Together we are...

Tuesday, February 15, 2011

Inilah langkahku walau di manapun lantai tariku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Rindu suasana rumah.
Layan kerenah adik-adik dan anak buah.
Bermain dengan Bob dan anak-anaknya, Cindai dan Popy.
Berbual dengan ma sambil tolong masak di dapur.
Menjahit bagi tambahkan bakat yang ada.
Dengar abah bercerita tentang hal-hal semasa yang berlaku kat kampung.
Bergaduh dengan Abang Iejan sekali-sekala.
Sesekali kena free lecture oleh Abang Ata.
Arif yang selalu minta belanja macam-macam.
Apit yang semakin menjadi lelaki dewasa.
Nieza adik yang paling rapat hingga Adik cemburu.
Kakya dengan bisnes dari rumahnya.
Dibantu oleh Kaknor dan Kak Ana.
Abang Azran dengan 'pengkalan chepa'.
Berkumpul ramai-ramai dengan kerja sendiri.
Malam-malam online di sofa depan dengan lappy masing-masing.
Lepas ma ajar adik-adik mengaji.
Layan bola kalau ada live di tv.
Lepas tu, Durani datang menyibuk nak tengok video lagu kanak-kanak.
Layan dia lak depan lappy.
Tergelak seisi rumah dengan kerenah dia dan Afiq kadang-kadang.
Belum lagi kalau semua yang duduk kat KL balik ke rumah.
BBQ dan makan-makan memang wajib.
Koktail memang tak pernah miss.
Subhanallah!
Indahnya masa dengan keluarga tercinta.
Tak mungkin ada yang ditukar-ganti.
Kat sini...
Bersendirian di kamar.
Bosan-bosan menghadap lappy.
Siapkan asignment yang memang satu kewajipan.
Facebook dan blog jadi rutin.
Baca sesuatu yang berfaedah menggantikan novel.
Nak berjalan?
Apalah yang ada di Parit Raja ni.
Kalau bukan mahu cari barang keperluan, tinggal di bilik lagi berfaedah.
Kfc?
Takkanlah hari-hari nak makan kot.
Mahu nipis poket.
Shopping?
Memang bukan hobi. Sekadar pusing-pusing boleh la di BP Mall tu.
Wayang?
Ok. I want myself back 2+ years ago.
Boyfriend?
Wah! Perluke nak bagitahu status sekarang ni?
Senyap-senyap sudah.
Tapi,
Yang bestnya walau di mana sekalipun.
Bila ada kawan,teman,rakan dan sahabat menemani.
Sama-sama belajar, makan dan bermain.
Dan berkongsi kisah suka dan duka bersama.
Memang sesuatu yang sukar dilupakan.
Kembara ini mengajar sesuatu yang baru.
Kerna itulah kehidupan.
Bukan semuanya sama dengan apa yang kita peroleh sebelum ini.
Syukur.
Jauh di tempat orang buat diri lebih hargai keluarga.
Gembira.
Diberikan peluang mengenali ragam manusia hari ini.
Tawakal.
Setiap langkah yang dituju hanya kerana Allah.
"reda itu rela,pasrah itu menyerah 
TAPI tak bererti aku kalah"
dan yang penting.
Inilah langkahku..walau di manapun lantai tariku.
Wallahu'alam~

.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...