Together we are...

Saturday, January 28, 2012

Kek Coklat Qaseh ;))

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

RESEPI.
A: campur semua bahan dan dimasak dahulu atas api hingga gula larut
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

B: diayak bersama
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sude teh soda bikarbonat

telur 3 biji - dipukul kembang

bila A dah siap, masukkan telur yang dah dipukul kembang. masukkan B sikit demi sedikit. tuang dalam loyang ikut pilihan. kukus selama satu jam.

p/s: resepi di atas untuk satu adunan. yang dalam gambar di bawah ini untuk 2 adunan. tapi baking powder dan soda bikarbonat masih sukatan yg sama macam 1 adunan punya.

* * * * * * * * * * * *
Tepung yang diayak bersama  baking powder dan soda bikarbonat.

Campurkan gula, susu pekat dan serbuk coklat.

Masukkan susu cair. Kacau dahulu supaya serbuk coklat tidak berketul. 
Kemudian masukkan minyak masak.

Gaul sebati kesemua bahan tadi dan panaskan seketika di atas api hingga gula larut. Bila gula telah larut, biarkan ia sejuk.
(Bahan A)

Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.

Campurkan telur yang telah dipukul kembang tadi ke dalam coklat (bahan A)
(Bahan B)

Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam Bahan B supaya tepung tidak berketul dalam adunan.

Tuang dalam loyang mengikut cita rasa bentuk yang digemari.

Kukus selama satu jam.

Sementara menunggu kek masak, keluarkan aising daripada peti ais dan tunggu ianya cair. (untuk membuat aising bergantung kepada jenis aising yang ada di pasaran dan mengikut selera individu)

Aising tadi dipukul hingga kembang dan pastikan bila diangkat ianya tidak jatuh. Ini bertujuan supaya aising tadi mudah untuk dibentuk.

Sediakan kek yang telah dimasak tadi.

Hias kek mengikut kreativiti anda atau mengikut tema majlis.

Sedia dimakan untuk minum petang atau meraikan sesuatu majlis.

Selamat menjamu selera dengan Kek Coklat Qaseh.

SELAMAT MENCUBA!
^.^

Friday, January 27, 2012

Sukar untuk mehamami sebab itu antara Tuhanmu dengan dia!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku pelik dengan manusia yang boleh bertukar ganti pasangan dalam masa yang sekejap.
Dan aku hairan mengapa perasaan kau buat dia dahulu mudah benar beralih.
Di manakah kata-kata sayang dan cinta yang kau ungkapkan dahulu?
Adakah alasan kau, dah tak sehaluan mengapa perasaan itu masih disimpan.
Atau itu dinamakan jodoh? 
Ya, aku cuba positif! Itu yang dinamakan jodoh. 
Jodoh Tuhan buatmu, menggantikan cinta palsumu dan memberikanmu cinta yang baru. 
Doa aku, semoga percintaan kalian menuju jannahNYA. 


Aku begitukah?
Tidak!
Pasti?
Ya!
Sebab?
Aku tak terdesak mencari pengganti walaupun telah bertahun cinta tanpa bertemu jasad itu berakhir.
Kau masih berharap pada dia.
Tak mungkin. Aku tidak kenal empunya diri. Hanya nama yang kekal dalam ingatan.
Kau tak mencari?
Untuk apa?
Islam menyuruh berusaha walaupun jodoh itu telah ditetapkan.
Aku tahu itu. Tapi kisah aku dan dia telah lama tamat.
Jadi kau boleh mencari pengganti dia.
Aku ada perancangan. Belum sampai masanya lagi.
Sampai masa untuk apa?
Untuk aku mencari siapa dia jodoh aku itu.
Berapa tahun kau menyepi selepas dia?
Masih berbaki 2 tahun dalam kebisuan aku. 
Argh! Kau persiakan masa yang ada.
Aku tak rasa mensiakan masa andai tak mencari cinta lelaki yang belum tentu halal. 
Tapi kau tetap mencari dalam kebisuan kau kan?
Bukan. Aku menanti cinta, bukan mencari.
Kau tak jumpa mana-mana lelaki selama ni? Maksud aku, cinta!
Ada. Dia datang selepas 2 tahun, aku kenal dia. Tapi itu bukan jodoh aku. Maka aku menjauhkan diri dan melepaskan dirinya untuk yang lebih layak.
Mana kau tahu itu bukan jodoh kau?
Aku tak perlu cinta yang penuh dengan kepalsuan. Aku yakin itu dugaan buat diri aku untuk menguji sejauh mana kuatnya pendirian aku.
Kalau dia memang jodoh kau walaupun kau menolak?
Itu namanya takdir Allah. Aku harus terima.
Kau seperti mereka juga dan kau tetap mencari.
Tak. Seperti yang aku kata, aku menanti. Bukan mencari!
Kau pelik.
Memang. Sebab itu aku tak mengerti kenapa orang lain tak macam aku.
Kau memilih.
Dah tentu. Aku perlukan lelaki yang boleh menjadikan aku sempurna. 
Kau materialistik dan egois.
Tiada kaitan. Kau tak kenal aku dengan sebenar-benarnya.
Kau tak cantik. Sebab itu kau tak jumpa pengganti.
Alhamdulillah kalau begitu. Allah masih memelihara kecantikan aku buat dia yang menghargai.
Diam.


