Together we are...

Tuesday, January 10, 2012

Tak semestinya mereka orang yang sama. Faham?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

          Tak pasal-pasal kawan aku melempiaskan marah dia kat aku di kala aku tengah khusyuk menelaah untuk paper esok dan lusa hari. Wah! Kepala memang da pening ni, ditambah lagi dengan masalah kawan aku yang seorang ni. Aku yang kena marah lak tu? Haha. Takpe. Biasa lah aku kan pendengar yang baik. Eceh! Actually, dia nak lepaskan apa yang dia rasa je sebab dia geram dengan sebilangan manusia ini. 

          Nak dijadikan cerita, kawan aku ni pernah ada affair dengan seorang lelaki nama Nik. Anggap je la nama dia Nik Ahmad bin Nik Muhammad ye. Takkan nak cakap nama betul lak kan. Hehe. Eh, nama kawan aku ni....biar aku namakan Peah eh. (sori kawan kalau kau baca entri ni.tu nickname feveret aku selalu guna since sek untuk mana-mana kawan kita.at least kau ketawa kan dengan nama tu?haha) Correction, Si Peah ni bukanlah ada affair yang serius pun, cuma kawan-kawan dia yang suka gosipkan dia dengan Nik Ahmad tu. Ala..kawan-kawan biasa je lah kan. Peah pun tak pernah ada hati dekat Nik Ahmad tu. Entah apa silap dia boleh timbul skandal dengan lelaki tu. Malangnya, tak semua tahu kisah mereka dan tak ramai tahu nama penuh lelaki tu sebab ramai yang panggil dia dengan nama Nik je. Ha..Kat situlah masalahnya. Bila tak tahu nama penuh orang lain sekalipun kenal tuannya. Tahu kenapa? Sampai sekarang, bila ada je mana-mana nama Nik yang Peah sebut dari mulut dia, kawan-kawan dia fikir tu adalah Nik Ahmad. Bila ada Nik komen status facebook dia, Nik Ahmad tu juga yang dicakapkan. See..tak pasal-pasal kawan aku ni anti dengan nama Nik. Kerana Nik Ahmad seorang, semua Nik jadi mangsa. Walhal kisah mereka dah lama berlalu. Haha. Kesian kau Peah! Nak memahamkan orang yang tak nak faham ni memang payah. Lagi-lagi kalau yang tak nak tanya tentang hubungan sebenar kau dengan lelaki tu, sebaliknya menghukum kau dengan mahkamah dia sendiri. What a life!

          So, kesimpulannya di sini aku nak cakap. TAK SEMESTINYA NAMA YANG DEPAN ATAU NAMA ORANG YANG SELALU PANGGIL MENUNJUKKAN ORANG YANG SAMA DENGAN INDIVIDU YANG LAIN. Tak kisahlah dia Nik ke, Wan ke, Tengku ke, Syed ke, Mohd ke..atau apa-apa je lah. Even yang perempuan pun. Kembar pun takda nama yang sama dan serupa kan? Sebelum nak cakap, make sure lah tahu nama penuh mereka dulu. Or senang cerita jangan cakap apa-apa langsung kalau tak tahu apa-apa. Sampai bila kan nak hidup dengan gosip je? Kalau fakta yang kau dapat tu boleh diterima dan sahih, mungkin boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita. Kalau auta..haiiiii...banyak kilo kau makan daging free kawan-kawan kau tahu! Nauzubillah~ Sama-samalah kita renungkan ya... Kenapa tidak kau tanya je orang tu depan-depan sebelum nak buat sebarang konklusi. Kan? Aku cakap pada diri aku sendiri sebab aku yang menulis dan dah tentu aku yang membacanya terlebih dahulu. Senyum! :)


**Serius aku ketawa bila dia habis cerita. Dulu kau gelakkan aku, sekarang kau yang kena. Kita memang kawan baik lah, Peah! Sama-sama merasa masam-manis kehidupan ini. Haha~ 
**Entri ni khas untuk kau kawan dan sesiapa yang pernah mengalami situasi yang sama. Banyak terjadi dalam zaman sekarang kan? Bukan setakat nama, wajah pun boleh fotostat dan edar pada semua. Walhal, yang asal hak cipta terpelihara.
**Gunakan hak berfikir sebelum bersuara! Selamat menjawab peperiksaan  bagi yang ada paper lagi.

~TATA SEMUA~
^.^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...