Together we are...

Monday, February 22, 2010

go-go chaiyok...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ayuh adik-adik dan kawan-kawan sekalian. Petang ni, esok dan lusa hari perjuangan kita. Jom bermain dengan sepenuh tenaga. Setelah muka masing-masing makin kegelapan akibat praktis sampai ke tengahari..hehehe...Apa salahnya kalau kita jadikan ianya berbaloi. Sekurang-kurangnya menjadi johan kumpulan D (perempuan jer). InsyaAllah. Tapi, walau apa pun yang bakal berlaku nanti, jangan sedih. Kita da buat yang termampu. Menang kalah adat permainan. So, go-go chaiyok semua.. Maju sukan untuk kelas kita. Hehe..

Wallahu'alam~

nis : sarang he yo kamu semua F24's girls..hehe..

Saturday, February 20, 2010

Sepagi dengan mereka dan bola tampar.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
 Penat woo training bola tampar sepagi.. Ye ke penat erk?Hehe.. Dari pukul 7 turun sampaila pukul 11. Semangat betul kami. Hehe. Isnin ni da mula match. Hmmm...layan ajer. Yang penting penglibatan ada. Menang kalah lain cerita. Walaupun kebarangkalian untuk kalah tu tinggi.Haha..Tapi ku cuba optimis dan fikir positif. Classmate yang lain? Best aje dengan mereka. Syok la enjoy dengan mereka semua. Masing-masing take care each other kan. Dalam bab belajar, kira kelas saya-Fizikal 24 agak top ranking juga. Mudah-mudahan dalam bersukan pun boleh catat nama. Amin. Dah beberapa jam bermain, lelaki-lelaki kelas kami turun sekali. Mengajar kami teknik-teknik yang berkaitan. Saya tiada ketika ini. Tengah merakamkan video untuk projek BI dengan ahli kumpulan yang lain.  Lepas kami settle dengan video tu, join mereka bermain. Di bawah panas pagi, semangat untuk berlatih tu tetap ada. Dengan kehadiran kawan-kawan dari kelas lain, padang jadi agak meriah pagi ni. Hihi... (mungkin selama ni memang meriah kot.aku jer selalu menyepi dlm blik hjg minggu..wawawa....) Berlatih punya berlatih hinggalah semua dah balik. Yang tinggal hanyalah gadis-gadis kelas saya. Punyalah semangat tu. Tapi memandangkan kami tiada masa yang cukup untuk berlatih sebelum ini, hujung minggu inilah sahaja kena dikorbankan. Petang ni sambung semula. Respek la kat korang semua sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata kerana pertandingan bola tampar ni. Menang kalah kita tolak tepi. Yang penting semangat dan perjuangan kita semua dalam mengharungi hidup ini yang penting. Semua itu yang akan membangkitkan satu kenangan dan momen pahit manis yang sukar dilupakan satu hari nanti. InsyaAllah.

nis: takda masa nak bikin idea yang mantap.sekadar menulis apa yg dilalui seharian..moga-moga boleh dijadikan perkongsian utk semua.

Wallahu'alam~

Wednesday, February 17, 2010

Perancangan Akan Datang?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
 
Alangkah indahnya dapat jejak kaki di sini ( berangan sey nak gi Victoria Falls ni.hehe..sedangkan air terjun kat Malaysia ni pun banyak lagi tak sampai. one day maybe..hihi). Rasa tenang bila melihat ciptaan Allah yang satu ini. Walaupun dalam gambar jer. Lagi-lagi kalau berada bawah air yang mencurah dari atas. Nikmat. Hehe.. Terasa segala masalah hilang. Macam tu juga la kalau mandi hujan. Haha. Tapi da besar-besar ni jadi segan lak nak main hujan. Last main hujan (rasanya lar..) pun masa kat Mersing, masa daki Gunung Arong hujung tahun lepas. Tu pun kebetulan hujan masa tu. Apa lagi manfaatkan betul-betul peluang yang hadir tanpa di minta. Lagi-lagi dengan akhwat-akhwat yang lain. Memang best lar dapat mandi hujan kan da besar-besar ni. Haha.. Memang syok la.. Turun-turun dari Gunung Arong jumpa lak pantai depan mata. Subhanallah. Anugerah Allah untuk hamba-hambaNya. Hmmm..never get that chances anymore. Bulan 4 ni dah habis matrik, InsyaAllah. Mungkin lepas ni tiada peluang untuk terus menyimpan memori di bumi Johor lagi kot(sedangkan kat Tangkak jer selama ni.hoho..) Langkah ini ingin ke tempat lain. Melihat ciptaan Allah di tempat lain. Ke utara mungkin. Timur tempat saya dari kecil, barat selalu pergi, selatan telah saya harungi dengan pelbagai momen, cuma utara belum saya jejak untuk satu tempoh. Moga-moga niat ini diredai. Pun saya tidak menolak andai kembali semula ke bumi selatan ini. Sabah Sarawak? Pun sama. Masa tingkatan 3 hanya pergi bercuti beberapa hari sebelum PMR ke Sabah. Peluang tak datang banyak kali. Waktu belajar ni lah saya boleh mengenali tempat orang. Apatah lagi, hanya berbekalkan duit dari poket sendiri baru boleh mengembara. Masa kerja nanti? Yang tu da punya komitmen lain. (kalau dah kahwin?hmm..berjalan dengan dia la nanti.hehe.) Tapi rasanya masa kerja nanti lagi best kot nak tengok tempat orang. Pepun, tu sekadar perancangan. Jadi atau tak, semuanya Allah yang tentukan. Jadi,,ni je lah kot nak kongsi pagi ni. Tah mende-menje post benda alah ni. Haha,,Argh..Layan ajer.. Jap lagi da berangkat ke matriks. Bas pukul 1 kat Bahau. Kembali pada rutin biasa selepas ini. Nak siapkan apa yang patut pasni,,nak habiskan soya jagung. Nak wat roti telur..Nak...Nak....Nak....Nak stop dah menulis. Hehe.. Daaaaaaa............