Bukan tak nak cakap tentang cinta?
Semakin aku menjauh, semakin ia datang menghampiri.
Jadi?
Jadi aku hanya membiarkan masa yang menentukan. Aku tak nak menjauh juga mendekati.
Alasan.
Mungkin. Yang nyata, sekeliling aku penuh dengan kasih sayang. Masakan aku boleh menghindarkan diri daripada itu. Kau cakap bagaimana harus aku lakukan.
Ikut kata hati kau. Berbicara dengan Tuhanmu. DIA lebih mengetahui.


Senyap. Sepi. 

Thursday, January 26, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..




"Makin banyak kita faham tentang hidup, makin banyak masalah yang perlu kita hadapi. Makin banyak kita mengerti soal tanggungjawab, makin banyak amanah yang perlu kita galas. Berlalunya waktu itu bererti makin berganda cabaran yang perlu ditempuh. Susah ataupun senang, menang ataupun kalah, berdiri ataupun rebah, berjaya ataupun gagal, kita perlu telan dan rasai sendiri."

 "Kalau mahu tahu kamu merindukan seseorang ialah kamu akan sering mengingatinya terutama apabila berada di dalam keadaan tekanan atau menghadapi kesusahan."
*antara petikan yang ada dalam novel yang aku rajin taip semula. untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah ini korang boleh baca sendiri. sinopsis tak dapat buat korang menyelami setiap bait kata yang ada dalam novel. dan tak salah rasanya untuk aku katakan, hanya yang mengerti akan memahami, mungkin!


"benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. tetapi cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya. cinta bukan semestinya bersama. cinta memastikan orang yang dicintai bahagia."


 hakikatnya, aku menangis di pengakhiran novel ini; dan siapa yang boleh menduga takdir Ilahi. 

Monday, January 23, 2012

Senyum tak bermakna gembira. Nangis tak bererti sedih.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Seindah Tulip : Bahagian 1.
Senyum tak bermakna gembira. Nangis tak bererti sedih.

Alia: Kau nampak gembira. Kenapa?

Qistina: Gembira? Nampak sangatke?


Alia: Yup. Selalunya kau biasa-biasa je.


Qistina ketawa. Dia merenung langit. Perlahan-lahan menghapuskan sedih di hati dengan mengukir senyuman.


Alia: Berangan?


Qistina: Tak. Aku mencari bintang di langit.


Alia: Jumpa ke? Aku tengok gelap je langit. Bulan pun malu-malu nak tunjuk diri.


Qistina: Yang penting aku tahu bintang tu ada.


Alia: Tapi sekarang kau tak jumpa bintang yang kau cari tu...


Qistina: Bintang tu tetap ada kan?


Alia: Kau cuba nak bagitahu aku sesuatu ke?


Qistina: Mana ada. Dia tergelak.


Alia: Aku bukannya tak kenal kau siapa. Cepat cakap. Kalau tak, malam ni tidur seorang diri. Aku tak nak teman.


Qistina: Ugut pula. Mana aci...


Alia: Nak terangkan atau tak Cik Nur Raisya Qistina?


