Together we are...

Saturday, April 24, 2010

Sebuah Pertemuan 0_0

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan 
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Sunday, April 18, 2010

Reda Itu Rela, Pasrah Itu Menyerah Tapi Tak Bererti Kita Kalah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

     Shirin termenung di koridor kelas. Kenangan terakhir bersama ayahnya masih segar di ingatan. Secara tiba-tiba, ayahnya meneninggalkan dia dan emaknya berdua. Shirin merintih sayu. Bukan menyesali takdir Ilahi tetapi tidak sanggup menghadapi dugaan sehebat ini. Beberapa hari selepas ayahnya dikebumikan, dia mendapat tahu ibunya menghidap barah otak. Shirin terpempan. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat lagi. Walaupun baru sahaja barah otak itu tumbuh, namun berita mampu meragut kembali kegembiraan Shirin.
Shirin tersentak daripada lamunannya apabila terdengar jeritan dari kelasnya. Dia pantas menyeka air matanya yang mengalir. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu kelasnya.Tanpa disedarinya, sepasang mata memerhatinya dari jauh. Dia berpura-pura ketawa bersama kawan-kawannya, namun tidak dapat menghapuskan rasa sedih di hati. Airmata kembali kembali gugur dari mata Shirin.
    “Rin, kenapa ni?”soal Nisa,pelik melihat Shirin. Shirin menyeka airmatanya dari terus keluar. Beberapa kawan baik Shirin mengerumuninya.
    “Takde apa-apa. Cuma aku teringat kat ayah aku.”dalih Shirin. Kawan-kawannya terkedu mendengarnya. Mereka tahu keadaan Shirin, dan mereka bersimpati atas kematian ayahnya. Tetapi keadaan amaknya mereka tidak tahu. Shirin memang sengaja merahsiakannya.
     “Nisa, aku rindu ayah aku.”ucap Shirin dalam tangisan. Nisa terkesima, lalu memeluk Shirin seerat mungkin. Mata Nisa kelihatan berair, begitu juga kawan-kawannya yang lain.

     “Shirin, kaunselor nak jumpa waktu rehat nanti.”beritahu pengawas tingkatan 4. Shirin mengangguk lemah. Hari ini, dah masuk sebulan ayahnya meninggal. Dirinya sudah kembali seperti dahulu. Tetapi tidak lagi seorang yang periang. Walaupun zahirnya, Shirin nampak ok, namun batinnya hanya Tuhan yang tahu. Keadaan emaknya merisaukan hatinya. Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, dia terus pergi ke bilik kaunseling.
      “Macam mana kamu Shirin? Dah boleh belajar dengan tenang?”soal Cikgu Suraya. Shirin tersenyum kelat. Mengerti tentang soalan yang diajukan.
     “Alhamdulillah cikgu. Saya dak ok sekarang. Mungkin dulu saya terkejut dan tak dapat terima berita itu. Tapi sekarang saya reda dengan qada’ dan qadar Allah. Mungkin itu dugaan untuk saya.” Ada sedikit getaran dalam nada shirin. Cikgu Suraya pelik. Wajah Shirin yang pada mulanya nampak tenang kembali berubah.
     “Ada apa-apa yang tak kena ke Shirin?”
     “Ha? Takde apa-apa cikgu. Saya ok.”dalih Shirin. Dia cuba menutup kegusaran di hatinya.
     “Saya faham situasi kamu. Kita tak boleh melawan takdir Tuhan. Tapi kita yang hidup ini mesti kena teruskan hidup kita. Lagipun kamu masih punya ada emak yang menyayangi kamu. Kamu kena fakir tentang dia. Berikan sepenuh kegembiraan pada emak kamu.
    “Emak saya?”soal Shirin perlahan.
    “Kenapa dengan emak kamu? Dia sakitke?”Shirin terkejut dengan pertanyaan Cikgu Suraya. Dia teringat akan emaknya yang tidak sihat kebelakangan ini. Bukan dia sengaja tidak mengambil perhatian tentang kesihatan emaknya tetapi emaknya sendiri yang mahu dia tidak menanggung beban yang banyak. Shirin mengeluh.
    “Shirin.”panggil Cikgu Suraya mematikan lamunan Shirin.
    “Emak kamu sakit ke?”soal Cikgu Suraya lagi.
    “Emmm…Takdelah cikgu. Mak saya…”kata-kata Shirin terhenti dan dia merenung kea rah wanita di hadapannya. Aku tidak akan beritahu orang lain,biarlah aku menyelesaikan maslah aku sendiri, desis hati Shirin. Shirin menyeka air matanya yang gugur. Cikgu Suraya semakin pelik.
    “Maafkan saya cikgu. Waktu rehat dah tamat. Saya ada amali lepas ini. Saya minta diri dulu.” Kata Shirin sambil berlalu pergi, sengaja mengelak diri dari terus didesak oleh Cikgu Suraya. Panggilan Cikgu Suraya tidak diendahkannya. Cikgu Suraya tersandar di kerusi, memikir-mikir tentang perangai Shirin yang pelik.

