkan Nick meninggalkan niatnya untuk mengorat Julie sebaliknya pergi menyelamatkan adiknya yang hilang. Betapa pentingnya menjaga bumi ni dari dimiliki oleh makhluk asing yang ingin memerintah bumi. (errr..apakah?haha) Tapi,yang tu lah terdapat dalam cerita ini. UFO tu memberitahu apa yang akan terjadi pada bumi ni pada Tyler. Kita? Al-Quran dan as-Sunnah dah ada. Semua yang kita perlu lakukan dah ada dalam dua wasiat ini.Akhirnya, satu kesimpulan mudah dari saya, family first than other,bumi akan musnah jika tidak di jaga dengan baik dan pentingnya siapkan projek untuk graduate.(hehehe..perhatian pada yang masih belajar)
Huh! Dua jam mengadap cerita ni, yang tu je yang dapat? Tak. Apa yang penting kat sini, masa saya diluangkan bersama keluarga dalam cuti semester ini dan cerita ini dapat saya kaitkan dengan program yang saya akan pergi minggu depan. Program apa, nantikan perkembangannya nanti. =)

Wallahu'alam~~~

Tuesday, December 07, 2010

Yezza!! Blogsku berwajah baru + Maal Hijrah =)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Penat. Akhirnya siap juga siapkan wajah baru untuk blogsku ini. Hehe. Tahniah duhai diri. Errrrr..apakah? Haha. Layankan aje. Kihkih. So, macam mana dengan wajah baru ini? Ok tak? Apa? Hudoh? Argh! Tak kisah. Yang penting saya puas hati. Berbaloilah beberapa jam je siapkan. Apa saya peduli.. Ni blogs saya kan? Hehe. Ala. Saya tahu, korang mesti enjoy kan singgah page nih? Hihi. Naik lift tekan sendiri. Hahaha. Kepada blogger-blogger sekalian, harap boleh berkongsi idea k. Terima kasih juga diucapkan kepada ikin dan barney atas cadangan-cadangan widgets ini. Hihi. Masanya dah tiba untuk kembali aktif di sini. =)

      Ok. Hari ni dah masuk 1 Muharram 1432 Hijrah. Maknanya? Niat perlu direfresh semula, pendirian perlu dibina semula. Matlamat perlu dicapai. Barang lepas jangan dikenang-kenangkan. Kisah lama jangan dirindu-rindukan. Hmmmm..cinta pertama? Akan ada cinta lain yang datang lepas ini. Maka jangan pernah bersedih dengan percintaan yang putus di tengah jalan itu. Errrr..perluke cerita tentang cinta? Ok. Stop. Maal Hijrah. Apa yang terlintas dalam fikiran korang? Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharram,ia merupakan hari pertama dalam takwim Hijrah.  Maksudnya apa dengan penghijrahan ini? Renung-renungkanlah..Ingat semula sejarah islam dulu.

Jadi, ayuh kita renung semula diri kita. Apakah kita hari ini lebih baik dari semalam. Atau kita hari ini lebih teruk dari semalam? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Jadi, sempena Awal Muharram ini, ingin saya ingatkan diri saya supaya tetapkan keimanan dan lakukan penghijrahan iaitu:-

1) Lebih dekat dengan Allah.
2) Rajin-rajinkan diri untuk qiamullail selalu.
3) Quran baca selalu hari-hari walau sibuk macam mana sekalipun. 
4) Utamakan keluarga, kawan-kawan dan mereka yang memerlukan pertolongan saya.
5) Abaikan perkara-perkara yang membuang masa. (errr..facebook??)
6) Tetapkan semula pendirian yang goyah semenjak melangkah ke alam universiti.
7) Kuatkan semangat mengharungi kehidupan dan mehnah-mehnah yang ada.
8) Jangan membenci mereka yang menyakiti dan mengkhianati saya sebab Allah ada untuk mereka.
9)Bersyukur dengan segala kurnia dan nikmat yang Allah bagi selama ini.
10) Lupakan segala yang tidak penting sekarang..cinta,hiburan,kemewahan,blablabla....
11) Belajar memasak dan seangkatan dengannya.
12) Fokus pada study.
13) Utamakan yang utama!

