Together we are...

Friday, January 27, 2012

Sukar untuk mehamami sebab itu antara Tuhanmu dengan dia!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku pelik dengan manusia yang boleh bertukar ganti pasangan dalam masa yang sekejap.
Dan aku hairan mengapa perasaan kau buat dia dahulu mudah benar beralih.
Di manakah kata-kata sayang dan cinta yang kau ungkapkan dahulu?
Adakah alasan kau, dah tak sehaluan mengapa perasaan itu masih disimpan.
Atau itu dinamakan jodoh? 
Ya, aku cuba positif! Itu yang dinamakan jodoh. 
Jodoh Tuhan buatmu, menggantikan cinta palsumu dan memberikanmu cinta yang baru. 
Doa aku, semoga percintaan kalian menuju jannahNYA. 


Aku begitukah?
Tidak!
Pasti?
Ya!
Sebab?
Aku tak terdesak mencari pengganti walaupun telah bertahun cinta tanpa bertemu jasad itu berakhir.
Kau masih berharap pada dia.
Tak mungkin. Aku tidak kenal empunya diri. Hanya nama yang kekal dalam ingatan.
Kau tak mencari?
Untuk apa?
Islam menyuruh berusaha walaupun jodoh itu telah ditetapkan.
Aku tahu itu. Tapi kisah aku dan dia telah lama tamat.
Jadi kau boleh mencari pengganti dia.
Aku ada perancangan. Belum sampai masanya lagi.
Sampai masa untuk apa?
Untuk aku mencari siapa dia jodoh aku itu.
Berapa tahun kau menyepi selepas dia?
Masih berbaki 2 tahun dalam kebisuan aku. 
Argh! Kau persiakan masa yang ada.
Aku tak rasa mensiakan masa andai tak mencari cinta lelaki yang belum tentu halal. 
Tapi kau tetap mencari dalam kebisuan kau kan?
Bukan. Aku menanti cinta, bukan mencari.
Kau tak jumpa mana-mana lelaki selama ni? Maksud aku, cinta!
Ada. Dia datang selepas 2 tahun, aku kenal dia. Tapi itu bukan jodoh aku. Maka aku menjauhkan diri dan melepaskan dirinya untuk yang lebih layak.
Mana kau tahu itu bukan jodoh kau?
Aku tak perlu cinta yang penuh dengan kepalsuan. Aku yakin itu dugaan buat diri aku untuk menguji sejauh mana kuatnya pendirian aku.
Kalau dia memang jodoh kau walaupun kau menolak?
Itu namanya takdir Allah. Aku harus terima.
Kau seperti mereka juga dan kau tetap mencari.
Tak. Seperti yang aku kata, aku menanti. Bukan mencari!
Kau pelik.
Memang. Sebab itu aku tak mengerti kenapa orang lain tak macam aku.
Kau memilih.
Dah tentu. Aku perlukan lelaki yang boleh menjadikan aku sempurna. 
Kau materialistik dan egois.
Tiada kaitan. Kau tak kenal aku dengan sebenar-benarnya.
Kau tak cantik. Sebab itu kau tak jumpa pengganti.
Alhamdulillah kalau begitu. Allah masih memelihara kecantikan aku buat dia yang menghargai.
Diam.


Bukan tak nak cakap tentang cinta?
Semakin aku menjauh, semakin ia datang menghampiri.
Jadi?
Jadi aku hanya membiarkan masa yang menentukan. Aku tak nak menjauh juga mendekati.
Alasan.
Mungkin. Yang nyata, sekeliling aku penuh dengan kasih sayang. Masakan aku boleh menghindarkan diri daripada itu. Kau cakap bagaimana harus aku lakukan.
Ikut kata hati kau. Berbicara dengan Tuhanmu. DIA lebih mengetahui.


Senyap. Sepi. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...