Together we are...

Saturday, December 31, 2011

Peperiksaan Akhir dan Tahun Baru.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Esok dah 1 Januari 2012.
Azam aku tahun 2011?
Alhamdulillah, salah satunya tercapai.
-tak nak makan maggie-
hehehe.
Jutaan terima kasih buat kawan-kawan dan family yang support aku,
dan memahami selera aku say-no-to-it. Heeee~
Azam aku yang lain?
Alhamdulillah...Cuma aku tak nak cakap tentang itu.
Rahsia kerajaan. Haha~
So, untuk azam 2012...
Aku tak nak cakap. Hujung tahun nanti baru aku bagitahu tercapai ke tidak. Kihkih~
Yang penting sepanjang 2011, macam-macam berlaku.
Dan aku sangat berterima kasih buat mereka yang bersama aku,
mengharungi suka duka dalam tahun ni.
A lot of thanks to my trust friend coz be with me along this year! :)
Actually nak post entri ni sebab nak bagitahu korang,
aku nak final exam untuk semester ni bermula 2 Januari. Pray for me ya. Thanks.
Kalau orang lain berbelah bagi dengan final dan new year,
bagi aku tiada apa bezanya pun. 
Aku tak pernah celebrate pun macam yang selalu orang lain celebrate.
Paling tak pun, tengok kat tv.  Ya, aku suka tengok bunga api tu. Cantik!
Dan paling best, tidur je menjelang tengah malam tu. Hahaha~
Apapun, doa akhir tahun dan awal tahun tu lebih penting.
Dan solat sunat akhir tahun dan awal tahun serta tazkirah dan lain-lain.
Kan lebih barakah hidup kita dalam acuan Islam.
Ok lah. Nak sambung study. Mungkin lepas final nanti baru aktif semula. Mungkin lah. Kehkeh.
Hingga jumpa lagi ya di entri lain. Tata~ ^^

Ni jadual final exam aku. Sedih rasa mula awal, habis lambat.
Roomate aku 12hb da habis. Takpe2. Terima dengan hati yang terbuka. Lalala~


SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR.
BITTAUFIQ WANNAJAH. SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA~ =)


* * * * ** * * * ** * * * ** * * * *
Each moment with you is just like a dream to me, that somehow come true and I know tomorrow will still be the same because we've got a life of love that won't ever change. Thanks friend! ;)


2012 hope will create new memory..thanks coz be my friend..:)
* * * * ** * * * ** * * * ** * * * *


aku jatuh hati dengan lagu Cinta Kita. ayokkkkkkkkk! tak tahu.
mungkin boleh bagi kat MyHoneyStar lepas genap Menanti Cinta kelak.
tapi sekarang ni mungkin sesuai lagu I Gotta Find You.
ok, dua-dua lagu merepek. kuikui. 


FOR THE REST OF MY LIFE
^.^

Friday, December 30, 2011

Selamat tahun baru 2012.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Double 2? 

kertas memo yang AJK Kolej Kediaman bagi. tapi dapat kat aku, jadi kertas serba guna. haha.
main lukis-lukis walaupun aku tak pandai melukis. dan inilah hasilnya. hudoh!

Apa maknanya? Hehe~
Komitmen makin bertambah dan insyaAllah status akan bertukar kelak.
Ops! Lalala~ Saja je... Kihkih...
Alhamdulillah, dah nak 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.
Terima kasih buat semua yang bersama aku hingga saat ini.
Untuk setiap perkara yang kita lalui bersama-sama.
-
-
-
Meningkatnya usia, maka semakin hampir kita dengan kematian.
Moga amal yang kita ada menjadi bekalan di akhirat kelak.
Sama-sama kita berusaha menjadi hamba yang soleh dan solehah.

Selamat tahun baru 2012 buat kamu semua!
^.^



**Semoga persahabatan kami dan kamu semua,
terus mekar mewangi hingga ke jannahNYA.
Aminnnnn! ;)

Rasa lemah?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝




Ahamdulillah, sedar tak sedar anda telah berzikir dan berselawat...

^.^

Pulut Durian.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Lagi 22 hari nak balik rumah. Ikutkan sekejap je. 
Tapi sebab aku menghitung hari, maka terasa lambat. -.-
Saat ni teringin nak makan macam-macam.
Dan salah satunya adalah.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PULUT DURIAN!



Thursday, December 29, 2011

Hanya Lelaki Sejati.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Soalan :
Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu.. Tapi tak tahu rindu pada siapa!

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus :
PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS.
HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR!

^.^

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Saturday, December 03, 2011

Kerana durian!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Semalam...
Jalan2 ke BP Mall. Tiba2 dapat sms daripada kakak classmate, katanya kelas petang nanti batal. Tersenyum. Maknanya aku boleh balik kampung, bisik hati aku. Otak tengah berfikir sama ada ya atau tidak, hati menyuruh balik je. Maka berbekalkan dengan beg yang sepatutnya ke kuliah, aku balik kampung petang tu juga! Walhal masa tengah breakfast+lunch di pizza hut, da kol ma kata nak balik next week. Kihkih~ Tanpa lappy, tanpa alat mekap (hahaha), tanpa barang2 yang aku selalu bawa kalau balik kampung. Namun, demi buah durian yang menanti di rumah, aku tekad! Hehehe~ Thanks to Su hantar aku ke bustand dengan ditemani Mira dan Ikin. Sampai Bahau, abang Iejan datang jemput. Niza, Arif dan Adik ada sekali. Guess what? Next place we go...biarlah rahsia. Hihi~ Sampai rumah, bau durian terus menusuk hidung. Ma dan abah dah tidur. Aku ke dapur dan.....

Hari ini...
Pagi tadi, aku dengar suara orang bertanya, siapa makan durian tinggal kulit tu. Hahaha~
Takda orang lain melainkan aku malam tadi. Kihkih...
Waktu lunch, abah cari aku suruh makan durian. Serius da penuh time ni.
Mujur saja abah tak paksa makan je. Hehe.
Bak kata abah,
"Balik nak makan durian kan. Ha, makanlah durian tu."
Hahaha~ Amek kau Nani! :)
Maghrib tadi, abang Iejan bawa balik durian jantung yang aku minta. Tapi aku baru makan durian tadi. Aku pun katalah malam2 nanti aku makan.
Ma lak kata,
"Malam ni tak payah tidur. Makan je durian tu."
Hahaha~ Tak tahu nak cakap apa...
So, hari ni memang totally aku kenyang dengan durian je. Alhamdulillah.

Dan kerana durian, aku tak bawa balik semua barang2 aku melainkan apa yang ada dalam beg kuliah aku tu je. Jadi, aku tak boleh nak buat kerja aku, nak edit gambar adik2 aku, tak boleh nak buka laci aku, bekalan ubat aku ada kat hostel dan macam2 lagi lah. Hahaha~ Tapi, aku malas nak fikir. Aku nak pergi makan durian..hehehe...dan merehatkan diri. Tengahari esok dah nak balik Johor semua. Tahun depan baru balik kampung semula! :)

menu aku setiap kali ke pizza. tapi first time cuba asam boi fizz. not bad!
jalan2 di pagi hari dengan Durani. gambar nanti dalam next entri ;)
makan durian mengkal bila dah tak boleh masuk durian masak
Okey, aku berhenti di sini. Maklumlah, komputer rumah ramai nak guna. So, tak boleh la kan nak buat macam sendiri punya. Hehe~
Adik2 punya netbook dah tentulah mereka guna.
Akhir kalam,
Selamat malam warga blogger sekalian dan pada kalian yang membaca. Tata~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...