Cukuplah yang tu je rasanya. Ada lagi mahu diperbaiki. Tapi biarlah yang lain dilakukan perlahan-lahan dan seiringan dengan yang di atas. InsyaAllah, moga Allah bagi saya kekuatan untuk merealisasikan semuanya. Amin.

Rabbani - Bicara Hijrah (Sambutan Maal Hijrah)


nis: kebetulan lak blogs berwajah baru ni digunakan hari ini.hijrah dari yang lama ke baru.hehehe~~~

Monday, November 15, 2010

Singgah sekejap jer...xleh lama2..hehe...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Entah sebab ape kan.. Masa yang ada selalu terbatas. Dah terlalu lama nak update blogs ni. Tapi selalu tertangguh. Ada je halangan2 dari menghadap blogs ni. Hinggakan ada yang bertanya dah berhenti menulis ke.. Hehe.. Menulis tuh salah satu hobi saya. Jadi mana mungkin boleh dilupakan kan? Cuma..yelah. Sejak habis matriks dan menginjak ke alam universiti ni, masa begitu mencemburui saya. Ye ker? Hihihi.. So, dah banyak termiss beberapa bingkai kehidupan yang lepas. InsyaAllah,jika ada kelapangan, semua itu akan saya flash back semula.. So, niat pada semester pertama di u, konon nak fokus. Paling x, cube dapatkan anugerah dekan tiap-tiap semester. Tapi, nampaknya angan-angan tinggal angan-angan jer. Terduduk. Final exam sem 1 da hampir. Only 70% yang saya dapt fokus pada kali ini. Tu pun makin berkurang sejak di akhir2 semester. Takpe. Next semester, lakukan anjakan paradigma ok. =)
                Campus life? Sesuatu yang sukar saya mengertikan. Melihat cara orang lain dengan gaya masing2, kadang2 saya tersenyum sendirian. Terlalu jauh saya dengan dunia mereka. Kebebasan mereka tak sama dengan kebebasan yang ma dan abah bagi pada saya sebaik sahaja saya habis tingkatan 5 sampai sekarang dan insyaAllah, sampai bila2. Dan saya takkan menghancurkan kepercayaan itu. ^_^
             Banyak benda nak cakap Tapi..kena g wat agar2 cermin tok Kakya. Dah amek upah dulu, tapi bendanya tak siap lagi. Hehe.. So, insyaAllah. Will be update soon. Dan akan make-up blogs ni supaya lebih menarik sesuai dengan gelaran budak IT. Hikhik... Tapi tak tahulah bila. Sebab dalam minggu study untuk final semester 1. Wish me luck k?
             Mungkin lepas habis exam nanti, baru update semula. Yap! Itu jawapan yang saya sangat pasti. Hihi.. So, just contact me at fb.(yg ni hari2 online.insyaAllah,wlupun skejap.) Sory sebab x sempat nak post entry yang menarik. Just singgah je sekejap....Tata~
final semester 1.

nis: happy birthday diucapkan kepada seseorang yang selama beberapa minggu ini hadir dalam hidup saya dan berikan sedikit kisah baru yang mengundang beberapa momen, walaupun pada hakikatnya lebih banyak pahit saya terima dari manisnya sebuah perhubungan. apapun, semua itu bagi pengalaman dan pengajaran buat saya pada masa akan datang. love like this! itulah persahabatan dalam sebuah perhubungan~

Wallahu'alam~

Friday, September 24, 2010

Sesaat jer~~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

     Nantikan perkembangan dalam masa terdekat. InsyaAllah~

Friday, May 28, 2010

Ibu...Mak...Mom...Mama...Umi...Mummy...Ibunda..Bonda...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
 
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)      
 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku...
.mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...
.Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari....
mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang .....
mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                            
Aku selalu teringatkan ....
mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon.....
mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak                        
Bila bengang..
aku suka luah pada..mak                              
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...
.mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku...
.mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...
. mak                    
Yang selalu berleter kat aku...
mak                                
Yang selalu puji aku....
mak                                    
Yang selalu nasihat aku....
mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak    
               
Aku ada pasangan hidup sendiri....      
                         
