Together we are...

Saturday, December 03, 2011

Kerana durian!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Semalam...
Jalan2 ke BP Mall. Tiba2 dapat sms daripada kakak classmate, katanya kelas petang nanti batal. Tersenyum. Maknanya aku boleh balik kampung, bisik hati aku. Otak tengah berfikir sama ada ya atau tidak, hati menyuruh balik je. Maka berbekalkan dengan beg yang sepatutnya ke kuliah, aku balik kampung petang tu juga! Walhal masa tengah breakfast+lunch di pizza hut, da kol ma kata nak balik next week. Kihkih~ Tanpa lappy, tanpa alat mekap (hahaha), tanpa barang2 yang aku selalu bawa kalau balik kampung. Namun, demi buah durian yang menanti di rumah, aku tekad! Hehehe~ Thanks to Su hantar aku ke bustand dengan ditemani Mira dan Ikin. Sampai Bahau, abang Iejan datang jemput. Niza, Arif dan Adik ada sekali. Guess what? Next place we go...biarlah rahsia. Hihi~ Sampai rumah, bau durian terus menusuk hidung. Ma dan abah dah tidur. Aku ke dapur dan.....

Hari ini...
Pagi tadi, aku dengar suara orang bertanya, siapa makan durian tinggal kulit tu. Hahaha~
Takda orang lain melainkan aku malam tadi. Kihkih...
Waktu lunch, abah cari aku suruh makan durian. Serius da penuh time ni.
Mujur saja abah tak paksa makan je. Hehe.
Bak kata abah,
"Balik nak makan durian kan. Ha, makanlah durian tu."
Hahaha~ Amek kau Nani! :)
Maghrib tadi, abang Iejan bawa balik durian jantung yang aku minta. Tapi aku baru makan durian tadi. Aku pun katalah malam2 nanti aku makan.
Ma lak kata,
"Malam ni tak payah tidur. Makan je durian tu."
Hahaha~ Tak tahu nak cakap apa...
So, hari ni memang totally aku kenyang dengan durian je. Alhamdulillah.

Dan kerana durian, aku tak bawa balik semua barang2 aku melainkan apa yang ada dalam beg kuliah aku tu je. Jadi, aku tak boleh nak buat kerja aku, nak edit gambar adik2 aku, tak boleh nak buka laci aku, bekalan ubat aku ada kat hostel dan macam2 lagi lah. Hahaha~ Tapi, aku malas nak fikir. Aku nak pergi makan durian..hehehe...dan merehatkan diri. Tengahari esok dah nak balik Johor semua. Tahun depan baru balik kampung semula! :)

menu aku setiap kali ke pizza. tapi first time cuba asam boi fizz. not bad!
jalan2 di pagi hari dengan Durani. gambar nanti dalam next entri ;)
makan durian mengkal bila dah tak boleh masuk durian masak
Okey, aku berhenti di sini. Maklumlah, komputer rumah ramai nak guna. So, tak boleh la kan nak buat macam sendiri punya. Hehe~
Adik2 punya netbook dah tentulah mereka guna.
Akhir kalam,
Selamat malam warga blogger sekalian dan pada kalian yang membaca. Tata~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...