     Petang itu Shirin keluar Bandar bersama kawan-kawannya. Mungkin ini kali terakhir sebelum menduduki SPM bulan November nanti.
    “Rin, aku taknak kau sedih ok? Walau apa pun masalah kau, kau lupakan seketika. Kita enjoy ok?” kata Nisa sambil memaut bahu Shirin. Shirin ketawa kecil. Seolah-olah sudah melupakn kesedihan di hatinya.
   “Ha..Macam tu la kawan. Hidup ini kena diteruskan.”kata Nisa lagi. Lily, Alia dan Jane turut ketawa. Inilah kali pertama Shirin ketawa kembali selepas kematian ayahnya. Tanpa disedari oleh mereka, ada sepasang mata yang memerhati mereka dari dalam kedai. Lelaki itu turut tersenyum melihat Shirin ceria.
   “Wei gengs! Jom pergi keai buku depan sana tu. Aku nak beli buku latihan la.”ajak Lily sambil menuding jari kea rah kedai di hujung bangunan.
   “Baiknya kau Lily. Dah bertaubat ke?”sakat Nisa. Lily pura-pura tidak mendengar tapi masih sempat memijak kaki Nisa. Nisa mengaduh sakit.
   “Sekurang-kurangnya aku sedar SPM da semakin dekat. Tak gitu Cik Nisa oi.?”balas Lily sambil menarik tangan Shirin. Nisa ketawa kecil dan diikuti kwan-kawannya yang lain. Suara mereka memenuhi tempat itu. Gelak tawa mereka mencuri perhatian orang ramai. Shirin semakin tenang dan ceria, sekaligus melupakan seketika keadaan emaknya/ seboleh-bolehnya, dia mahu gembira petang itu.

     “Mak! Mak!”laung Shirin dari depan pintu. Kasut sekolah ditanggalkannya. Dia merasa pelik. Selalunya sewaktu balik sekolah, emaknya mesti menunggu dia di depan pintu. Tapi tidak hari ini. Shirin seperti dapat merasai sesuatu. Lantas, dia bergegas naik ke atas menuju ke bilik emaknya.
    “Mak!”jerit Shirin. Tubuh emaknya yang terbaring lemah di tepi katil segera dihampiri. Kepala emaknya dipangku.
    “Mak! Bangun mak!”Shirin terus emanggil emaknya. Tubuh emaknya digoyang-goyangnya. Airmata mula membasahi pipi Shirin yang putih. Dia kecewa apabila tiada respons dari emaknya. Lalu, telefon segera dicapai dan dia membuat panggilan. Tidak lama selepas itu, dari jauh siren ambulans jelas kedengaran.
Sudah tiga jam Shirin menanti di depan wad kecemasan.sudah tiga jam juga emaknya berada di dalam wad tersebut. Beberapa orang jururawat cuba menenangkannya. Baju sekolah di tubuhnya sudah lencun dek dibasahi dengan air mata.