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
Bila sedih, aku cari....
mak
                                   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak    
                         
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku  
                           
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak  
                         
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

               
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
                                   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon
mak
                               
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak      
                   
Renungkan:  

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".                 

Berderai air mata jika kita mendengarnya........  

                   
Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....      
 
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
         Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
       Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
 

Tuesday, May 25, 2010

mata siapa yang tidak pernah menangis?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali.Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Saturday, May 22, 2010

Kalau semua putih?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Kalau semua putih, membosankan!

Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.

Ia ibarat lukisan. Kalau kanvas itu putih kita guna warna putih tentunya lukisan tidak timbul. Mana mungkin kita lihat kontras warna dan keindahan. Jika cuma warna hijau tentu lukisan jadi kaku. Apapun jika kanvas putih dipalitkan hitam akan lahir sebuah lukisan.

Sekiranya lukisan penuh warna tampaklah keindahan 'wajah-wajah'nya. Di sana ada merah, biru, kuning, hitam, jingga, putih, samar, ungu, hijau. Bayangkan betapa indahnya lukisan itu. Terlahirlah wajah-wajah dalam bentuk warna-warna. Jika asyik warna indah jangan lupa di sana ada hitam yang kita benci. Jika seluruhnya putih... membosankan! Jadi kenapa takut pada hitam. Bukankah hitam itu menghidupkan?

Ini yang dikatakan haq dan bathil itu paut-memaut atau hidup-menghidupkan. Akhirnya mereka bersatu dan tidak dipisahkan. Perhatikan jika memakai satu warna sahaja, memang membosankan. Rumah warna merah, kereta merah, baju merah, kasut merah, alatan rumah merah, semuanya merah. Andaikata semua bunga berwarna merah semata-mata, tidak ada kuning, putih, biru dan seumpamanya... aduh seakan si Penciptanya tidak hebat! Seandainya semua berkaki dua, tidak ada berkaki empat, enam, lapan, sepuluh, seratus... Bosan. Tidakkah kita sedar ada yang tidak berkaki langsung! Hebatnya Penciptaan!

Ini adalah kiasan semata-mata (tentang warna-warna kebenaran). 

Wallahu'alam~

Saturday, April 24, 2010

Sebuah Pertemuan 0_0

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan 
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Sunday, April 18, 2010

Reda Itu Rela, Pasrah Itu Menyerah Tapi Tak Bererti Kita Kalah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

     Shirin termenung di koridor kelas. Kenangan terakhir bersama ayahnya masih segar di ingatan. Secara tiba-tiba, ayahnya meneninggalkan dia dan emaknya berdua. Shirin merintih sayu. Bukan menyesali takdir Ilahi tetapi tidak sanggup menghadapi dugaan sehebat ini. Beberapa hari selepas ayahnya dikebumikan, dia mendapat tahu ibunya menghidap barah otak. Shirin terpempan. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat lagi. Walaupun baru sahaja barah otak itu tumbuh, namun berita mampu meragut kembali kegembiraan Shirin.
Shirin tersentak daripada lamunannya apabila terdengar jeritan dari kelasnya. Dia pantas menyeka air matanya yang mengalir. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu kelasnya.Tanpa disedarinya, sepasang mata memerhatinya dari jauh. Dia berpura-pura ketawa bersama kawan-kawannya, namun tidak dapat menghapuskan rasa sedih di hati. Airmata kembali kembali gugur dari mata Shirin.
    “Rin, kenapa ni?”soal Nisa,pelik melihat Shirin. Shirin menyeka airmatanya dari terus keluar. Beberapa kawan baik Shirin mengerumuninya.
    “Takde apa-apa. Cuma aku teringat kat ayah aku.”dalih Shirin. Kawan-kawannya terkedu mendengarnya. Mereka tahu keadaan Shirin, dan mereka bersimpati atas kematian ayahnya. Tetapi keadaan amaknya mereka tidak tahu. Shirin memang sengaja merahsiakannya.
     “Nisa, aku rindu ayah aku.”ucap Shirin dalam tangisan. Nisa terkesima, lalu memeluk Shirin seerat mungkin. Mata Nisa kelihatan berair, begitu juga kawan-kawannya yang lain.

