Together we are...

Thursday, February 24, 2011

Yes! Dia akan datang pada saya. Hihi~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Mesti korang nak tahu kan apa yang bakal suami saya cakap kat saya? 
Dia cuba sampaikan hasrat hati dia melalui lagu ni.
 Lalala~ ^_^


Wekkkkk! Perasannya cik CQ ni kan. Haha~
Rupanya bermimpi je konon ada orang tujukan lagu ni tok dia kan.Hikhik..
Tapi, best kan lagu ni..
Lagi-lagi buat isteri yang tengah tunggukan kepulangan suaminya.

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu


nis: lagu ni tiada kaitan dengan sesiapa. buka mata,buka hati. jangan mudah melatah  ok!

Monday, February 21, 2011

Faham dengan HATI atau AKAL?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Manusia itu seperti logam.

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya): 'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Kunci kata terpenting di sini adalah FAHAM. Manusia itu, sekiranya semasa jahiliyah dia sangat hebat, maka sekiranya dia Islam, maka dia juga akan menjadi Muslim yang terbilang, tetapi syaratnya dia haruslah FAHAM. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid sebelum Islam adalah seorang panglima tentera yang sangat hebat, malah dengan kecerdikan serta ketangkasannya, hampir2 dapat melumpuhkan pasukan tentera Muslimin dalam Perang Uhud. Namun, setelah beliau Islam, dan dikurniakan Allah FAHAM yang sebenarnya, tidak ada satu peperangan dalam Islam yang diketuainya, melainkan semuanya menemui kejayaan dan kegemilangan.

Kebaikan sebenar = FAHAM AD-DEEN

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya): 'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'

Jelas dalam hadith ini, KEBAIKAN yang disangka manusia berupa harta benda, anak pinak atau gulungan ijazah serta pangkat dan kedudukan, bukanlah KEBAIKAN sebenarnya. KEBAIKAN sebenarnya, yang Allah muliakan manusia dengannya ialah KEFAHAMAN akan AD-DEEN (cara hidup).


Apakah itu AD-DEEN bagi kita yang bergelar Muslim? Itulah cara hidup ISLAM yang digariskan melalui Quran dan Sunnah RasulNya.

Faham ISLAM (AD-DEEN) vs faham HUKUM FIQH (sahaja)

Yang dituntut kepada setiap Muslim adalah memahami Islam itu sendiri, gambarannya (tasawwur) dan aplikasinya pada seluruh aspek kehidupan, bukannya kefahaman mendalam dalam Hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar kepada kehidupan. Buktinya, mereka yang memahami Islam akan mengAMALkan semua aspek Islam, tetapi yang tidak memahaminya, boleh jadi pandai berhujah dalam hukum2 Fiqh atau cabang2 Ilmu Islam, tetapi kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya. Sebab tu tak pelik kenapa graduasi aliran lain (selain agama) kadang2 lebih FAHAM Islam daripada graduasi aliran agama sendiri (fakta yang pahit).

Seperti contoh: Sumayyah R.A yang merupakan syuhadah pertama dijanjikan syurga bersama suaminya adalah orang yang memahami Islam (Ad-Deen) secara keseluruhannya sehingga sanggup mati kerana Islam. Sumayyah tidak sempat mengamalkan solat 5 waktu, berpuasa, haji dan sebagainya, tetapi ketinggiaan Imannya melebihi umat hari ini yang menunaikan semua ibadah2 ini...Kerana apa?Kerana Sumayyah memiliki 'Faqihu fi Deen' @ FAHAM akan Islam yang sebenarnya.


Faham dengan HATI atau AKAL?

Surah Al-A'raf: 179, Allah berfirman yang bermaksud: 'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai (hati) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah)....'

Jadi, untuk faham Pharmacology atau Anatomy kita gunakan akal, tapi jangan tersilap cuba memahami Islam dengan akal...kerana Islam ini yang berlandaskan Al-Quran, hanya bisa difahami sebenar2nya dengan HATI..