     “Pakcik tak tahu macam mana perempuan seperti dia mampu menghadapi semua ini. Dulu ayahnya meninggal, kini emaknya pula kritikal. Dah la anak tunggal. Semua perkara dia yang kena tanggung. Pakcik kagum dengan kesabaran dia.”
Syahmi meraup mukanya perlahan. Wajah sedih Shirin masih ditatap dari jauh. Kata-kata pakciknya masih terngiang di kepalanya. Argh! Betapa kau seorang yang cekal Shirin Hamzah, desis hati Syahmi.
    "Aku akan beritahu warga sekolah tentang kau Shirin. Kau tidak keseorangan di dunia ini.” Syahmi berbicara sendiri.

    Cikgu Suraya terduduk mendengar cerita daripada Syahmi. Selama ini dia tidak pernah terfikir masalah Shirin. Dia rasa masalah Shirin sudah selesai dan Shirin sudah kembali gembira. Tetapi..Cikgu Suraya mengeluh sendiri. Dia teringat sikap pelik sewaktu dia menanyakan tentang emaknya. Dia merenung muka Syahmi.
     “Macam mana kamu tahu Syah? Dia beritau kamu ke?”
     “Tak cikgu. Semalam saya pergi hospital. Kebetulan ternampak Shirin. Pada mulanya saya terkejut tengok dia menangis. Malah, baju sekolah masih dipakainya lagi. Tapi, bertanya pada pakcik saya,yang mengendalikan kes kecemasan dan pakcik saya ceritakan segalanya. Saya sendiri tak percaya cikgu.” Kata Syahmi dalam nada sedih. Nisa,Lily,Alia dan Jane yang baru sampai di bilik kaunseling terperanjat mendengar kata-kata Syahmi. Masing-masing terdiam. Mereka berpelukan apabila mendengar cerita sebenar tentang Shirin. Airmata mengalir deras dari mata mereka.

      Khabar berita yang baru di bawa oleh Doktor Azmi mematikan seluruh urat saraf Shirin. Shirin terpempan dan seraya itu juga dia jatuh lemah ke lantai. Sekali lagi, Shirin tewas di hospital itu. Dan sekali lagi Shirin mendapat simpati daripada kakitangan hospital itu. Shirin tersedar apabila mendengar namanya dipanggil. Dia membuka matanya dengan lemah. Cikgu Suraya, Puan Salmi, Nisa, Alia, Lily, Jane dan seorang lelaki berada di hadapannya. Dia cuba menguntum senyuman namun ingatannya lebih tertumpu pada emaknya. Sepantas kilat, dia bangun dari katil tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Nisa cuba menghalang namun terhenti apabila dia sendiri dihalang oleh Puan Salmi.
    “Mak..jangan tinggalkan Rin pula.”rintih Shirin di sisi emaknya yang kaku. Dia menolak tubuh emaknya sambil menangis. Nisa dan semua yang ada di situ turut tersentuh melihat adegan itu. Shirin menangis kesal. Menyesal kerana tidak mendapatkan rawatan untuk mendapatkan rawatan untuk emaknya pada awal dahulu. Kata doctor, barah emaknya sudah kritikal. Sel-sel barah begitu cepat merebak ke seluruh otak emaknya. Kalu melakukan pembedahan pada awal dahulu, mungkin peluang untuk emaknya hidup cerah. Tapi kini segalanya sudah terlambat. Tiga bulan emaknya menderita. Tiga bulan juga Shirin kegelisahan. Tapi hari ini, emaknya meninggalkan dia keseorangan. Shirin tidak mampu melawan takdir Tuhan. Apatah lagi qada’ dan qadarnya memang telah disuratkan sejak di Loh Mahfuz lagi.

     “Nisa,kenapa nasib aku begini? Tak boleh ke Tuhan bagi aku sedikit masa lagi pada emak aku. Sekurang-kurangnya lepas aku SPM.”soal Shirin tiba-tiba. Nisa memeluk Shirin erat. Alia, Jane, dan Lily juga memeluk Shirin. Mereka tahu Shirin tidak sanggup terima kematian emaknya. Syahmi hanya memerhati dari jauh. Pengetua Shirin, Puan Salmi sedang bercakap dengan Cikgu Suraya.
    “Maafkan saya puan. Mayat arwah perlu dikebumikan segera.” Doktor Azmi memecah kebuntuan di pagi Jumaat itu. Puan Salmi mengangguk. Syahmi menghampiri pakciknya, Doktor Azmi dan bebicara sesuatu. Cikgu Suraya menguruskan mayat arwah emak Shirin memandangkan Shirin tidak punya saudara-mara lain lagi. Shirin memerhati mayat emaknya di bawa pergi dan sekali lagi Shirin terus rebah ke bumi.