     “Shirin, kaunselor nak jumpa waktu rehat nanti.”beritahu pengawas tingkatan 4. Shirin mengangguk lemah. Hari ini, dah masuk sebulan ayahnya meninggal. Dirinya sudah kembali seperti dahulu. Tetapi tidak lagi seorang yang periang. Walaupun zahirnya, Shirin nampak ok, namun batinnya hanya Tuhan yang tahu. Keadaan emaknya merisaukan hatinya. Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, dia terus pergi ke bilik kaunseling.
      “Macam mana kamu Shirin? Dah boleh belajar dengan tenang?”soal Cikgu Suraya. Shirin tersenyum kelat. Mengerti tentang soalan yang diajukan.
     “Alhamdulillah cikgu. Saya dak ok sekarang. Mungkin dulu saya terkejut dan tak dapat terima berita itu. Tapi sekarang saya reda dengan qada’ dan qadar Allah. Mungkin itu dugaan untuk saya.” Ada sedikit getaran dalam nada shirin. Cikgu Suraya pelik. Wajah Shirin yang pada mulanya nampak tenang kembali berubah.
     “Ada apa-apa yang tak kena ke Shirin?”
     “Ha? Takde apa-apa cikgu. Saya ok.”dalih Shirin. Dia cuba menutup kegusaran di hatinya.
     “Saya faham situasi kamu. Kita tak boleh melawan takdir Tuhan. Tapi kita yang hidup ini mesti kena teruskan hidup kita. Lagipun kamu masih punya ada emak yang menyayangi kamu. Kamu kena fakir tentang dia. Berikan sepenuh kegembiraan pada emak kamu.
    “Emak saya?”soal Shirin perlahan.
    “Kenapa dengan emak kamu? Dia sakitke?”Shirin terkejut dengan pertanyaan Cikgu Suraya. Dia teringat akan emaknya yang tidak sihat kebelakangan ini. Bukan dia sengaja tidak mengambil perhatian tentang kesihatan emaknya tetapi emaknya sendiri yang mahu dia tidak menanggung beban yang banyak. Shirin mengeluh.
    “Shirin.”panggil Cikgu Suraya mematikan lamunan Shirin.
    “Emak kamu sakit ke?”soal Cikgu Suraya lagi.
    “Emmm…Takdelah cikgu. Mak saya…”kata-kata Shirin terhenti dan dia merenung kea rah wanita di hadapannya. Aku tidak akan beritahu orang lain,biarlah aku menyelesaikan maslah aku sendiri, desis hati Shirin. Shirin menyeka air matanya yang gugur. Cikgu Suraya semakin pelik.
    “Maafkan saya cikgu. Waktu rehat dah tamat. Saya ada amali lepas ini. Saya minta diri dulu.” Kata Shirin sambil berlalu pergi, sengaja mengelak diri dari terus didesak oleh Cikgu Suraya. Panggilan Cikgu Suraya tidak diendahkannya. Cikgu Suraya tersandar di kerusi, memikir-mikir tentang perangai Shirin yang pelik.

     Petang itu Shirin keluar Bandar bersama kawan-kawannya. Mungkin ini kali terakhir sebelum menduduki SPM bulan November nanti.
    “Rin, aku taknak kau sedih ok? Walau apa pun masalah kau, kau lupakan seketika. Kita enjoy ok?” kata Nisa sambil memaut bahu Shirin. Shirin ketawa kecil. Seolah-olah sudah melupakn kesedihan di hatinya.
   “Ha..Macam tu la kawan. Hidup ini kena diteruskan.”kata Nisa lagi. Lily, Alia dan Jane turut ketawa. Inilah kali pertama Shirin ketawa kembali selepas kematian ayahnya. Tanpa disedari oleh mereka, ada sepasang mata yang memerhati mereka dari dalam kedai. Lelaki itu turut tersenyum melihat Shirin ceria.
   “Wei gengs! Jom pergi keai buku depan sana tu. Aku nak beli buku latihan la.”ajak Lily sambil menuding jari kea rah kedai di hujung bangunan.
   “Baiknya kau Lily. Dah bertaubat ke?”sakat Nisa. Lily pura-pura tidak mendengar tapi masih sempat memijak kaki Nisa. Nisa mengaduh sakit.
   “Sekurang-kurangnya aku sedar SPM da semakin dekat. Tak gitu Cik Nisa oi.?”balas Lily sambil menarik tangan Shirin. Nisa ketawa kecil dan diikuti kwan-kawannya yang lain. Suara mereka memenuhi tempat itu. Gelak tawa mereka mencuri perhatian orang ramai. Shirin semakin tenang dan ceria, sekaligus melupakan seketika keadaan emaknya/ seboleh-bolehnya, dia mahu gembira petang itu.

