Together we are...

Monday, January 25, 2010

Doa Seorang Kekasih

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan,
Dia milikku, tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan.

Ya Allah, ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan,
Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih di jiwa.

Ku pasrah kepadaMu,
Kurniakanlah aku,
Pasangan yang beriman,
Bisa menemani aku,
Supaya ku dan dia,
Dapat melayar bahtera,
Ke muara cinta yang Engkau redai.

Ya Allah, ku mohon,
Apa yang telah Kau takdirkan,
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanMu.

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih,
Engkau sahaja pemeliharaku,
Dengarkan rintihan hambaMu ini,
Jangan Engkau biarkan ku sendiri.

Agarku bisa bahagia,
Walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang,
Tumbuhkan yang telah patah,
Ku inginkan bahagia,
Di dunia dan akhirat,
PadaMu Tuhan ku mohon segala.

Nyanyian : In-Team

Saturday, January 23, 2010

Layar Keinsafan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Nyanyian : Mestica

Friday, January 22, 2010

Rahsia Seorang Pelajar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pagi itu Nis melangkah menuju ke kelas. Pagi yang suram seolah-olah memahami kesedihan yang bersarang di hati. Walaupun penyakit cuma baru bertandang, dia pasrah. Kawan-kawan yang terjerit-jerit tidak dipedulikan. Exam akhir tahun makin hamper, kira-kira dua bulan lagi. Lantas, dibukanya buku Geografi lalu dibacanya. Sekejap lagi subjek Geog akan bermula. Tak lama kemudian Cikgu Asmawi tiba. Plajaran diteruskan. Tiba-tiba sekujur tubuh rebah menyembah bumi.
   “Cikgu!”,panggil Lin sambil mendapatkan Nis yang terbaring di sisi meja.
   “Ya..! Ya Allah..! Lin..kenapa?” Tanya Cikgu Asmawi dalam keadaan terkejut. Dengan pantas Cikgu Asmawi meneju ke arah Nis. Pembelajaran serta merta dihentikan.
   “Okey semua…! Kita stop kat sini. Syah! Tolong panggil ambulans.” Cikgu Asmawi bersuara lagi. Syah yang dari tadi menjadi pemerhati menjalankan tugasnya sebagai ketua. Langkahnya cepat menuju ke pejabat. Cikgu Asmawi yang berada di sisi Nis diam seribu bahasa. Tidak tahu hendak buat apa. Buntu. Cuma tunggu bantuan tiba. Dari jauh kedengaran siren ambulans. Ambulans yang menuju ke Hospital Mentakab bergerak laju meninggalkan bumi felda.

    “Doktor !!! Kat mana saya ni?” Tanya Nis apabila melihat tempat yang asing baginya. Doctor di sebelah Nis hanya tersenyum melihat reaksi Nis. Tentu dia dah lupa yang sebelum ni dia pernah terima rawatan dengannya,desis hati Doktor Zafran.
   “Awak ni Nis Afikahkan? Kita pernah berjumpa sebelum ni. Ingat lagi?” kata Doktor Zafran. Nis yang mendengar terkejut.
   “Oh ya! Saya dah ingat. Mungkin tadi saya pening dan tak ingat apa-apa. Macam mana penyakit saya doktor? Maikn elok atau…..” Nis sengaja tidak meneruskan kata-katanya. Mungkin lelaki di hadapannya mengerti.
   “Nis, saya harap awak tenang mendengar penjelasan saya. Penyakit awak bertambah serius. Kalau dulu awak buat pembedahan awal, mungkin barah yang awak hidapi tidak merebak ke tempat lain. Tapi,,,sekarang kita hanya dapat berserah kepada Allah SWT.”ucap doktor Zafran perlahan. Ada kekesalan berbuku di jiwa. Wajah tenang Nis ditatapi. Tidak ada sedikitpun. Mungkin dia pasrah dengan apa yang disuratkan ke atas dirinya.
   “Terima kasih doctor. Saya reda dengan apa yang saya alami. Tapi saya minta doctor rahsiakan tentang penyakit saya. Saya taknak orang di sekeliling saya tahu tentang penyakit saya. Biarlah mereka tahu disaat-saat akhir kehidupan saya. Oh ya! Berapa lama lagi masa yang saya ada?”Nis bersuara tenang. Air mata mula gugur perlahan.
   “Maafkan saya Nis. Awak ada masa lebih kurang tiga bulan saja lagi. Tapi bergantung pada keadaan penyakit awak. Walau apapun, insyaAllah saya akan cuba. Apabila keadaan terdesak, saya akan cakap.” Ucap Doktor Zafran sebelum pergi. Nis menghantar lelaki itu dengan ekor matanya.

