Together we are...

Friday, January 21, 2011

Calon Menantu & Balasan Terlanjur...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Macam biasa saya jelajah groups dan fan pages di facebook. Dari iluvislam, kata-kata hikmah, dan beberapa fan pages islamik lain hinggalah ke groups bincang agama. Terlalu banyak rupanya masalah manusia pada hari ini. Tiba-tiba terbaca tentang ini...

LELAKI:Sronokk x klua jln2?
WANITA:Mmg sronok sgt syg (Nada geram+menyindir)
LELAKI:Aik..mcm x sronok jea keluar jln2..?Ni first time saya ajak awk jalan2 taw,penat nk pujuk adik sy ikut kita skali.
WANITA:Nk sronok mcm ne,org lain keluar g jln2 kat taman,yg awk ni bwk saya pegi pasar..beli sayur,pilih ikan..eiiii..geli la...busuk!
LELAKI:Konfem mak aku reject ni (Fail) ~cakap dalam hati~

Simpan dulu tentang hubungan lelaki dan wanita ini. Cuma nak semua ambil renungan tentang lelaki ini bawa wanita ini ke pasar, buat pertama kalinya keluar bersama dan ditemani adiknya. Terfikir, mungkin ada agaknya perempuan macam ni bila terjadi situasi sebegini. Melihat kepada diri saya sendiri, dari darjah 3 dah disuruh oleh ma untuk pergi beli ikan di kedai. Waktu tu cuma mengenali ikan selar kuning dan kembung. Tapi sampai sekarang masih tak dapat cam beberapa jenis ikan kalau ke pasar. Hehehe.  Tapi itu bukan alasan tidak suka ke pasar. Sebab setiap kali ke pasar dengan kakak atau ma, tempat ikan la kami akan pergi dahulu. Baru cari barang-barang lain. Berbalik kepada dialog ini (kisah saya tiada kaitan dengan apa yang dibicarakan.cuma selingan.hehe), memang betul apa yang dikatakan tentang lelaki itu. Dah tentu kena reject dengan bakal mak mentua kalau ada sikap macam ni. Kalau inilah sikap yang ada pada mereka, saya sendiri berasa malu. Bukan apa. Sememangnya itu akan menjadi tanggungjawab kita satu hari nanti. Nasib baik baru di bawa ke pasar...kalau disuruh siang ikan, siang ayam, masak dan sebagainya...Agaknya habis kecoh satu rumah akibat wanita manja ini. Moga-moga kita bukan seperti wanita ini. Amin.

Terbaca tentang kisah-kisah wanita dalam situasi yang berbeza. Memang menarik perhatian saya kerana di mana-mana hampir serupa berlaku . Tiba-tiba terbaca tentang artikel ini yang di post oleh seorang ahli dalam groups bincang agama. 

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?

Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA ITU...

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di dunia juga kita akan mendapat bayaran cash..!

Nak tersenyum ada, rasa simpati pun ada. Konklusinya, marilah kita berfikir dan muhasabah diri kita semula. Semoga kisah ini dapat berikan kita pengajaran. Allah dah menjanjikan, perempuan baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Buat teman-teman di luar sana, sama-samalah kita mencari  reda Allah dan berusaha menjadi lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah. Semoga kita menjadi calon menantu yang disenangi ahli keluarga suami dan pasangan yang soleh dan solehah. Amin.

Wallahu'alam~


5 comments:

seyrah_sue said...

Moral : Kadang-kadang setiap perbuatan kita di dunia ini,, Allah bagi CASH time tu jugak...(=

Nice entry kak!!

cahaya qaseh said...

yap! moga-moga jadi pengajaran untuk kita..

thanks.. ^^

~emi~ said...

HAHA..aku suka bace entry nie. btol sgt2..manusia suka je nk kan yg perfect lam hidup dia. tp dia x sedar pon yg dia sendiri x perfect, n sometimes dy yg pengaruhi org len tuk jd teruk...msg2 patut muhasabah la diri. x yah nak tuding2 jari kat org len. ..

cahaya qaseh said...

berpegang pd satu pegangan: what u give,u get back..^^
so,mang stiap ms lalu akn jdi bygan tok ms dpn kelak.tapi ALLAH tu MAHA BERKUASA.dan janji tu bukan satu mainan dan ayat yg murah yg bisa dilontarkan begitu shja.satu masa nanti kata2 kita akn dtg menuntut kita menunaikan kmbali.. ;)

Hanzo said...

baca entry ni, tringat pula zaman muda2 dulu... pergh.. smoga mrka yg dah ada sesorang tu, jaga la bek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...