Kena faham apa untuk faham Islam Ad-Deen?

Iaitu kenalah memahami 2 tujuan hidup (atau kenapa kita diciptakan di dunia ni):

1) Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56) 'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'

2) Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30) 'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'

So sekarang dah tahu tujuan, NAK KE MANA? Nanti dulu, belum boleh ke mana2 selagi tak kenal 2 perkara lagi:

1) Siapa KITA? Terpulang pada definisi masing2, kalau kita katakan kita pelajar, maka dapat difahami kehidupan adalah:

tadika --> sekolah rendah --> sekolah menengah --> University. Tamat.
(macam sangat singkat jek hidup kita?)
Tapi, kalau kita katakan kita MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita dan daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..

2) Apa SEJARAH KITA? Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).

'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)

Bak kata orang 'Sejarah mungkin berulang'...sememangnya itu benar, sekiranya kita benar2 mengkaji sejarah, tidak mustahil untuk kita mengulangi sejarah, kerana Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan yang telah berlalu....

Sunday, February 20, 2011

I wish for it! (bahagian 2:jadi kenyataankah?)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

petang sudah tentu tiba
senja bakal menjengah jua
angan-angan bukanlah satu mainan
jika usaha untuk ubahnya jadi kenyataan
^_^
****************************************
kaca mata hitam
wah! nak glamour gitu.haha.
by hook or by crook will buy it soon.insyaAllah.
-vacation and outdoor activity-
kaca mata putih
ni namanya nak menggedik.
(istilah yang tersangat jauh dari aku)haha~
tetibe macam nak ubah identiti.kehkeh.
cincin platinum
paling murah rm1800++
macam tak nak mahal lak kan.haha~
kali pertama tengok dalam majalah masa form 5, 
terus berminat sampai sekarang.
wish for tulip design on it.
terharu meh jika ada yang sudi tempah khas untukku.hihi.
(dedicate for only to my hubby soon.peace!)

***************************************
Ha..Inilah tiga benda yang sangat-sangat bermain di minda tika ini termasuk yang diidamkan tersangat-sangat ini.Yang atas sekali tu, baru bulan lepas berhajat mahu mencari. Pun da survey di beberapa tempat. Bukan di pasar malam ok.Sesekali mahu beli,biarlah yang ehem sikit.Hehe~ Cuma menantikan masa yang sesuai je untuk dapatkan. Dulu suka pinjam abang punya. (bayangkan spek lelaki pempuan pakai.tak ke kelako namanya?layankan aje.hehe) Tapi sejak masuk matriks, dah tak boleh nak pinjam selalu dia punya. Sobsob. Terpaksala cari sendiri sekarang. Sebab cuti-cuti malaysia hobiku yang tetap sekarang. Hihi~ Yang tengah tu pula, saja suka-suka nak habiskan duit pinjaman. Spek tanpa power. (mati aku kalau abah dan ma tahu ni.haha) Bukanlah. Entah kenapa macam nak mencuba sesuatu yang baru. Ngeh3~
Yang bawah sekali tu...jengjengjeng. Memang addicted amat pada cincin platinum ni.Tak payahla nak cakap panjang lebar. Cincin platinum bertatahkan berlian corak tulip putih. Yang ni belum tentu tercapai. Tapi memang betul-betul berharap dapat milikinya satu hari nanti. InsyaAllah~
(perhatian eh.jangan ingat nak lamar aku kena ada cincin platinum.wah.parent i bukan mahu jual anak ok dan i takkan terima pinangan hanya kerana platinum ya.sekadar bermain dengan angan-angan.tapi kalau ada yang sanggup,apa salahnya bukan.hehehe~ eh.cop2.untuk risik,tunang dan nikah still kekal emas ya melainkan ada kompromi dari kedua-dua belah pihak.kihkihkih)
Wallahu'alam~