      Exam akhir tahun baru habis. Kertas Math tidak dijawab. Keadaan penyakitnya semakin teruk. Nis melangkah perlahan ke rumah. Dia berkira-kira tidak ingin ke sekolah lagi. Biarlah dia berehat di rumah sahaja. Buku-buku dan kertas exam dicapai. Langkahnya laju meningggalkan bumi sekolah.
Di rumah, Puan Nora hairan melihat perubahan anaknya. Tubuh anaknya semakin hari semakin kurus. Tidak berisi lagi. Sudah ditanya mengapa, namun tak berjawab. Nis yang leka melihat pemandangan di luar tiba-tiba tersungkur jatuh. Bunyi cawan yang jatuh memeranjatkan Puan Nora. Segera dia melangkah naik menuju ke bilik anaknya.
   “Ya Allah! Nis! “panggil Puan Nora apabila mendapati anaknya rebah di tepi tingkap. Segera dia mendapatkan Nis. Kelihatan ankanya masih bernyawa. Tapi nafasnya perlahan sekali.
   “Mama, halalkan makan minum Nis. Dan maafkan Nis kalau Nis ada terkasar bahasa dengan mama atau papa. Sampaikan salam Nis pada kwan-kawan Nis. Tolong bagi surat atas meja tu pada Linda. Nis pergi dulu mama. Bye…”ucap Nis perlahan. Dia masih sempat cium mamanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Puan Nora yang masih terkejut reda dengan pemergian anak kesayangannya. Surat yang bersampul coklat segera dicapai. Telefon di atas meja segera didail.

   Keadaan di sekolah riuh-rendah. Berita kematian Nis, pelajar tingkatan dua amat memeranjatkan. Yang paling terasa kehilanganyya ialah classmatenya. Lagi-lagi Linda dan Syahin Iskandar. Keadaan di sekolah diselubungi tanda Tanya. Nis yang tiba-tiba….amat memeranjatkan semua pihak. Surat yang baru diberi oleh Puan Nora segera dibuka oleh Linda. Dia membacanya dengan takut-takut…

Assalamualaikum..
Kehadapan kawan-kawan tersayang. Hai apa khabar? Harap semua dalam kedaan sihat. Mungkin ini kali terakhir kalian mendengar berita dariku. Aku terpaksa pergi dahulu menemuinya. Aku tak meminta semua ini terjadi. Namun segalanya telah ditakdirkan Allah SWT. Pemergianku bersama kenangan kalian. Kenangan yang sukar aku lupakan. Aku masih ingat lagi kita semua pernah hadapi suka dan duka bersama. Walaupun perkara kecil, kita telah selesaikan bersama-sama. Aku harap kalian reda dengan pemergianku. Walaupun pahit, aku doakan kalian tabah. Kepada rakan yang membenciku, maafkan aku kalu ada tersalah kata. Mungkin dengan pemergianku kalian lebih tenang menghadapi hidup ini. Aku tak pernah anggap kalian sebagai musuhku. Mungkin aku kurang memahami kalian. Begitu juga dengan kaliankan? Kepada kawan-kawan yang sudi bersama aku, aku ucapkan terima kasih. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama lagi. Kepada syang sudi melayan kerenahku, thanks a lot. Cikgu Asmawi, maafkan anak muridmu ini kerana tidak dapat menunaikan janji yang telah dicipta. Sorry..
    Syahrin Iskandar. Aku hampir-hampir melupakanmu. Maafkan aku jika aku tak dapat menolongmu lagi. Berusahalah…Ingat!! Aku sentiasa menyokongmu. Tapi,soalanmu tempoh hari tak mungkin aku jawab. Lagipun aku tak layak menjadi temanmu selamanya. Kita masih student, carilah orang yang lebih sesuai. Maafkan aku..
Linda, tolong tengok-tengokkan mama dan papaku. Mamaku masih sedih atas pemergianku. Aku tahu mungkin dia terkejut apabila mengetahui anaknya menghidap barah otak tanpa memberitahunya. Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat menyimpan rahsia sehingga ke hari akhirku. Sampaikan maaf aku pada mama.. Jika kau da terserempak dengan Doktor Zafran, sampaikan salamku. Okeylah Lin..aku da penat. Bersama ini aku serta lirik lagu yang aku ciptakan khas untuk kau dan kawan-kawan. Simpan ia sebagai kenangan dariku. Okeylah bye…

