Together we are...

Thursday, January 26, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..




"Makin banyak kita faham tentang hidup, makin banyak masalah yang perlu kita hadapi. Makin banyak kita mengerti soal tanggungjawab, makin banyak amanah yang perlu kita galas. Berlalunya waktu itu bererti makin berganda cabaran yang perlu ditempuh. Susah ataupun senang, menang ataupun kalah, berdiri ataupun rebah, berjaya ataupun gagal, kita perlu telan dan rasai sendiri."

 "Kalau mahu tahu kamu merindukan seseorang ialah kamu akan sering mengingatinya terutama apabila berada di dalam keadaan tekanan atau menghadapi kesusahan."
*antara petikan yang ada dalam novel yang aku rajin taip semula. untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah ini korang boleh baca sendiri. sinopsis tak dapat buat korang menyelami setiap bait kata yang ada dalam novel. dan tak salah rasanya untuk aku katakan, hanya yang mengerti akan memahami, mungkin!


"benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. tetapi cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya. cinta bukan semestinya bersama. cinta memastikan orang yang dicintai bahagia."


 hakikatnya, aku menangis di pengakhiran novel ini; dan siapa yang boleh menduga takdir Ilahi. 

2 comments:

nusafara said...

saya baru habis baca buku ni. sangat best. sambungan buku ni pun sgt best. begitu indah kehendak Tuhan. =)

cahaya qaseh said...

yup, sangat best bagi yang menghayati. really? mungkin nanti boleh cari buat koleksi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...