     “Mak! Mak!”laung Shirin dari depan pintu. Kasut sekolah ditanggalkannya. Dia merasa pelik. Selalunya sewaktu balik sekolah, emaknya mesti menunggu dia di depan pintu. Tapi tidak hari ini. Shirin seperti dapat merasai sesuatu. Lantas, dia bergegas naik ke atas menuju ke bilik emaknya.
    “Mak!”jerit Shirin. Tubuh emaknya yang terbaring lemah di tepi katil segera dihampiri. Kepala emaknya dipangku.
    “Mak! Bangun mak!”Shirin terus emanggil emaknya. Tubuh emaknya digoyang-goyangnya. Airmata mula membasahi pipi Shirin yang putih. Dia kecewa apabila tiada respons dari emaknya. Lalu, telefon segera dicapai dan dia membuat panggilan. Tidak lama selepas itu, dari jauh siren ambulans jelas kedengaran.
Sudah tiga jam Shirin menanti di depan wad kecemasan.sudah tiga jam juga emaknya berada di dalam wad tersebut. Beberapa orang jururawat cuba menenangkannya. Baju sekolah di tubuhnya sudah lencun dek dibasahi dengan air mata.

     “Pakcik tak tahu macam mana perempuan seperti dia mampu menghadapi semua ini. Dulu ayahnya meninggal, kini emaknya pula kritikal. Dah la anak tunggal. Semua perkara dia yang kena tanggung. Pakcik kagum dengan kesabaran dia.”
Syahmi meraup mukanya perlahan. Wajah sedih Shirin masih ditatap dari jauh. Kata-kata pakciknya masih terngiang di kepalanya. Argh! Betapa kau seorang yang cekal Shirin Hamzah, desis hati Syahmi.
    "Aku akan beritahu warga sekolah tentang kau Shirin. Kau tidak keseorangan di dunia ini.” Syahmi berbicara sendiri.

    Cikgu Suraya terduduk mendengar cerita daripada Syahmi. Selama ini dia tidak pernah terfikir masalah Shirin. Dia rasa masalah Shirin sudah selesai dan Shirin sudah kembali gembira. Tetapi..Cikgu Suraya mengeluh sendiri. Dia teringat sikap pelik sewaktu dia menanyakan tentang emaknya. Dia merenung muka Syahmi.
     “Macam mana kamu tahu Syah? Dia beritau kamu ke?”
     “Tak cikgu. Semalam saya pergi hospital. Kebetulan ternampak Shirin. Pada mulanya saya terkejut tengok dia menangis. Malah, baju sekolah masih dipakainya lagi. Tapi, bertanya pada pakcik saya,yang mengendalikan kes kecemasan dan pakcik saya ceritakan segalanya. Saya sendiri tak percaya cikgu.” Kata Syahmi dalam nada sedih. Nisa,Lily,Alia dan Jane yang baru sampai di bilik kaunseling terperanjat mendengar kata-kata Syahmi. Masing-masing terdiam. Mereka berpelukan apabila mendengar cerita sebenar tentang Shirin. Airmata mengalir deras dari mata mereka.