Wallahu'alam~

Tuesday, February 16, 2010

Dalam Tak Duga...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Akhirnya cuti ni dapat gak jumpa dengan kawan-kawan sekelas dulu. Tapi tak semua lar. Kebetulan nak pergi melihat anak salah seorang dari kami dulu yang dah lama menyepi. Tapi, bila sampai kat umah dia, mak dia kata dia tidur. Anak dia pun tidur. So, takleh kacau. Dalam hati terfikir, mungkin alasan je kot. Astagfirullah.. Teruk tol andaian ak ni..hehe.. Tapi tu la hakikatnya yang saya rasa. Bukan tak pernah untuk pergi ke rumah untuk melawat dia tapi boleh agak apa penerimaan keluarga dia. Tak kisahla.. Bukan niat saya nak memandang serong atau nak mencari salah dia. Yang lepas biarlah lepas. Apa yang berlaku dulu jadikanlah iktibar dan sempadan dalam mengharungi kehidupan akan datang. Tak bermakna pintu rahmat Allah sudah tertutup untuk mereka yang melakukan kesilapan. So, niat kami nak melawat dia tak kesampaian. Biarlah. Mungkin ada hikmah yang menanti. Kami pun mencari destinasi lain. Hehe..
Arah kami menuju ke kampung sebelah. Lebih kurang 5 minit jer naik motor. Nak ke rumah A'an sekaligus hantar dia balik rumah. Kebetulan Ayu pun nak balik Simpang Durian dah petang tadi gak. Pagi esok dia dah balik JB. Saya pun esok da berangkat ke matrik semula.Tak jadi singgah ke rumah A'an, tapi pergi rumah maksu,mak Nami yang sekarang ni berada di Sarawak-as a soldier. Rupanya Nami baru je balik cuti minggu lepas 2 minggu. Mesti maksu gembira bila anak dia balik semenanjung. So..Macam biasalah kalau kat umah maksu. Pekena air tebu n keropok. Da lama tak merasa air tebu maksu. Dalam rancak berborak, saya menanyakan tentang kematian adik Ina. Sedihnya rasa bila dengar tarikh kematiannya jatuh pada hari pernikahannya. Pun, arwah telah koma 11 hari sebelum itu. Maha Kuasa dan Maha Mengetahui segalanya apa yang berlaku di dunia ini. Moga arwah ditempatkan di sisi para solehin di sana dan moga Ina dan keluarga tabah hadapi dugaan ini.
Sebelum beredar dari rumah maksu, saya sempat melihat sepupu Nami yang baru lepas operate coz apendiks. Mengikut kata emaknya,dah dua bulan dia mc. Asalnya enam hari jer. Tapi berlanjutan pula. Hmmm...kalau dah tak ok lagi, lebih baik tunggu sampai betul-betul sihat dulu. Tapi terkejut gak bila dia ajak datang kenduri dia bulan 3 nanti. Hmm...da sampai seru. Moga berbahagia saya ucapkan. Tapi mungkin saya boleh datang kerana tak cuti rasanya waktu tu.
Apapun, ni lah sedikit cerita cuti kali ini. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Rasa kosong bila menghadap blogs ni. Esok dah kembali kepada life yang menstresskan saya. Hehe..Pun begitu kekuatan demi kekuatan terus saya cuba bina walaupun kadang-kadang tersungkur. Kata-kata semangat dan doa kawan-kawan yang membangkitkan semula nadi perjuangan saya. Last words..moga bertemu di lain cerita,insyaAllah dengan post yang lebih membina.. So,,,Nak habiskan buku 'La Tahzan-Jangan Menangis' sambil layan lagu Layar Keinsafan. Sayu dan syahdu...



Wallahu'alam~

Sunday, February 14, 2010

Valentine???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. 

Adakah kita umat yang menganggap Islam itu zalim? Nau'zubillah.. Kita menyedari hakikat kita adalah Islam. Tapi sejauh mana keislaman kita? Sekadar islam di mulut atau islam keseluruhannya. Duhai nyawa yang masih menghirup udara milik Allah ini, renunglah diri masing-masing. Apakah kita termasuk dalam golongan-golongan ini. Berpijaklah pada paksi kebenaran dan akidah yang satu.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah S.W.T berfirman yang tafsirnya:
    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)

Namun tak pula sesiapa yang pernah melakukan kesilapan tiada peluang untuk terus menghirup nikmat Allah kerana firman Allah:-

‘’Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini, tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.’’ (An-Nisa’ : 100)

Jadi, benarlah pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita para hambaNya. Terpulang pada kita berusaha mencari hidayah dan petunjukNya. Memanglah hidayah tu milik Allah yang diberi pada sesiapa yang dikehendakinya. Tapi, kita sebagai insan yang mengerti bahawa setiap perkara mestilah ada usaha untuk mencapainya. Jadi, sejauh mana kita mencari jalan untuk mendapat hidayah itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Saya bukanlah ahli yang layak untuk berbicara lebih mendalam tentang ini, tapi tak pula saya langsung tak tahu apa-apa. Sekadar melihat dari jauh agar kita semua tidak terus jauh dari kasih Allah. Pesanan terakhir, apa-apa yang kita lakukan buatlah kerana Allah. Hanya Dia yang boleh menolong kita. Wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...