Saturday, February 19, 2011

I wish for it!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tetiba gatal nak tulis entri ni. Haha~ Dari malam tadi,sampai la lepas subuh ni mata still tak boleh pejam. (sekarang ni dah pukul 7.26pagi) Siapa suruh tidur lepas magrib sampai tengah malam kan.Terpaksa la berjaga di kala orang lain dibuai mimpi. Actualy penat sangat semalam. Kelas straight 4jam (ke?) dan ada lab tanpa letcerer blah petangnya. (saya budak rajin) Kihkih~ Lepas study akaun, siapkan asignment titas sikit, blablabla~ blogs walking,fb dan blablabla~ depan lappy ni, pergilah bermesra dengan pakcik google sekejap. Apa yang dapat? Korang tengokla sendiri ya kat bawah ni.

omega
rolex
rado
guess
dkny

armani
calvin klein
D&G
oakley

tiffany&co
dan kerana malas nak letak banyak lagi jenama lain,korang boleh tengok di sini dengan harga dan penerangannya sekali. Korang tengokla sendiri ya mana yang berkenan. Hehehe~ Dah dua tahun hidup tanpa jam di tangan ni (handphone jadi peneman) dan mencari-cari jam yang sesuai untuk dipakai. Lepas tu, (inilah maksud aku post entri ni sebenarnya.haha) berharap juga tahun ini dapat hadiah jam sebagai hadiah ulangtahun kelahiran yang ke-21 Jun nanti. Kehkehkeh~ Nak beli sendiri boleh, tapi kalau ada orang bagi lagi best kan? Haha~ 

Agak-agak ada yang baik hati nak bagi saya hadiah jam tak? 
Lagi-lagi orang tu kan...tu yang tengah baca entri ni sekarang..kihkih. 
^_^


psssstttttttt: gambar tu random je pilih..bukan memilih sangat pun. Tapi alang-alang nak pakai jam lepas ni, nak la yang ok sikit. Kalau tak banyak, satu pun cukupla. Hihi ;)

Dua dunia kita berbeza.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Jom tenang-tenangkan diri malam ni selepas penat menelaah. (tapi korang tengah study ke time ni ek?hehe) Apa yang saya nak tunjukkan kat korang? Korang baca sendiri,hayati bait-baitnya dan carilah maksud di sebaliknya ok. Malas nak olah. Korang kan bijak pandai. Tak gitu? Senyum... =)

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza...
******************************************************

nis: dua dunia kita berbeza.yes! itu kamu dan saya kawan.sesuatu membuka mata saya hari ini.saya bukan orang kaya tapi hidup saya tak pernah miskin.harta saya sekarang milik keluarga saya sebab saya masih dalam perjalanan mencari hidup saya sendiri.bukan kamu juga begitu?terima kasih memberi peluang untuk saya mengenali kamu akhirnya.tak perlu masa yang bertahun-tahun.itu anugerah Allah buat saya dari dulu.alhamdulillah.saya mengerti sekarang siapa kawan dan siapa lawan.namun tak pula kita bermusuh. senyum... =)

Thursday, February 17, 2011

i'm touching because i have a feeling!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

how i want to tell you?
that i'm only normal person who try to give my best for my friend.
but sometime, i feel so frustrated on way you give back to me.
if i can understand you, why not you do the same thing?
i know how to cry.i know how to sad. 
but sometime i forget how to smile and pretend who am i actualy.
forgive me if i'm wrong and cannot be a good friend to you.
i'm touching because i have a feeling!
**********
"i want you to know that
i'm always here for you 
through your bad times 
saddest time 
i'll help you see it through
i'll comfort you when you're alone
i'll give you love like you'll never know
girl tell me your love belongs to me
and i'll love you honestly
there will be times when life seem unfair
but you can run to me coz you know 
girl, i will be there..."
**********
mom..dad..my lovely family..i want to cry right now. 
coz the pain is never cure if like these,again and again.
be with you all can give me some peace.
i need you trust friend. 
coz you can give me the strength.
like you do when someone betrayed me before this.

