Together we are...

Sunday, February 14, 2010

Valentine???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. 

Adakah kita umat yang menganggap Islam itu zalim? Nau'zubillah.. Kita menyedari hakikat kita adalah Islam. Tapi sejauh mana keislaman kita? Sekadar islam di mulut atau islam keseluruhannya. Duhai nyawa yang masih menghirup udara milik Allah ini, renunglah diri masing-masing. Apakah kita termasuk dalam golongan-golongan ini. Berpijaklah pada paksi kebenaran dan akidah yang satu.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah S.W.T berfirman yang tafsirnya:
    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)

Namun tak pula sesiapa yang pernah melakukan kesilapan tiada peluang untuk terus menghirup nikmat Allah kerana firman Allah:-

‘’Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini, tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.’’ (An-Nisa’ : 100)

Jadi, benarlah pintu taubat Allah masih terbuka untuk kita para hambaNya. Terpulang pada kita berusaha mencari hidayah dan petunjukNya. Memanglah hidayah tu milik Allah yang diberi pada sesiapa yang dikehendakinya. Tapi, kita sebagai insan yang mengerti bahawa setiap perkara mestilah ada usaha untuk mencapainya. Jadi, sejauh mana kita mencari jalan untuk mendapat hidayah itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Saya bukanlah ahli yang layak untuk berbicara lebih mendalam tentang ini, tapi tak pula saya langsung tak tahu apa-apa. Sekadar melihat dari jauh agar kita semua tidak terus jauh dari kasih Allah. Pesanan terakhir, apa-apa yang kita lakukan buatlah kerana Allah. Hanya Dia yang boleh menolong kita. Wallahu'alam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...