     Shirin masih setia di tepi pusara emak dan ayahnya. Surah Yassin masih lagi di tangannya, dipegang erat. Kini, genap 5 bulan dia menjadi yatim piatu. Mujurlah Cikgu Suraya sudi menjaga Shirin dan menjadikan dia sebagai adik angkatnya. Sedikit sebanyak, Shirin masih mampu meneruskan hidup ini semula. Tentu amat menyayat hati apabila kehilangan kedua-dua ibubapa dalam tempoh yang sama.
     “Assalamualaikum.”sapa seorang lelaki. Shirin terkejut.
    “Waalaikumussalam. Syah! Buat apa kau ke mari?”
     “Saja nak tengok Puteri Air Mata. Tak boleh?”seloroh Syahmi. Shirin tersipu malu mendengar jawapan Syahmi.
    “Rin, tunggu dulu!”jerit Syahmi. Shirin mematikan langkahnya dan menunggu Syahmi untuk berjalan sama.
    “Aku minta maaf yea. Janji,tak sebut perkara tu lagi.”ucap Syahmi. Shirin mengangguk. Dia sendiri malas nak menyimpan dendam. Dia mahu hidup dalam keadaan tenang dan gembira. Itu janji dia pada emaknya.
    “Jadi, macam mana kau sekarang?SPM da dekat…Minggu depan je. Dah buat persediaan mental dan fizikal?”soal Syahmi mengalih tajuk perbualan. Sengaja dia mengajukan soalan ini memandangkan di sekolah Shirin lebih gemar berkepit dengan empat orang rakan baiknya,Nisa,Lily,Jane dan Alia.
     “Alhamdulillah Syah. Aku dah sedia. Aku berterima kasih pada sokongan kau, rakan-rakan aku,Cikgu Suraya dan semua yamg masih sayangkan aku. Kalau tak, aku tak tahu apa akan terjadi dengan aku. Mungkin aku tidak seperti kau tengok hari ini.”
   “Aku kagum dengan kau Rin. Bukan senang nak hadapi semua ini. Waktu emak aku meninggal dulu pun aku tak sekuat kau walaupun aku lelaki. Aku tak tahu macam mana kau boleh tabah hadapi semua ini..kematian ayah,lepas tu emak pula menghadap Ilahi.”
    “Mungkin masa banyak mengajar aku erti sabar dan tabah. Siapa tidak sedih bila ayah meninggal kemudian emak pula tinggalkan kita. Sebulan aku sedih lepas ayah aku meninggal. Dalam waktu yang sama, aku dapat tahu yang emak aku sakit. Aku betul-betul bingung. Tak tahu nak buat apa. Aku pilih untuk mendiamkan diri memandangkan emak aku sendiri taknak orang lain tahu. Akhirnya,kesilapan aku itu memakan diri aku sendiri. Mungkin dah takdir hidup aku macam ni Syah.”
      “Mungkin ada hikmah di sebalik ujian ni. Jadi, lepas SPM ni kau nak buat apa? Nak belajar atau terus kerja?”soal Syahmi. Wajah Shirin direnungnya.
     “InsyaAllah,kalau dapat best result aku nak sambung belajar. Aku nak jadi doktor, nak tebus kesilapan aku pada emak. Sekurang-kurangnya, aku dapat merawat orang lain yang sakit macam emak aku.”
    “Kau memang cekal dan tabah Rin.”
    “Kau tahu kan? Reda itu rela, pasrah itu menyerah. Tetapi tak bererti kita kalah. Aku sentiasa berpegang pada pegangan ni sampai bila-bila. Walaupun aku sedih ayah dan emak aku dah tiada lagi, namun aku bersyukur aku ada Cikgu Suraya, seorang kakak yang sudi jaga aku. Aku takkan mudah berputus asa kalau aku masih diberikan peluang untk terus hidup. Masa mengajar segalanya.”
Syahmi merenung tepat ke dalam anak mata Shirin. Kata-kata Shirin tadi meresap ke dalam fikirannya. Dia yakin Shirin punya sesuatu yang istimewa. Itu dia pasti. Mereka berhenti dipersimpangan jalan.
      “Okeylah Rin. Hari dah petang sangat ni. Tak elok kau balik lambat sangat. Nanti risau Cikgu Suraya. Kita jumpa masa exam nanti. Aku pergi dahulu. Assalamualaikum.”kata Syahmi sambil beredar ke motosikalnya di bawah pokok. Shirin masih berdiri memerhatikan Syahmi beredar.
     “Sebenarnya ada satu perkara yang kau tak tahu Syah. Sikap prihatin kau yang membuatkan aku cekal dan masih mampu tersenyum. Aku tahu kau selalu perhatikan aku sejak ayah aku tiada. Kau sentiasa ada di sisi aku bila aku keseorangan. Kau membuatkan aku berterima kasih pada kau. Sikap kau ini sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku. Cuma aku tak berani meluahkan kerana kita masih seorang pelajar. Aku tidak mahu kita dilanda perasaan yang kita sendiri tidak tahu ke mana hujungnya. Biarlah Tuhan yang tentukan segalanya.” Shirin bersuara perlahan. Dia menoleh ke arah tanah perkuburan. Mak,ayah, semoga di cucuri rahmat-Nya. Rin akan hidup gembira seperti mana mak dan ayah mahu. Rin sayang mak,ayah,bisik hati kecil Shirin. Shirin melangkah pergi dengan pasti bahawa arwah ayah dan emaknya sentiasa menyokongnya dan selalu memberinya semangat. Sesungguhnya REDA ITU RELA, PASRAH ITU MENYERAH TETAPI TIDAK BERERTI KITA KALAH.