Bunga-bunga cinta untuk kita.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Cahaya kasih mula menyinari.
Tiada lagi bunga-bunga cinta keguguran ke bumi.
***
Erti sebuah perhubungan sampai mati.
Bukan kerana nama dan simpati.
***
Hidup bukan untuk meminta.
Tapi erti hidup pada memberi.
***
Jangan dipinta dikecilkan masalah.
Tetapi mintalah diperbesarkan iman.
***
Masa lalu hanyalah satu kenangan.
Masa depan adalah satu kepastian.
***
Terima diri sendiri seadanya.
Sebelum memiliki insan lain kalau sedia.
***
Bahagia itu kekal abadi.
Bagi mereka yang cintakan Ilahi.
***
Lupakan dia,dia,dia dan masa lalu.
Jika kamu percaya ketentuan Allah untukmu.
***
Pergilah sepi.
Bukan selamanya aku sendiri.
***
Bahagia pasti mencul jua.
Kerana aku berhak menerimanya.
***
Kecewa bukanlah satu rahsia.
Kerana itu perkara biasa dalam hidup manusia.
***
Cinta tidak membuatku lemah.
Tapi memberiku sebuah kisah.


nis: dedikasi buat sahabat-sahabat yang memahami perjalanan hati nurani dan pernah merasai dalam kehidupan ini. Cinta tidak semestinya pada kaum Adam. tapi kadang-kala gagal meraih cinta Allah, bukan kerana Allah lupakan kita tetapi kita yang jauh dari-Nya.Bersabarlah.belajarlah dari kesilapan. Moga ada hikmah di sebalik itu. Berusahalah selagi syurga masih menanti kita,insyaAllah~ senyum.... =)

Tuesday, February 15, 2011

Inilah langkahku walau di manapun lantai tariku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Rindu suasana rumah.
Layan kerenah adik-adik dan anak buah.
Bermain dengan Bob dan anak-anaknya, Cindai dan Popy.
Berbual dengan ma sambil tolong masak di dapur.
Menjahit bagi tambahkan bakat yang ada.
Dengar abah bercerita tentang hal-hal semasa yang berlaku kat kampung.
Bergaduh dengan Abang Iejan sekali-sekala.
Sesekali kena free lecture oleh Abang Ata.
Arif yang selalu minta belanja macam-macam.
Apit yang semakin menjadi lelaki dewasa.
Nieza adik yang paling rapat hingga Adik cemburu.
Kakya dengan bisnes dari rumahnya.
Dibantu oleh Kaknor dan Kak Ana.
Abang Azran dengan 'pengkalan chepa'.
Berkumpul ramai-ramai dengan kerja sendiri.
Malam-malam online di sofa depan dengan lappy masing-masing.
Lepas ma ajar adik-adik mengaji.
Layan bola kalau ada live di tv.
Lepas tu, Durani datang menyibuk nak tengok video lagu kanak-kanak.
Layan dia lak depan lappy.
Tergelak seisi rumah dengan kerenah dia dan Afiq kadang-kadang.
Belum lagi kalau semua yang duduk kat KL balik ke rumah.
BBQ dan makan-makan memang wajib.
Koktail memang tak pernah miss.
Subhanallah!
Indahnya masa dengan keluarga tercinta.
Tak mungkin ada yang ditukar-ganti.
Kat sini...
Bersendirian di kamar.
Bosan-bosan menghadap lappy.
Siapkan asignment yang memang satu kewajipan.
Facebook dan blog jadi rutin.
Baca sesuatu yang berfaedah menggantikan novel.
Nak berjalan?
Apalah yang ada di Parit Raja ni.
Kalau bukan mahu cari barang keperluan, tinggal di bilik lagi berfaedah.
Kfc?
Takkanlah hari-hari nak makan kot.
Mahu nipis poket.
Shopping?
Memang bukan hobi. Sekadar pusing-pusing boleh la di BP Mall tu.
Wayang?
Ok. I want myself back 2+ years ago.
Boyfriend?
Wah! Perluke nak bagitahu status sekarang ni?
Senyap-senyap sudah.
Tapi,
Yang bestnya walau di mana sekalipun.
Bila ada kawan,teman,rakan dan sahabat menemani.
Sama-sama belajar, makan dan bermain.
Dan berkongsi kisah suka dan duka bersama.
Memang sesuatu yang sukar dilupakan.
Kembara ini mengajar sesuatu yang baru.
Kerna itulah kehidupan.
Bukan semuanya sama dengan apa yang kita peroleh sebelum ini.
Syukur.
Jauh di tempat orang buat diri lebih hargai keluarga.
Gembira.
Diberikan peluang mengenali ragam manusia hari ini.
Tawakal.
Setiap langkah yang dituju hanya kerana Allah.
"reda itu rela,pasrah itu menyerah 
TAPI tak bererti aku kalah"
dan yang penting.
Inilah langkahku..walau di manapun lantai tariku.
Wallahu'alam~

