Together we are...

Wednesday, March 17, 2010

selamat ulangtahun buat semua....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kepada anak buahku yang ke-2,,Durani..selamat ulang tahun ke-1 hari ini sayang. Akhirnya tanpa disedari da setahun dia bersama kami.. Argh! Rindunya nak melihat tawa dan mimik mukanya yang sentiasa tersenyum walaupun selalu dimarahi. Mungkin saja dia memang suka menggembirakan orang lain. Atau mungkin juga dia mengerti betapa ibunya bertarung nyawa melahirkannya melalui pembedahan, bila secara normal ada komplikasi. Durani itulah yang menjadi teman di rumah kerana dia lebih banyak berada di rumahku. Rindu untuk melihat dia. Duhai diri sabarlah untuk beberapa ketika. Hanya beberapa minggu lagi dapat bertemunya..
Buat sahabat baikku juga,Ija, yang berada di Kolej Profesional Mara Melaka, selamat ulang tahun ke-20 semalam. Macam tak caya umur da meningkat 20. Hehehe..Mujur hari lahirku lambat lagi. Hihi..
Buat  Aniz, teman sebilik yang juga teman paling kamceng kat KMJ tahun ni, selamat ulang tahun ke-19 10 Mac hari itu. Moga 'hadiah' yang dapat pada awal pagi tu kekal dalam ingatan selamanya. 0_0
Buat abeli,selamat ulang tahun  juga 19 Mac ni,,Genap 31 berada di dunia ini dan sudah setahun bergelar ayah. Selepas ini bakal punya anak seorang lagi.. Semoga hidup abeli diredai Allah selalu. Lepas ni Irfan bagi Nie jaga. Hehe.. Buat Anash n Joe, selamat ulang tahun juga ke-20 21 Mac ni.
So, ni je lah nak cakap. Tak tahu nak tulis apa. Da lama tak singgah sini. Cuma bulan ni penuh dengan kelahiran insan2 di keliling saya. 30 Mac nanti hari lahir Aimman yang ke-1. Saya? Hmmmm....lambat lagi.. Bila tu?

Wallahu'alam~

Wednesday, March 03, 2010

keredaan Allah yang satu...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, March 02, 2010

Hmmm........

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Alhamdulillah..bola tampar da habis minggu lepas lagi. Dan kami dapat tempat ke-3 dalam kumpulan D. Hmmm..bolehla. Dua kalah dan satu menang. Tak kesahla. Yang penting kami semua gembira sepanjang perlawanan tu.. Walaupun hakikatnya banyak kontroversi timbul..hihi...Maaf ye pengadil2 yg berkaitan.. So, bola tampar da habis. Sekarang ni nak fokus pada benda lain pula.
   Buat sahabatku Ain_Sud yang bersamaku sejak dari tahun lepas..selamat ulangtahun ke 20 saya ucapkan. Hari ini genap 20 tahun dia menghirup udara di bumi Allah ini. Moga apa yang berlaku sebelum ini dijadikan sempadan dan tauladan dalam menempuh kehidupan akan datang. InsyaAllah.Buat seniorku juga yang menyambut hari lahirnya beberapa hari yang lepas, selamat ulang tahun ke 21. Moga Allah terus bersama kamu dalam perjuangan dakwah ini..Tak lupa juga buat buah hatiku yang comey itu, selamat hari lahir sayang ke-1 semalam..Da genap setahun rupanya Irfan berada di dunia ini bersama kami semua.  Dia ni la insan pertama yang memberiku gelaran Ciknie. Hehe.. Akan datang, hari lahir sepupu-sepupu Irfan pula, dalam bulan ini juga.
Wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...