Together we are...

Saturday, February 19, 2011

Dua dunia kita berbeza.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Jom tenang-tenangkan diri malam ni selepas penat menelaah. (tapi korang tengah study ke time ni ek?hehe) Apa yang saya nak tunjukkan kat korang? Korang baca sendiri,hayati bait-baitnya dan carilah maksud di sebaliknya ok. Malas nak olah. Korang kan bijak pandai. Tak gitu? Senyum... =)

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza...
******************************************************

nis: dua dunia kita berbeza.yes! itu kamu dan saya kawan.sesuatu membuka mata saya hari ini.saya bukan orang kaya tapi hidup saya tak pernah miskin.harta saya sekarang milik keluarga saya sebab saya masih dalam perjalanan mencari hidup saya sendiri.bukan kamu juga begitu?terima kasih memberi peluang untuk saya mengenali kamu akhirnya.tak perlu masa yang bertahun-tahun.itu anugerah Allah buat saya dari dulu.alhamdulillah.saya mengerti sekarang siapa kawan dan siapa lawan.namun tak pula kita bermusuh. senyum... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...