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Sahabatmu,
Nis Afikah

Linda mengalirkan air matanya perlahan. Tidak disangka selama ini kawannya menghidap penyakit yang teruk sekali. Sampaikan keluarganya sendiri tidak mengetahui. Perlahan dia melipat kembali surat terakhir dari Nis. Dia merenung Syah. Ada wajah sedih terbayang. Kemudian dia merenung jauh ke arah langit dan tersenyum sendirian. InsyaAllah Nis….aku akan ingat persahabatan kita sampai ke akhir hayat. Semoga Allah melimpahi rahmatNya ke atasmu sahabatku. Amin….


2004.

Thursday, January 21, 2010

Sekadar renungan bersama,,,~cinta atas nama Islam??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamu’alaikum wbt… Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada Klik Sini . Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InsyaAllah =)

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-” Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan …. Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh. Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati. Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’ Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian. ‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya… Amin: assalamualaikum wbt. Wani: wsalam… Amin: apa khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak? Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week… Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit… Wani: wah, rajinnya… baguslah! Amin: hurm… Amin: study macam mana? Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack. Amin: oic… Amin: takpe, study rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm… Wani: apa dia? tanya la… sila2.. Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang? Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? Wani: so, statusnya kawan je la… Amin: hurm… ….. Wani: erh, tak betul ke? Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya… Wani: jadi… Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah… Amin: sbb…… Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’… Amin: huh… Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat… Amin: kononnya Islamik… Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik… Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2′ nieh.. jadi, saya rasa kita harus berpisah… Amin: hurm….. Amin: Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat… Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan… Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah… Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas…. Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga. Wani: wassalam. Signed out Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu. “Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…” Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057′ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta. Sekian,Wassalam. ”Ya Allah,Jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen “

CQ: moga kita sedar kesilapan diri kita sebenarnya. Post ni lebih ditujukan untuk diri sendiri agar lebih kuat pendirian.,lebih kuat untuk melupakan segala yang berlaku kebelakangan ni. Sungguh. Lemah benar hati ini sejak bertemunya. Moga Allah berikan kekuatan untuk melontar bayangnya jauh ke dada langit dan nyahkan segala memori yang terbina sepanjang berprogram dengannya. InsyaAllah...amin~

Wallahu'alam..

Tuesday, January 19, 2010

Destinasi Cinta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Nyanyian : Mestica

ISTIQAMAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Nak nangis..marah,,kecewa,,bengang. Semua ada. Complete dalam satu. Tapi kewarasan muncul kembali tika diri betul- betul rasa berada di penghujung. Dan bila tengok gambar-gambar air terjun yang Abeli forwardkan kepada saya pagi tadi, betul-betul mendamaikan kembali jiwa yang celaru. (sememangnya suka 99.9% dengan air terjun.hehe..) Argh! Mudahnya perasaan mengawal fikiran. Mujur masih ada kekuatan dari belakang yang menolak saya untuk tidak terus berhenti di sini. Istiqamah! Ya. Itulah yang saya perlu lakukan. Istiqamah dalam jalan yang telah saya pilih ini. Walau apapun, saya tahu dan percaya. Di setiap kesulitan pasti ada sinar yang menerangi.. Jadi, wahai diri.. ayuh bangkit semula. Nyahkan segala yang remeh-temeh. Perjuangan ini masih baru bermula. Istiqamah, istiqamah dan terus istiqamah!

Wallahu'alam.