.


Prolog

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Ta to e kurushikyou da to shitemo
(biarpun sekarang berasa kepahitan)

Dakara koso sayonara nanda
(kerana itu, kita ucap selamat tinggal)

Kimi wo boku wo me ni ya ketsu ke ta
(mengapa,suatu hari nanti kita akan pergi?)

Ki e te wa ha ka na ge ni u tsu ru
(meninggalkan tanda tera di dalam mata demi melanjutkan kenangan)

A no ko ro no ki no ho ho row o tsu ta u na mi da ni
(hatiku yang kesepian tertusuk)

I ki duite ta mo no wo ki zan de yu ku yo
(waktu itu mengeluh demi air mata yang melinang di pipimu)

Kana shimu kotomo, yume o miru kotomo
(kenangan bertimbunan, impian setiap hari)

Ko no mu ne ri
(terukir di dalam hati)

Selamat tinggal,goodbye,coikin,sayanora,poitdu varen,astalavista,adios,maas salamah… 

***************************************************************
usah menoleh ke belakang andai sinar masih ada
bukanlah kekecewaan itu selamanya kekal
tetapi semua itu beri satu pengalaman
usah biarkan air mata terus mengalir dari matamu yang indah
percuma menangisi sesuatu yang tidak berguna
biarlah tangismu punya maksud yang membawa erti
lihatlah sekeliling kamu
matahari masih menyinari alam ini
cahaya bulan masih menerangi malammu
gapailah bintang andai itu menggembirakan hatimu
walaupun semua itu jauh dari kamu
senyumanmu bakal terukir indah nanti

...bersambung...




Thursday, February 10, 2011

Saya milik dia!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Mesti siapa yang baca tajuk entri ni, macam-macam persoalan keluar. Hmmmm...
Cuba teka siapa dia yang dimaksudkan? Jengjengjeng. Kehkeh~
 Hey! Saya masih belajar ok.
Banyak lagi laluan harus saya tempuh.
Tak nak campurkan study dan cinta.
Dan biarpun orang ramai kata,
tak salah kalau kahwin masa belajar, tapi tak bagi saya.
(study first,study second and study third.fourth?friends and friends!)
Sebab?
  Rezeki,jodoh dan ajal sudah ditetapkan sejak kita di Loh Mahfuz. 
Saya memang milik dia. Tapi siapa dia, hanya Allah yang tahu.
Sebab saya sendiri masih menantikan gerangan insan ini. ;)
pangkor jun 2014~
i'll be there with him, together with my bff, Raihanah Saidin and her soulmate...
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan Engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin...



