Together we are...

Friday, January 06, 2012

A wife to be.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

A wife to be. Aku? Haha. Memang tak la kan. Jauh panggang dari api.

Dalam entri ni, aku nak buat penghargaan khas untuk mereka.

Pertama,
kawan sebilik aku masa di Kolej Matrikulasi Johor.
AINATUL MADIAH.
Sepatutnya aku hadir ke majlis bertunang dia ini. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, tersadai di hostel sendirian, maka tak dapat lah aku bersamanya pada e-day dia ni. So sorry Aina! Apapun, aku ucapkan semoga dia bahagia selalu. Tak sabar tunggu hari pernikahannya tiba.
InsyaAllah, waktu tu aku takkan ada sebab untuk tidak hadir.
Untuk budak-budak Dorm 478 take note ok! :)
perasan tak muka tunang dia, seiras kan? orang kata jodoh kuat. heeeeee.


Kedua,
kawan sekolah rendah aku dan juga kawan sekampung aku.
RASYIDAH ABDUL RAHMAN.
Pun aku tak dapat datang waktu majlis bertunang Syidah. Aku jauh di Johor kala ini. Sobsob. InsyaAllah, kalau takda aral melintang big day dia aku akan hadir. Dah tentu la kan. Kawan sekampung. Dan yang lagi tiga orang tu pun, bakal lah tu tak lama lagi. Kihkihkih.. Korang tetap best! Mungkin lepas ni reunion masing-masing dengan suami dah. Aku juga yang masih lone ranger. Hehe~


Ketiga,
untuk teacher kesayangan aku waktu sekolah.
Puan Najwa Ismail.
Teacher memang sempoi. Tengah berjalan pun masih sempat buat 'peace'. Hehehe~ Akhirnya, penantian aku dan kawan-kawan aku tentang gerangan Awang teacher terjawab selepas beberapa tahun. Mula-mula usik teacher tentang Awang, tahun 2007. Dan sekarang 2012. Benarlah penantian itu suatu yang menyeronokkan. Malangnya, saat ini kami semua tak balik. Aku andaikan tak ramai kawan-kawan aku hadir saat majlis ini berlangsung, baik di rumah pengantin perempuan mahupun lelaki. Apapun, semoga perkahwinan teacher bahagia dunia akhirat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

Untuk pengetahuan korang, ketiga-tiga majlis ini berjalan pada minggu yang sama. Pada penghujung Disember 2011 lalu. Dan sekaligus, pada permulaan minggu study aku. Sebab tu aku tak balik Pahang dan takut sebenarnya andai tersekat dalam banjir di Segamat pada waktu itu. 

Last but not least,
aku doakan buat semua semoga kalian bahagia selalu.
May Allah bless all of you!
*ihsan gambar di facebook mereka.hihi.

Lastly, 
Jangan tanya bila turn aku. Itu sesuatu yang sukar untuk aku huraikan.
Dan jangan tanya aku tentang cinta dan seangkatan dengannya.
Perasan 'Menanti Cinta' sebelah kanan ni? Haaaaa!
Hingga tarikh tu baru aku akan kembali dalam mencari siapa jodoh aku.
Waktu sekarang, aku tak nak fikir dan mencari.
Ada hal yang lebih penting dan perlu aku utamakan.
Andai kata jodoh sampai dalam masa dua tahun ni, siapa aku mahu menolak.
Andai masih jauh daripada ikatan itu, DIA tahu siapa yang terbaik untuk aku.

Wallahu'alam~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...