Monday, January 18, 2010

DAHI CECAH SEJADAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersihkan dirimu sebelum dirimu dibersihkan. Wuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Doalah kamu sebelum kamu didoakan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih. Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai, lalu dijalankan solat jenazah ke atasmu dengan empat takbir. Fatihah, selawat, doa dan salam tanpa ruku’ dan sujud sebagai memenuhi tuntutan Fardu Kifayah. Apakah solat jenazah itu dapat membayar solatmu yang telah luput? Apakah solat tanpa ruku’ dan sujud itu dapat membayar sujudmu yang telah luput? Sungguh beruntunglah kamu oleh itu usunglah dirimu ke arah solat sebelum dirimu diusung ke liang lahat menjadi makanan cacing dan ulat. Kerana itu sucilah diri kamu sebelum kamu disucikan. Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana talqin itu manfaat buat yang hidup bukan yang mati. Istigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan. Ingatlah dirimu walau di mana kamu berada kamu tetap memijak bumi Tuhan. Justeru jika DIA menyeru maka sambutlah seruannya sebelum malaikat Izrail datang menyerumu. Ingatlah asal-usulmu yang hina dari setitis air mani, lalu menjadi segumpal darah, lalu menjadi seketul daging dan tulang-belulang. Ingatlah asal-usulmu yang kau bila jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu. Sambutlah seruan HAIYA ‘ALASSOLAH dengan penuh rela dan bersedia. Sambutlah seruan HAIYA ‘ALALFALLAH untuk kejayaan dunia dan akhirat. Ingatlah pada hari itu tiada guna harta, takhta dan putera, kad kredit, rumah dan kereta jika DAHI TAK CECAH SEJADAH.


~DIPETIK DARI RADIO INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM).

Sunday, January 17, 2010

Kisah Hari Ini...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kejutan...
Tengah-tengah asyik siapkan kerja petang tadi, tiba-tiba abah balik dan bawa satu berita. Tapi saya asyik di depan komputer lagi. Buat tak tahu je. Lepas tu, abg Ieyjan lak balik. Bercerita sesuatu yang agak kecoh. Pun saya buat tak tahu lagi. Tiba-tiba dengar ma bersuara. Saya pasang telinga.Tahulah saya apa yang terjadi. Rupanya adik saya ketiga, Arif, patah tangan. Sebabnya? Jatuh kat teres tanaman getah kat projek. Agak terkejut gak la tengok keadaan dia. Tapi mujur abg Ieyjan da bawa dia pergi berurut. Nak kata biasa jer, tulang tangan dia yang utama patah.(ye ke erk?xtaula name spesifik ape.hehe) Agak effect gak la nak buat kerja. So, terpaksala dia merehatkan diri di rumah selama seminggu. Dan saya terpaksala menulis surat kepada guru kelasnya. (agak pro ya di sini..hihi..) Maka, bertalulah panggilan diterima daripada abang-abangku yang baru pulang ke KL petang tadi. Abg Azran dan Kakya dari Mengkarak pun balik semula ke rumah malam tadi juga selepas adikku yang bongsu telefon abg iparku itu. (agak kelakar. Irah curi2 call dalam bilik guna handphone ma.hehe.) Kejutan seketika berlaku dalam keluarga saya. Tapi, bagi saya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin ada sebab kenapa Allah letakkan Arif dalam keadaan macam ni sekarang. Moga Arif laluinya dengan sabar dan tabah. (mungkin ku terpaksa jadi nurse sementara walaupun tadi lupa cara nak ikat anduh yang pernah ku belajar dulu.hehehe...)

ni la tempat Arif jatuh..teres yang ketiga..

Sirap bandung cincau..
Menu yang pertama saya dalam cuti ni. Hehe.. Dalam cuti ni tidak terlintas nak buat menu baru atau cuba menu baru. Yang terlintas setelah sekian lamanya adalah sirap bandung cincau. Nak buat tu senang je. Tapi memandangkan agak sukar nak mencari cincau, so terpaksa menanti dan terus menanti. Mujur petang semalam abg Azran dengan Kakya belikan untuk saya. Alhamdulillah. Dapat juga merasa. Sebabkan Apit (adik kedua) pun da lama suruh saya buat bandung cincau, maka dia lah yang menghabiskan 1/4 air dalam jug.  Hikhik... Dalam menikmati bandung cincau tu, kesian lak tengok Arif yang terpaksa berpantang seketika sementara nak tunggu tangan dia pulih seperti biasa. Tapi gelas di tangan tetap kosong =)


sirap bandung cincau buatanku sendiri..hihi...

Wallahu'alam..

