Together we are...

Tuesday, December 07, 2010

Yezza!! Blogsku berwajah baru + Maal Hijrah =)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Penat. Akhirnya siap juga siapkan wajah baru untuk blogsku ini. Hehe. Tahniah duhai diri. Errrrr..apakah? Haha. Layankan aje. Kihkih. So, macam mana dengan wajah baru ini? Ok tak? Apa? Hudoh? Argh! Tak kisah. Yang penting saya puas hati. Berbaloilah beberapa jam je siapkan. Apa saya peduli.. Ni blogs saya kan? Hehe. Ala. Saya tahu, korang mesti enjoy kan singgah page nih? Hihi. Naik lift tekan sendiri. Hahaha. Kepada blogger-blogger sekalian, harap boleh berkongsi idea k. Terima kasih juga diucapkan kepada ikin dan barney atas cadangan-cadangan widgets ini. Hihi. Masanya dah tiba untuk kembali aktif di sini. =)

      Ok. Hari ni dah masuk 1 Muharram 1432 Hijrah. Maknanya? Niat perlu direfresh semula, pendirian perlu dibina semula. Matlamat perlu dicapai. Barang lepas jangan dikenang-kenangkan. Kisah lama jangan dirindu-rindukan. Hmmmm..cinta pertama? Akan ada cinta lain yang datang lepas ini. Maka jangan pernah bersedih dengan percintaan yang putus di tengah jalan itu. Errrr..perluke cerita tentang cinta? Ok. Stop. Maal Hijrah. Apa yang terlintas dalam fikiran korang? Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharram,ia merupakan hari pertama dalam takwim Hijrah.  Maksudnya apa dengan penghijrahan ini? Renung-renungkanlah..Ingat semula sejarah islam dulu.

Jadi, ayuh kita renung semula diri kita. Apakah kita hari ini lebih baik dari semalam. Atau kita hari ini lebih teruk dari semalam? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Jadi, sempena Awal Muharram ini, ingin saya ingatkan diri saya supaya tetapkan keimanan dan lakukan penghijrahan iaitu:-

1) Lebih dekat dengan Allah.
2) Rajin-rajinkan diri untuk qiamullail selalu.
3) Quran baca selalu hari-hari walau sibuk macam mana sekalipun. 
4) Utamakan keluarga, kawan-kawan dan mereka yang memerlukan pertolongan saya.
5) Abaikan perkara-perkara yang membuang masa. (errr..facebook??)
6) Tetapkan semula pendirian yang goyah semenjak melangkah ke alam universiti.
7) Kuatkan semangat mengharungi kehidupan dan mehnah-mehnah yang ada.
8) Jangan membenci mereka yang menyakiti dan mengkhianati saya sebab Allah ada untuk mereka.
9)Bersyukur dengan segala kurnia dan nikmat yang Allah bagi selama ini.
10) Lupakan segala yang tidak penting sekarang..cinta,hiburan,kemewahan,blablabla....
11) Belajar memasak dan seangkatan dengannya.
12) Fokus pada study.
13) Utamakan yang utama!

Cukuplah yang tu je rasanya. Ada lagi mahu diperbaiki. Tapi biarlah yang lain dilakukan perlahan-lahan dan seiringan dengan yang di atas. InsyaAllah, moga Allah bagi saya kekuatan untuk merealisasikan semuanya. Amin.

Rabbani - Bicara Hijrah (Sambutan Maal Hijrah)


nis: kebetulan lak blogs berwajah baru ni digunakan hari ini.hijrah dari yang lama ke baru.hehehe~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...