Qistina: Baiklah Puan Alia Batrisya. Bintang tu umpama harapan. Walaupun aku tak dapat tengok bintang tu kat sini malam ni, tapi aku tahu bintang tu ada. Orang lain mungkin dapat tengok kat tempat lain. Langit Allah ni luas. Harapan macam tu juga. Hari ni tak muncul, esok lusa siapa tahu. Ada yang berharap tapi berhenti di pertengahan. Ada yang sentiasa berharap walau tak pasti entah bila tertunai. Yang penting kena yakin harapan tu sentiasa wujud dan akan tercapai dengan izinNya. Tapi kalau rasa tak mungkin tercapai, dari awal jangan pernah berharap walaupun harga sebuah harapan itu bukanlah mahal sebab sesiapa sahaja boleh berharap. 


Alia: Yup, aku akui itu. Umi pernah kata, tak salah nak berharap untuk sesuatu yang kita nak dapatkan. Tapi kalau tak berusaha untuk capai, tiada maknanya. Tak semua harapan datang percuma.


Qistina: Bak kata mama, umpama nak pergi Amsterdam tapi tak tahu bila tercapai. Haha.


Alia: Tak habis-habis dengan Amsterdam. Kedai bunga depan tu ada jual tulip plastik. Kau pilih je nak warna apa. Haha. 


Qistina: Banyaklah kau. 


Alia: Qis, kenapa kau tak cakap harapan tu macam bulan?


Qistina: Sebab aku tak nak. 


Alia mencebik sementara Qistina ketawa kecil. 


Qistina: Tu cuma pandangan aku je. Lain orang lain pendapatnya. Aku cuma kaitkan bintang tu dengan soalan kau tadi. Tapi bintang mengajar aku sesuatu tentang kehidupan ini. Sebuah harapan. Tersenyum.


Alia: Harapan kau apa?


Qistina: Ha?


Alia: Eleh Qis..I know you better! Tell me..


Qistina: Kau tahu, senyum tak bermakna gembira, nangis tak bererti sedih. Ada orang menangis kerana gembira disebabkan sesuatu. Sebagai contoh kejayaan anak-anak atau kelahiran zuriat ke dunia ini. Begitu juga ada orang tersenyum bila ditimpa musibah dan ujian. Hidup kita macam tu lah. Aku...tengah belajar untuk melupakan selepas memaafkan. Dan aku sentiasa ingin mengikhlaskan segalanya. Mulai sekarang. Aku harap aku mampu sebab kepercayaan itu!


Alia: Kepercayaan itu...Maksud kau?


Qistina: Lain kali aku cakap. Pak guard tu dah pandang pelik tengok kita. Jum balik bilik. Dah lewat ni.


Alia: Pandai nak mengelak. Tapi, aku nak minta sesuatu ni?


Qistina: Apa dia?


Alia: Jangan panggil aku PUAN! Single and available lagi ni. Bukan kau seorang CIK!


Mereka berdua ketawa serentak dan berjalan menuju balik ke hostel. Qistina merenung langit sebelum masuk ke pagar hostel. Dia tersenyum indah bila beberapa bintang kelihatan di sekeliling bulan akhirnya.


Friday, January 20, 2012

ALHAMDULILLAH. Berakhir sudah...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pom! Pom! Pom!
Maka diisytiharkan bahawa aku telah merdeka daripada semester ini.
Dan cuti pun bermula. Horreayyyy!
Namun....


Awal-awal lagi Kaknor dah cakap jadi TUKANG MASAK kat rumah. Hahaha~ Ok, takpe. Masa ni lah nak tambahkan lagi skill memasak aku, apatah lagi aku tinggal di asrama, asyik makan kedai je. So, memang sepatutnya aku turun dapur cuti ni. At least, senang untuk masa depan kelak. Hihihi.. First thing aku nak buat balik nanti, buat kek coklat! Mengidam mehhhh... Lepas tu, nak explore menu-menu baru. Suka..suka! Lagi-lagi adik aku, Niza tengah menganggur tunggu result STPM. Tambah pula si kecil Afiq dan Durani ada kat rumah. Ha..siaplah dapur ma berkubang nanti. Kihkih. 

Dan yang lain-lain tu nantilah aku update dari masa ke semasa yer.

Apapun, segala perancangan hanyalah terlaksana dengan izin Allah dan aku harap semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Lastly, selamat bercuti buat kawan-kawan semua dan semoga cuti diisikan dengan aktiviti yang berfaedah. Lagi sebulan kita bertemu kembali!

~TATA~
^.^

Thursday, January 19, 2012

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


"Reda itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas, manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa."

duhai air mata, berhentilah mengalir....

