Together we are...

Monday, January 23, 2012

Senyum tak bermakna gembira. Nangis tak bererti sedih.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Seindah Tulip : Bahagian 1.
Senyum tak bermakna gembira. Nangis tak bererti sedih.

Alia: Kau nampak gembira. Kenapa?

Qistina: Gembira? Nampak sangatke?


Alia: Yup. Selalunya kau biasa-biasa je.


Qistina ketawa. Dia merenung langit. Perlahan-lahan menghapuskan sedih di hati dengan mengukir senyuman.


Alia: Berangan?


Qistina: Tak. Aku mencari bintang di langit.


Alia: Jumpa ke? Aku tengok gelap je langit. Bulan pun malu-malu nak tunjuk diri.


Qistina: Yang penting aku tahu bintang tu ada.


Alia: Tapi sekarang kau tak jumpa bintang yang kau cari tu...


Qistina: Bintang tu tetap ada kan?


Alia: Kau cuba nak bagitahu aku sesuatu ke?


Qistina: Mana ada. Dia tergelak.


Alia: Aku bukannya tak kenal kau siapa. Cepat cakap. Kalau tak, malam ni tidur seorang diri. Aku tak nak teman.


Qistina: Ugut pula. Mana aci...


Alia: Nak terangkan atau tak Cik Nur Raisya Qistina?


Qistina: Baiklah Puan Alia Batrisya. Bintang tu umpama harapan. Walaupun aku tak dapat tengok bintang tu kat sini malam ni, tapi aku tahu bintang tu ada. Orang lain mungkin dapat tengok kat tempat lain. Langit Allah ni luas. Harapan macam tu juga. Hari ni tak muncul, esok lusa siapa tahu. Ada yang berharap tapi berhenti di pertengahan. Ada yang sentiasa berharap walau tak pasti entah bila tertunai. Yang penting kena yakin harapan tu sentiasa wujud dan akan tercapai dengan izinNya. Tapi kalau rasa tak mungkin tercapai, dari awal jangan pernah berharap walaupun harga sebuah harapan itu bukanlah mahal sebab sesiapa sahaja boleh berharap. 


Alia: Yup, aku akui itu. Umi pernah kata, tak salah nak berharap untuk sesuatu yang kita nak dapatkan. Tapi kalau tak berusaha untuk capai, tiada maknanya. Tak semua harapan datang percuma.


Qistina: Bak kata mama, umpama nak pergi Amsterdam tapi tak tahu bila tercapai. Haha.


Alia: Tak habis-habis dengan Amsterdam. Kedai bunga depan tu ada jual tulip plastik. Kau pilih je nak warna apa. Haha. 


Qistina: Banyaklah kau. 


Alia: Qis, kenapa kau tak cakap harapan tu macam bulan?


Qistina: Sebab aku tak nak. 


Alia mencebik sementara Qistina ketawa kecil. 


Qistina: Tu cuma pandangan aku je. Lain orang lain pendapatnya. Aku cuma kaitkan bintang tu dengan soalan kau tadi. Tapi bintang mengajar aku sesuatu tentang kehidupan ini. Sebuah harapan. Tersenyum.


Alia: Harapan kau apa?


Qistina: Ha?


Alia: Eleh Qis..I know you better! Tell me..


Qistina: Kau tahu, senyum tak bermakna gembira, nangis tak bererti sedih. Ada orang menangis kerana gembira disebabkan sesuatu. Sebagai contoh kejayaan anak-anak atau kelahiran zuriat ke dunia ini. Begitu juga ada orang tersenyum bila ditimpa musibah dan ujian. Hidup kita macam tu lah. Aku...tengah belajar untuk melupakan selepas memaafkan. Dan aku sentiasa ingin mengikhlaskan segalanya. Mulai sekarang. Aku harap aku mampu sebab kepercayaan itu!


Alia: Kepercayaan itu...Maksud kau?


Qistina: Lain kali aku cakap. Pak guard tu dah pandang pelik tengok kita. Jum balik bilik. Dah lewat ni.


Alia: Pandai nak mengelak. Tapi, aku nak minta sesuatu ni?


Qistina: Apa dia?


Alia: Jangan panggil aku PUAN! Single and available lagi ni. Bukan kau seorang CIK!


Mereka berdua ketawa serentak dan berjalan menuju balik ke hostel. Qistina merenung langit sebelum masuk ke pagar hostel. Dia tersenyum indah bila beberapa bintang kelihatan di sekeliling bulan akhirnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...