Together we are...

Thursday, February 17, 2011

Bunga-bunga cinta untuk kita.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Cahaya kasih mula menyinari.
Tiada lagi bunga-bunga cinta keguguran ke bumi.
***
Erti sebuah perhubungan sampai mati.
Bukan kerana nama dan simpati.
***
Hidup bukan untuk meminta.
Tapi erti hidup pada memberi.
***
Jangan dipinta dikecilkan masalah.
Tetapi mintalah diperbesarkan iman.
***
Masa lalu hanyalah satu kenangan.
Masa depan adalah satu kepastian.
***
Terima diri sendiri seadanya.
Sebelum memiliki insan lain kalau sedia.
***
Bahagia itu kekal abadi.
Bagi mereka yang cintakan Ilahi.
***
Lupakan dia,dia,dia dan masa lalu.
Jika kamu percaya ketentuan Allah untukmu.
***
Pergilah sepi.
Bukan selamanya aku sendiri.
***
Bahagia pasti mencul jua.
Kerana aku berhak menerimanya.
***
Kecewa bukanlah satu rahsia.
Kerana itu perkara biasa dalam hidup manusia.
***
Cinta tidak membuatku lemah.
Tapi memberiku sebuah kisah.


nis: dedikasi buat sahabat-sahabat yang memahami perjalanan hati nurani dan pernah merasai dalam kehidupan ini. Cinta tidak semestinya pada kaum Adam. tapi kadang-kala gagal meraih cinta Allah, bukan kerana Allah lupakan kita tetapi kita yang jauh dari-Nya.Bersabarlah.belajarlah dari kesilapan. Moga ada hikmah di sebalik itu. Berusahalah selagi syurga masih menanti kita,insyaAllah~ senyum.... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...