Friday, April 02, 2010

take 5!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Isnin ni da final. Paper first, English. Pergh. Mantap ar. Selalu tak past. Baik dari UPSR, PMR atau SPM.. Nak dapat A tu punyalah payah. Masa trial A lepas. Exam betul yang mampu B. Sedih2.. Macam mana la saya nak improvekan bahasa penjajah ni erk? Umur da semakin meningkat. English da belajar banyak tahun dah. Tapi tak boleh2 gak sebati dalam hidup. Mungkin juga saya ni anak jati Melayu (kunun.haha) Tu yang susah nak belajar bahasa penjajah tu. Argh..alasan semata-mata. Orang lain boleh. Kenapa tak saya? Betul tak? Jadi, duhai diri belajar lebih gigih bahasa omputih tu. Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.. 0_0
Last paper, 14hb.. Walaweh ar.. Tak sabar nak tinggalkan bumi KMJ ni. Atau lebih tepat lagi tanah Tangkak ni. Nak meninggalkan segala bentuk pertemuan dan kenangan yang ada kat KMJ ni. Macam leh lupakan jer memori2 di KMJ ni.. Hehehe... Tapi, betulla. Ada sesetengah pertemuan tu yang nak dilupakan. Apa dia? Mana leh cakap. Hihi. Dengan member2,kawan2, sahabat2 mana leh lupakan. Lagi2 teman2 x-pdt yang kamceng dan juga penghuni D1.18 yang besh sangat2. Paling havoc-Fizikal 24 arr. Mantap! Penuh dengan kisah tersendiri. 
Menghitung hari untuk paper Kimia Paper 1. Then, petang tu terus cabut balik Pahang. Dua tiga hari dekat rumah, then cabut ke KL. Kerja sedang menanti di sana. Ha. Da ada perancangan tuh lepas habis. Hehe. Biasalar. Duit poket nak kena cari sendiri. Mana ley tunggu goyang kaki duit mengalir masuk poket. Family bukan orang senang. Abah dan ma pun bukan senang2 jer nak hulur duit tanpa tujuan. Dan sememangnya, saya sendiri yang nak kerja, nak cari duit untuk beli laptop dan buat lesen. Kalau boleh capai RMxxxx la. Hihi. Tapi, boleh jer. Usaha kena kuat dan yang penting HALAL.

Wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...