Wallahu'alam~





Friday, February 04, 2011

Setenang Sungai Pahang~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pahang? Luas sebenarnya. Ok. Kita kecilkan sikit lokasinya. Hehe~ Lokasinya adalah Temerloh. Dah tentu Bandar Ikan Patin. Macam mana rasa ikan patin? Itu kena cuba sendirilah. (takleh nak citer coz xmkn.hihi) Bila datang Temerloh jangan lupa singgah makan ikan patin k. Eh! Jadi tukang promosi ikan patin lak. Takpelah. Sambil menyelam minum air. Kehkeh~ Tapi kalau singgah mahu beli ikan patin yang ada dijual di sepanjang jalan menghala ke arah Bera untuk dibawa pulang, be careful ya. Kadang-kadang para penjual ni naikkan harga sesuka hati je bila tengok number plat kereta berada. Sepupu saya pernah kena bila tengok orang luar. Takda etika langsung. Haih! Okeh. Selingan je ni sebenarnya.. ;)
melayan Aiman waktu barang2 dipunggah ke rumah barunya
Cuti kali ni habiskan masa di Puncak Jalil selama 3 hari. Tolong Abe dan Kaklin pindah rumah dari Puchong ke Puncak Jalil. Dan juga bermain dengan si kecil Aiman la.. Tak sabar mahu tunggu die dapat adik baru. Anak sendiri bila lak? Haha~ Hanya Tuhan yang tahu bak kata UNIC. Hihi~ Malam sebelum balik Pahang, diorang belanja makan stik. Walaweh. Kali pertama. Tapi, ok la.. Orang nak belanja kita terima je la kan? Senyum....
Masa nak balik Pahang tu, akibat tergesa-gesa kejar bas, longlai tetiba di tangga bas. Ouch! Sakit amat  lutut sebab jatuh. Tapi bila sampai rumah, hilang sekejap rasa sakit bila tengok Durani di dukungan mama. Waaaaa..sangat-sangat rindu. Tetibe cam nak tacing lak kat sini.Hehe. Rumahku syurgaku. 
Si chumel Durani. Mmmmuuaaaahhhhhhhhhh~
Keluar Temerloh dengan junior. Kebetulan sama-sama ada kat kampung. So, one day dengan dia cuti kali ni. Mana kami pergi? Mula-mula pergi shopping kasut dan beg. Then...tengokla gambar-gambar di bawah ni~
pizza time! planning kat fb, dan dgn ak xda yg mustahil~
tp bkn mkn yg ni pun.sbb da hbis.heeeeee,....
ni lah die menu kami..oh meatball feveretku~
ape yg ak nk tnjok kat pic ni?mamat flirt! benci meh~
Taman Kenangan,Temerloh~
Junior di sek men & matriks~
Ni lah Sg.Pahang...
Jum pergi seberang naik ni.
Tempat ni dikenali sebagai benteng. Tempat melepak para couple. Ops!
Duduk di sini cuma beberapa minit je. Sementara nak tunggu bus akhir. Tapi, yang bestnya.. Petang-petang atau malam di sini memang best. Dapat menghirup udara yang nyaman sambil memerhatikan air sungai yang mengalir tenang (sementara tak banjir lagi.hihi) Tak jauh dari tempat ni, ada kedai makan yang menyediakan menu ikan patin masak tempoyak dan sebagainya. Cuma panaroma pasangan-pasangan berdating di sini kurang menyenangkan bagi sesetengah individu dan juga kelihatan remaja-remaja sekolah yang mengalami masalah 'mangsa fesyen' bertaburan di sekitar kawasan ini walaupun jelas kelihatan Masjid Abu Bakar Temerloh dari sini. 
Wallahu'alam~

nis: setelah penat berjalan bersama duka di hati, hati kembali tenang selepas melihat keindahan Allah di tepi sungai..seolah-olah air yang mengalir membawa pergi segala masalah..aku dan air tak boleh dipisahkan.laut.pantai.sungai.air terjun.semua adalah kesukaanku~ ^^ kepada teja yang sudi menemaniku shopping dan terpaksa habiskan pizza & criscut dan menjadi model sementara.hehe~ thanks k junior..next time kita keluar sama lagi k! silalah myvi ko jemput aku depan rumah lak t.kihkih..sbb aku kesian kat ko bile pengsan dalam bas masa balik.sakit kaki n penat eh?hehe~ will miss this moment with u girl.mmmmuuaaaaahhhhhhhhhh~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...