Wednesday, January 18, 2012

My strength there!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

grow up..
make your decision,
your own!
try and try and keep trying..
you can do it..
i know..
you will..

Sunday, January 15, 2012

MINGGU YANG SERABUT!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bila dah hujung sem, baru terasa barang-barang yang ada banyakkkkkkkkkkkk amat. Fuhhhhh. Penat ok kemas barang. Belum lagi angkat masuk stor. Dengan ada paper lagi 2. Alahaiii. Betul-betul menyesakkan kepala aku. Dah la paper last memang betul last day. Mana nak angkat barangnya, mana nak kemas biliknya. Nak study-nya. Balik dari exam Jumaat nanti dah tengah hari, lepas tu nak berkejar ke bustand pula. Tiket bas pukul 3.30 petang. Konfiden je tiket ada hari tu. Haha~ Kunci bilik dan bantal tak tahu nak pulangkan bila. Sebab kena pulangkan waktu pejabat. So, nak tak nak, kena juga sorang-sorang angkat semua barang tu masuk stor, tak hari esok, Rabu. Sebab Selasa ada paper Computer Architecture dan nak cari tiket bas. Dan Rabu nanti dah tinggal sendirian, another roommate dah balik hari tu. Kunci bilik, bantal? Right now, rasa nak menangis ada bila minggu last ni begitu serabut tahap apa. Sobsobsob~ Rasa macam tak nak cuti je bila difikirkan semula! 
Actually memang dah menangis pun. Kuikui. Need you, trust friend!

 Plastik sampah hujung sini, buku-buku dalam box hujung sana.
Plus plastik kasut dan sandal2 aku. Banyak kot? 

Beg baju yang besarrrr dan aku pun tak tahu apa yang aku sumbat dalam beg pooh tu. Layankan aje. Suka sangat kan membeli macam-macam. Lepas tu sayang nak buang. Haih! Bad habit! 

Beg laptop, beg baju, handbag dan the stuff yang tak boleh berpisah dengan aku. Yang ni nak bawa balik kampung. Nasib baik x-tuan katil dah balik kampung pagi tadi. So, dengan suka hati aku menyelerakkan barang-barang aku. Hehehe~


YANG BEST BILA DUDUK ASRAMA.
Aku tak payah risau bulan-bulan pasal duit api, duit air...
Semuanya dah ada dalam yuran. Meja study ada, tilam ada. Wifi pun ada, free.
Tapi yang malasnya adalah waktu berpindah randah hujung semester lah.
Bilik kena kosongkan, barang-barang kena angkut ke sana ke mari.
Waktu ni lah terasa nak duduk rumah sewa. 
Ok, mungkin boleh difikirkan semula tahun last nanti.

Dan yang paling aku tak faham adalah.
Aku ada 5 hari lagi tapi dah siap kemas semua barang.
Almari dah kosong! Haha...
Pening, sakit kepala dah ni.
Ok, nak telan ubat. Tidur sekejap.
Lepas tu sambung study dan bersedia untuk hari esok.

~TATA~
^.^

Tahniah Ketua Kelas! Selamat Bertunang...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

               Macam tak sangka seawal 22 tahun, ketua kelas yang gila-gila, yang kadang-kadang tak sefahaman dengan geng-geng pengawas macam kami ni waktu sekolah dulu, yang memang terserlah kenakalannya, tapi sangat baik dengan kami semua pada hakikatnya, dah nak bertunang hujung minggu depan. Dah bertunang, maka tak lama lagi dah nak jadi suami orang la kan? Hehe. Memang tak pernah terlintas dialah seterusnya mendahului kami semua ex-5IS 2007 selepas perkahwinan Teha, lagi-lagi antara aku, Eja, Nana, Anis, A'an dan Ayu. Namun, semuanya kuasa Allah. Betapa jodoh di tanganNYA Yang Maha Kuasa. Dan aku harus mengakui sesuatu. Betapa semakin meningkatnya usia, kematangan seseorang semakin bertambah. Ketua kelas aku ni telah bersedia untuk memikul sebuah komitmen bernama perkahwinan dan rumah tangga. Bangga dengan kau kawan! Semalam masa Nana buat pengumuman untuk semua kawan-kawan, aku cuma tersenyum dan mengucapkan syukur alhamdulillah. Secara personally, memang kenallah bakal tunang kawan aku tu. Pernah join kelas aku reunion dan terus berkawan baik. Kiranya dua dalam satu la kan majlis ni. Dua-dua adalah kawan aku. So, memandangkan aku dah cuti pada hari tu. Jika tiada aral, aku akan ke majlis pertunangan dia. Lagi-lagi kakak dia ni, adalah cikgu aku, yang merupakan guru kelas aku masa tingkatan 3. Hari ini, bila dia tunjuk gambar cincin tunang yang sangat cantik itu, hati perempuan aku terusik. Hahaha~ Rasa bahagia menyelinap ke dalam jiwa bila hubungan dimeterai dengan satu ikatan. Dan dia bertanya aku, bila turn aku. Erkkk! Terkedu. Jawapannya hanya pada DIA Yang Maha Mengetahui.