      Khabar berita yang baru di bawa oleh Doktor Azmi mematikan seluruh urat saraf Shirin. Shirin terpempan dan seraya itu juga dia jatuh lemah ke lantai. Sekali lagi, Shirin tewas di hospital itu. Dan sekali lagi Shirin mendapat simpati daripada kakitangan hospital itu. Shirin tersedar apabila mendengar namanya dipanggil. Dia membuka matanya dengan lemah. Cikgu Suraya, Puan Salmi, Nisa, Alia, Lily, Jane dan seorang lelaki berada di hadapannya. Dia cuba menguntum senyuman namun ingatannya lebih tertumpu pada emaknya. Sepantas kilat, dia bangun dari katil tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Nisa cuba menghalang namun terhenti apabila dia sendiri dihalang oleh Puan Salmi.
    “Mak..jangan tinggalkan Rin pula.”rintih Shirin di sisi emaknya yang kaku. Dia menolak tubuh emaknya sambil menangis. Nisa dan semua yang ada di situ turut tersentuh melihat adegan itu. Shirin menangis kesal. Menyesal kerana tidak mendapatkan rawatan untuk mendapatkan rawatan untuk emaknya pada awal dahulu. Kata doctor, barah emaknya sudah kritikal. Sel-sel barah begitu cepat merebak ke seluruh otak emaknya. Kalu melakukan pembedahan pada awal dahulu, mungkin peluang untuk emaknya hidup cerah. Tapi kini segalanya sudah terlambat. Tiga bulan emaknya menderita. Tiga bulan juga Shirin kegelisahan. Tapi hari ini, emaknya meninggalkan dia keseorangan. Shirin tidak mampu melawan takdir Tuhan. Apatah lagi qada’ dan qadarnya memang telah disuratkan sejak di Loh Mahfuz lagi.

     “Nisa,kenapa nasib aku begini? Tak boleh ke Tuhan bagi aku sedikit masa lagi pada emak aku. Sekurang-kurangnya lepas aku SPM.”soal Shirin tiba-tiba. Nisa memeluk Shirin erat. Alia, Jane, dan Lily juga memeluk Shirin. Mereka tahu Shirin tidak sanggup terima kematian emaknya. Syahmi hanya memerhati dari jauh. Pengetua Shirin, Puan Salmi sedang bercakap dengan Cikgu Suraya.
    “Maafkan saya puan. Mayat arwah perlu dikebumikan segera.” Doktor Azmi memecah kebuntuan di pagi Jumaat itu. Puan Salmi mengangguk. Syahmi menghampiri pakciknya, Doktor Azmi dan bebicara sesuatu. Cikgu Suraya menguruskan mayat arwah emak Shirin memandangkan Shirin tidak punya saudara-mara lain lagi. Shirin memerhati mayat emaknya di bawa pergi dan sekali lagi Shirin terus rebah ke bumi.

