Together we are...

Thursday, January 13, 2011

Bersyukurlah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Anda sangka anda bahagia?
Anda fikir anda gembira?
Anda merasa cukup dengan nikmat pada anda sekarang?

cuba lihat diri anda sejenak...
bukan baru tadi keluar ayat ini dari mulut anda?

"wow!lawa tuh kereta dia..."
"aku nak cantik macam dia ar.."
"nak buat macam mana.dia anak orang kaya.aku ni apa je yang ada."
"handsome tu pakwe dia."
blablabla...

betul tak kadang-kadang yang tu keluar dari mulut kita?
bohong kalau tiada.
sebab?
kita cuma manusia biasa yang inginkan kesempurnaan.
hinggakan kita lupa apa yang kita miliki sekarang adalah kebahagiaan untuk diri kita.
cuba letakkan diri kita di tempat mereka.
apa kita sangka kita bahagia dan gembira andai semua yang kita inginkan kita dapat?
Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.
jadi mengapa mengeluh?

renung sejenak kawan-kawan.

bukan kereta yang mahal yang membawa anda ke kubur kelak sebaliknya hanya keranda mengiringi jenazah anda.
bukan rupa yang cantik akan kekal selamanya tapi akhlak yang baik dan sifat takwa yang menjamin anda ke syurga atau neraka kelak.
bukan harta menjamin bahagianya anda di dunia ini,malah kerana harta hidup anda mungkin kacau-bilau.hiduplah dalam kesederhanaan,kerana itu lebih baik.
bukan pasangan yang cun atau kacak itu yang menjamin kehidupan anda gembira tetapi yang gelap itu lebih baik andai mereka soleh dan solehah.taat pada agama itu yang utama.

jadi,
mengapa kurang bersyukurnya anda dengan nikmat yang anda miliki sekarang?
kenapa harus cemburu pada nikmat yang dikurniakan Allah pada orang lain?
bukankah anda lagi bahagia?
kerana,
tanpa kereta yang mahal anda masih mampu melihat ciptaan Allah yang sangat indah ini.
tanpa miliki wajah yang cantik, anda bahagia dengan kawan-kawan anda.para penghuni langit mendoakan anda kerana sikap syukur yang anda miliki.
tanpa duit yang melimpah ruah dalam poket anda, keluarga anda masih mampu cukup makan,sihat tubuh badan dan anda tidak pernah mengalami nasib sebagaimana yang berlaku pada saudara kita di Palestin.
tanpa miliki pasangan yang cantik dan kacak,anda tetap bahagia,malah lebih bahagia dari mereka.bagi anda,pasangan anda adalah segala-galanya kerana dia menghormati dan menerima diri anda seadanya.

bersyukurlah,bergembiralah dan nikmatilah kehidupan anda sekarang kerana Allah sudah tetapkan sebegitu untuk anda dan kita semua.usah mengeluh,usah merintih kerana anda lebih bahagia daripada mereka semua!
Wallahu'alam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...