Saturday, January 16, 2010

Di Dusun Abah..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


 kat laluan masuk ke dusun..
Da lama rasa tak jejak kaki kat dusun abah. Atau saya sekeluarga lebih senang panggil projek..Senang dan mudah.Hehe..Bukan apa. Banyak benda diusahakan kat sini. Dan da tentu yang utamanya adalah getah. Tempat ni la yang membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Lagi2 dulu kawan-kawan pun ramai yang datang join sekali. Siap berbasikal tu. Zaman kanak-kanak dulu kan..Pagi ni berpeluang lagi jejak kaki kat sini setelah sekian lamanya merantau di negeri orang.(mcm lama jer..baru nk msuk 2thun..tak kesahla..lama gak tu..) Hehe.. Motif datang kat sini..da tentu sambil menyelam minum air. =0 Alang-alang datang sini,musim buah lak tu. Ha. Apalagi.. Makan buah fresh dari pokok la.. Tapi datang sini pun tadi da lambat. Nak dekat pukul 10a.m baru gerak dari rumah. Abetey, abg Ieyjan, Arif, dan abah da pergi dulu. Saya dengan Nieyza jer yang lambat. Biasala. Nak kena kemas rumah dulu. Dari rumah nak ke sini ambil masa lebih kurang 15minit..Kalau abah or yg lain mungkin kejap je kot..(Ke lagi lama ek dari saya?Hehe..) Nak bawa motor yang da lama tak sentuh tu macam takot-takot lak kan. Tapi redah jer. Saya anak abah kan. Mana leh kalah dengan jalan-jalan ladang macam tu. So, dengan segala pengalaman yang ada..dengan Kriss100 biru kesayangan saya tu..lepas gak la redah lecak-lecak dan jalan licin tu. Alhamdulillah.. Nak pendekkan cerita, tengokla gambar-gambar yang sempat saya tangkap...=0


nyalakan unggun api dulu..

saya yang bersedia untuk memanjat.hehe...

abetey yg gigih turunkan duku..saya time ni ngah sedap makan..kihkih...

ha..posing pas panjat en...

abetey,,nieyza dan arif....

dengan nieyza @ kakchik...

ni la salah satu pokok yang kami petik buahnya...

arif

ni tempat berkelah sambil mandi masa sekolah rendah dengan kawan-kawan dulu.tp skrg ni da tak best..air da kurang..tak macam dulu..

saya yang kegirangan selepas dapat naik ke puncak bukit selepas sekian lamanya...

Ni la serba sedikit aktiviti saya cuti kali ni. Puas hati juga la dapat manfaatkan cuti kali ni. Lagi-lagi dapt berkumpul dengan semua adik-beradik..(Tapi yang pergi dusun tadi tak semua) Bukan senang semua nak berkumpul hari ini. Malam ni pula nak bakar ikan.  Bukan ikan jer,,ayam or yang lain pun ada yang dibakar sekali. Aktiviti wajib bila semua ahli keluarga ada. Ataupun meraikan ahli baru yang hadir dalam keluarga kami...Tapi setakat ni takde lagi ahli baru. Cuma bakal-bakal anak buah saya jer yang bakal lahir ke dunia ini. InsyaAllah. So,,,Tu je kot nak cerita kali ini. Saya kena siapkan kerang untuk dibakar malam ini. Hehe..

Wallahu'alam...

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.

Gerhana matahari dapat dibagi menjadi tiga jenis yaitu: gerhana total, gerhana sebagian, dan gerhana cincin. Sebuah gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apabila saat puncak gerhana, piringan Matahari ditutup sepenuhnya oleh piringan Bulan. Saat itu, piringan Bulan sama besar atau lebih besar dari piringan Matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak Bumi-Bulan dan Bumi-Matahari.

Gerhana sebagian terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Pada gerhana ini, selalu ada bagian dari piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan.

Gerhana cincin terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran piringan Bulan lebih kecil dari piringan Matahari. Sehingga ketika piringan Bulan berada di depan piringan Matahari, tidak seluruh piringan Matahari akan tertutup oleh piringan Bulan. Bagian piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan, berada di sekeliling piringan Bulan dan terlihat seperti cincin yang bercahaya.

Gerhana matahari tidak dapat berlangsung melebihi 7 minit 40 saat. Ketika gerhana matahari, orang dilarang melihat ke arah Matahari dengan mata telanjang karena hal ini dapat merosakkan mata secara kekal dan mengakibatkan kebutaan.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna :
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah SAW pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah SAW telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
 
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

* Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Wallahu'alam.

DAMBA KASIH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Nyanyian : In-Team

Wasiat Imam Shafie

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri- iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut- iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur- iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir- iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan -iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan

Keenam :
Hak Kepada Sirat- iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik- iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan- iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW- iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT- iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...