Together we are...

Wednesday, December 08, 2010

Skyrunners~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Ni lah cerita yang saya tengok pagi tadi.Hihi.
Pernah tengok cerita di atas? Mesti pernah kan...Rasanya masih baru cerita ni. Actually, saya baru tengok pagi tadi. Hikhik. Itu pun join adik-adik tengok tv. Masa tengok dah suku jalan cerita. Takpe. Masih awal. Layan aje. Sambil-sambil handphone di tangan, telinga dengar lagu, mata tetap pada kaca tv. Mula-mula tengok, wah! Handsome hero dia. Ops! Not the point here. Then, lama-lama macam best lak. Macam dah tengok kat cinema lak. Iklan je membuatkan sedar kami di dunia sebenar. Hihihi..
mula-mula Tyler & Nick Burns jumpa UFO
Sedikit sinopsis tentang cerita ni. Remaja Brothers Nick dan Tyler terjumpa sebuah UFO yang jatuh berhampiran kota mereka. Mereka segera mengelakkan kerajaan, terutama agen Armstrong, dan menjaga UFO di pengasingan, Tyler mengalami perubahan fizikal yang dramatik dan mempunyai kuasa super. Situasi menjadi lebih sukar untuk menutup perkembangan diri Tyler sedangkan Nick buat tak kisah, kerana usaha Nick mengejar Julie Gunn. Setelah Nick tidak mempedulikan Tyler,dia memutuskan untuk memberitahu agen Armstrong.Setelah Agen Amstrong menjelaskan kepada Tyler apa yang akan terjadi padanya,dia menembak kapal sehingga merosakkan kapal itu.
Agen Armstrong bertukar menjadi alien ikan-seperti yang menyamar dan menangkap Tyler.(errrr..klaka kot.haha)
ni lah wajah Agen Amstrong bile dah bertukar.haaaaa...
 Nick, merasa bersalah kerana terus-menerus meragukan dan mengabaikan Tyler, datang ke tempat persembunyian UFO untuk meminta maaf. Setelah mendapati bahawa Tyler hilang, ia mulai suatu usaha untuk memperbaiki UFO. Setelah cuba sepanjang malam, dia berjaya, dan UFO membawanya ke kubu bawah tanah di mana alien tinggal dan menyedari bahawa itu sebenarnya merupakan kawah kesan daripada kemalangan pendaratan-alien 'di Bumi. 
tempat yg penuh dgn alien dan akhirnya dimusnahkan oleh Tyler.bawah bumi ada tempat camni ke?
Nick menempatkan Tyler dan membebaskan dia dari sel tahanan nya.Nick dan Tyler mengungkap bahawa alien bercadang untuk mengambil alih bumi dengan menyebabkan pencemaran atmosfera. Tyler kemudian menggunakan bahan letupan asing untuk menghancurkan alien dan melarikan diri menggunakan UFO. Namun, mereka tidak berjaya menghancurkan semua itu dan dikejar oleh asing yang dipertahankan dalam versi yang lebih kuat dari mereka UFO. Setelah mengalahkan alien yang tinggal danmenghancurkan kapal pejuang asing, UFO mendarat betul-betul di majlis graduasi Nick dankawan-kawannya.Nick kemudian menggunakan UFO sebagai projek sainsnya dan dibenarkan untuk lulus. 
Nick telah berjaya lulus sambil diperhatikan oleh Tyler
Cinta? Dah tentu ada dalam cerita ni. Tapi yang tu saya malas nak kupas. Bukan itu yang menjadi persoalannya di sini. Mungkin ada yang kata cerita ni mengarut. Bukan cerita ni jer. Banyak lagi. Well..cerita dari barat kan mana pernah betul? Yang betulnya, manusia sering tertipu dengan jalan ceritanya. Tapi sejauh mana kita menggunakan peluang yang mereka buat tu untuk kita renungkan dalam fahaman agama kita. Sejauh mana semua itu menguji akidah dan kepercayaan kita. At least, kita tahu bahawa Allah memang tiada keraguan. Kebenaran yang kita miliki sekarang memang nyata. Malaysia mungkin tiada cerita semengarut macam ni. (sebab takda universal stdio mcm diorang kot) Tapi, Cicakman? Hmmm..Sebab tu lah kalau menerima tanpa memikirkan, akidah boleh terpesong. 
Moral of the story..cerita ni menceritakan kisah dua beradik, Nick dan adik lelakinya Tyler. Apa yang jelas, sebab hubungan kasih sayang yang kuat antara mereka membuatkan Nick meninggalkan niatnya untuk mengorat Julie sebaliknya pergi menyelamatkan adiknya yang hilang. Betapa pentingnya menjaga bumi ni dari dimiliki oleh makhluk asing yang ingin memerintah bumi. (errr..apakah?haha) Tapi,yang tu lah terdapat dalam cerita ini. UFO tu memberitahu apa yang akan terjadi pada bumi ni pada Tyler. Kita? Al-Quran dan as-Sunnah dah ada. Semua yang kita perlu lakukan dah ada dalam dua wasiat ini.Akhirnya, satu kesimpulan mudah dari saya, family first than other,bumi akan musnah jika tidak di jaga dengan baik dan pentingnya siapkan projek untuk graduate.(hehehe..perhatian pada yang masih belajar)
Huh! Dua jam mengadap cerita ni, yang tu je yang dapat? Tak. Apa yang penting kat sini, masa saya diluangkan bersama keluarga dalam cuti semester ini dan cerita ini dapat saya kaitkan dengan program yang saya akan pergi minggu depan. Program apa, nantikan perkembangannya nanti. =)

Wallahu'alam~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...