Apa pun, 
tahniah Muis dan Atun.
Selamat melangkah ke alam berikutnya,
meninggalkan kami dalam zaman bujang lagi. Hehe.
Semoga berkekalan hingga ke jannahNya.

Sekarang masing-masing bertanya antara satu sama lain.
Siapa seterusnya?
aku lari menyelamatkan diri, tak mahu terlibat dalam perbincangan itu. kihkih.

gambar hiasan

Friday, January 13, 2012

Ya ALLAH, jauhkan aku daripada rasa ini!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Debaran yang aku paling tak suka.
Hati aku berdebar-debar.
Sebab sesuatu yang mungkin aku tahu kenapa.
Atau sebab yang aku tak tahu apa.
Seriously aku tak suka.
Tak suka. Tak suka. Tak suka.
Mengganggu emosi aku, sampai aku menangis.
Nak study pun tak senang.
=.=''

Ya ALLAH, pada KAU jua lah aku bermohon segalanya!
Jauhkan rasa ini dan buangkan segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.

Finally...
Ambil wudu', ambil al-Quran, baca.
Dengar alunan zikir-zikir sambil berzikir sekali.

Alhamdulillah.
 Dengan mengingatiNYA lah, hati menjadi tenang kembali.
Terima kasih Ya ALLAH.

Wallahu'alam~

Library UTHM. Jum datang beramai-ramai...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Masa minggu orentasi dulu,
mereka kata inilah library terbesar di Asia Tenggara.
Hmmmmmm...
Hanya mampu tersenyum.
^.^
Besar ke tak, betul ke tak fakta tu,
yang penting library ni lah memang pilihan student UTHM.
So, sesiapa yang rasa nak menjejakkan kaki di sini,
jum datang beramai-ramai. Hehehe...

Wallahu'alam~

Thursday, January 12, 2012

Rezeki Allah ada di mana-mana.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…”(Al-A’raf : 96)

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Nisa : 100)


di Pizza Hut BP Mall.

Big Apple donut. feveret aku satu je. yang atas tengah tu.

Pizza Hut lagi. Feveret aku yang ni!

Bubur ayam dan cendol di Tasik Y Batu Pahat.

Jamuan hari raya di rumah Sofia, classmate.

Kat Azy Tomyam depan Kolej Kediaman Perwira. 
Tak pasti ada lagi ke tak kedai makan ni sekarang.

Sirap bandung always the top choice!

Spageti yang di masak oleh seyrasuhaira

Ni masa lunch program Adobe Photoshop di Kolej Kediaman Perwira.

having a lunch at Rengit Coffee.

My 21st birthday cake. Thanks for ELF.

Birthday Mira. Classmate aka student foreigner belanja Piza Arab.

Salah seorang budak dalam kelas keusahawanan belanja ini untuk satu kelas.

Birthday Aina, classmate.

Last day kat FTMM yang sekarang dah bertukar ke FSKTM dalam kampus.

Nasi ayam penyek di Restoran Ayam Penyek Batu Pahat.

Kuih yang comel.

Dinner sebelum stay up kat library siapkan sistem ramai-ramai.

Bubur ayam kat library. 

Bubur ketam kat library.

Kek coklat daripada Qaseh Fazlin, a sister and my bestfriend ever.

Kat Chicken Rice Shop BP Mall. 
Masa ni jumpa Najwa Latif Cinta Muka Buku.
Tapi aku tak suka lagu2 dia. Maaf :)

Again and again. Pizza hut di BP Mall.

*antara koleksi yang ada dalam simpanan.kihkihkih*

Wallahua'lam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...