     Shirin masih setia di tepi pusara emak dan ayahnya. Surah Yassin masih lagi di tangannya, dipegang erat. Kini, genap 5 bulan dia menjadi yatim piatu. Mujurlah Cikgu Suraya sudi menjaga Shirin dan menjadikan dia sebagai adik angkatnya. Sedikit sebanyak, Shirin masih mampu meneruskan hidup ini semula. Tentu amat menyayat hati apabila kehilangan kedua-dua ibubapa dalam tempoh yang sama.
     “Assalamualaikum.”sapa seorang lelaki. Shirin terkejut.
    “Waalaikumussalam. Syah! Buat apa kau ke mari?”
     “Saja nak tengok Puteri Air Mata. Tak boleh?”seloroh Syahmi. Shirin tersipu malu mendengar jawapan Syahmi.
    “Rin, tunggu dulu!”jerit Syahmi. Shirin mematikan langkahnya dan menunggu Syahmi untuk berjalan sama.
    “Aku minta maaf yea. Janji,tak sebut perkara tu lagi.”ucap Syahmi. Shirin mengangguk. Dia sendiri malas nak menyimpan dendam. Dia mahu hidup dalam keadaan tenang dan gembira. Itu janji dia pada emaknya.
    “Jadi, macam mana kau sekarang?SPM da dekat…Minggu depan je. Dah buat persediaan mental dan fizikal?”soal Syahmi mengalih tajuk perbualan. Sengaja dia mengajukan soalan ini memandangkan di sekolah Shirin lebih gemar berkepit dengan empat orang rakan baiknya,Nisa,Lily,Jane dan Alia.
     “Alhamdulillah Syah. Aku dah sedia. Aku berterima kasih pada sokongan kau, rakan-rakan aku,Cikgu Suraya dan semua yamg masih sayangkan aku. Kalau tak, aku tak tahu apa akan terjadi dengan aku. Mungkin aku tidak seperti kau tengok hari ini.”
   “Aku kagum dengan kau Rin. Bukan senang nak hadapi semua ini. Waktu emak aku meninggal dulu pun aku tak sekuat kau walaupun aku lelaki. Aku tak tahu macam mana kau boleh tabah hadapi semua ini..kematian ayah,lepas tu emak pula menghadap Ilahi.”
    “Mungkin masa banyak mengajar aku erti sabar dan tabah. Siapa tidak sedih bila ayah meninggal kemudian emak pula tinggalkan kita. Sebulan aku sedih lepas ayah aku meninggal. Dalam waktu yang sama, aku dapat tahu yang emak aku sakit. Aku betul-betul bingung. Tak tahu nak buat apa. Aku pilih untuk mendiamkan diri memandangkan emak aku sendiri taknak orang lain tahu. Akhirnya,kesilapan aku itu memakan diri aku sendiri. Mungkin dah takdir hidup aku macam ni Syah.”
      “Mungkin ada hikmah di sebalik ujian ni. Jadi, lepas SPM ni kau nak buat apa? Nak belajar atau terus kerja?”soal Syahmi. Wajah Shirin direnungnya.
     “InsyaAllah,kalau dapat best result aku nak sambung belajar. Aku nak jadi doktor, nak tebus kesilapan aku pada emak. Sekurang-kurangnya, aku dapat merawat orang lain yang sakit macam emak aku.”
    “Kau memang cekal dan tabah Rin.”
    “Kau tahu kan? Reda itu rela, pasrah itu menyerah. Tetapi tak bererti kita kalah. Aku sentiasa berpegang pada pegangan ni sampai bila-bila. Walaupun aku sedih ayah dan emak aku dah tiada lagi, namun aku bersyukur aku ada Cikgu Suraya, seorang kakak yang sudi jaga aku. Aku takkan mudah berputus asa kalau aku masih diberikan peluang untk terus hidup. Masa mengajar segalanya.”
Syahmi merenung tepat ke dalam anak mata Shirin. Kata-kata Shirin tadi meresap ke dalam fikirannya. Dia yakin Shirin punya sesuatu yang istimewa. Itu dia pasti. Mereka berhenti dipersimpangan jalan.
      “Okeylah Rin. Hari dah petang sangat ni. Tak elok kau balik lambat sangat. Nanti risau Cikgu Suraya. Kita jumpa masa exam nanti. Aku pergi dahulu. Assalamualaikum.”kata Syahmi sambil beredar ke motosikalnya di bawah pokok. Shirin masih berdiri memerhatikan Syahmi beredar.
     “Sebenarnya ada satu perkara yang kau tak tahu Syah. Sikap prihatin kau yang membuatkan aku cekal dan masih mampu tersenyum. Aku tahu kau selalu perhatikan aku sejak ayah aku tiada. Kau sentiasa ada di sisi aku bila aku keseorangan. Kau membuatkan aku berterima kasih pada kau. Sikap kau ini sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku. Cuma aku tak berani meluahkan kerana kita masih seorang pelajar. Aku tidak mahu kita dilanda perasaan yang kita sendiri tidak tahu ke mana hujungnya. Biarlah Tuhan yang tentukan segalanya.” Shirin bersuara perlahan. Dia menoleh ke arah tanah perkuburan. Mak,ayah, semoga di cucuri rahmat-Nya. Rin akan hidup gembira seperti mana mak dan ayah mahu. Rin sayang mak,ayah,bisik hati kecil Shirin. Shirin melangkah pergi dengan pasti bahawa arwah ayah dan emaknya sentiasa menyokongnya dan selalu memberinya semangat. Sesungguhnya REDA ITU RELA, PASRAH ITU MENYERAH TETAPI TIDAK BERERTI KITA KALAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...