Together we are...

Wednesday, February 29, 2012

Carilah hatimu di tiga tempat.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pesanan Imam Ghazali :-

 Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

Jum sama-sama renovate hati!

Saturday, February 25, 2012

Ku pinta biru tapi dapat pink.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Petikan ayat daripada Versus, dalam islam tiada kebetulan. Everything is fated. So, tak guna kita nak lari ke hujung dunia sekalipun. Bila memang Allah nak pertemukan kita dengan sesuatu yang kita cuba elakkan, nak tak nak kita kena hadapinya juga. Yang kita hanya boleh buat waktu tu adalah menerima kenyataan yang ada sambil tersenyum menidakkan apa yang bermain di hati. Allah Maha Mengetahui. Walauapapun yang orang lain fikirkan, Dia lebih mengetahui apa yang ada di hati kita. Kadang-kadang, tak semua orang boleh faham apa yang kita lalui, kan? 

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati." [Al-Mulk:13]

Namun, kita boleh berdoa untuk akan datang. Seperti sambungan ayat daripada Versus, only interchanged by God's will, effort and doa. Dan hidup ini sentiasa ada kejutan yang tidak terduga daripadaNya. Percayalah, setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. 


Irfan Razif dan Irdina Nurdamia. 
**Batu Pahat, 25/2/2012. Lets bygone be bygone. Forget and forgive. Live, love and laugh. But sometime I wish to be like kids again. A kid. But this is life. And life goes on, moving forward. We become older and cannot turn back.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, February 21, 2012

11th Hour.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

    Kalau korang ada baca entri sebelum ni, aku ada cakap tentang sebuah novel Contengan Jalanan. Bagi aku novel ni sangat-sangat best hingga aku suruh kawan aku cari dan habiskan baca novel ni. Aku harap dia peroleh sesuatu daripada novel ni walaupun aku tahu life dia yang busy dengan medic surgery study tu. Dia kata nak cari hari ni. Tapi ye ye je dia tu..Kuikui. Ok, abaikan! Bahasa novel ni memang lain daripada yang lain, yang pernah aku baca lah. Mula-mula baca..eh? Lama-lama, ada quotes yang menarik di setiap bab, tafsir-tafsir al-Quran, baru aku mengukir senyuman. Dakwah yang bagus. So, dengan bantuan Kekanda Google, aku menemui sebuah video seperti yang diceritakan dalam novel ini. Malangnya aku tak reti nak add video tu kat sini sebab bukan dari youtube dan yang sebenarnya aku malas nak buat 'coz aku nak habiskan next novel Versus by Hlovate. Hehe. So, KLIK SINI dan selamat menemukan erti hidup dalam diri korang. Aku pun masih mencari erti hidup aku, baiki apa yang perlu dan tetap akan bertahan hingga ke hujung pernafasanku. Btw, mungkin penerimaan korang kat video ni berbeza. Kerana hati itu Allah yang pegang, bukannya manusia. Hidayah dan petunjuk itu hanya Allah yang bagi. Wallahu'alam~

"A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th."

p/s: better korang baca novel ni kalau korang nak lebih faham. better late than never. (pujuk diri sendiri yang baru tahu kewujudan novel ni) kihkih.. ^^

Monday, February 20, 2012

Contengan Jalanan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

 Bukan sebarang contengan tapi ini contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Karya Hlovate bertajuk Contengan Jalanan. Setiap manusia punya kisah yang berbeza dengan yang lain. Akan ada satu tempat yang mengubah diri seseorang, tempat yang memberi perubahan kepada dirinya. Sebagaimana Sydney mengubah diri Affendy dan Jakarta memberi erti dalam hidup Ku Kamaruzzaman. Benar, hidayah milik Allah. Tapi manusia sendiri yang harus menemukan hidayah itu. Hidayah itu perlu dicari. Bukan ditunggu. Dan peluang yang ada tidak harus dibiarkan pergi. Bagi yang tak baca lagi, aku syorkan cari novel ni buat koleksi. Tak menyesal korang baca. Serius. 
2in1. novel pinjam daripada roommate. tapi kena beli sendiri nanti. dan cukupkan koleksi daripada Hlovate. a quite good story..no doubt!


**Batu Pahat, 20/2/2012. Masa cukup membuatkan seseorang berubah, tapi masa juga takkan mampu membawa pergi diri aku yang sebenarnya.

Wednesday, February 15, 2012

Kau Hadir.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hargai mereka yang bergelar sahabat dan saat suka duka bersama. Ukhuwah fillah abadan abada. 
Indahnya ukhuwah kerana Allah.

Tuesday, February 14, 2012

Hati Ini.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

kita harus akui, kita punya dua dunia yang berbeza. kepercayaan dalam persahabatan yang meletakkan kita dalam satu dunia yang sama. keserasian dalam hubungan yang menjadikan kita rapat dan mesra. aku akan terus melangkah kerana kau berikan sebab untuk aku sentiasa lihat ke hadapan. aku akan terus kuat kerana kau percaya aku mampu. aku akan selalu gembira kerana kau telah mengajar aku untuk selalu kuat. dan hakikatnya, semuanya kerana hati aku sendiri, bukan kerana sesiapa. kau berkata itu kepada aku dulu. bukankah begitu? jadi, walau siapapun yang memberikanku kekecewaan dan kesedihan, aku tidak akan melatah. aku tidak akan memaparkan kesayuan hati aku. kerana aku telah belajar daripada mereka semua erti ketabahan, kesabaran dan keikhlasan terutamanya. sebagaimana kegembiraan datang menyapa hati, senyuman terukir di bibir. begitu juga hati ini tetap begitu dan senyuman akan sentiasa terpamer indah sewaktu kedukaan datang menghimpit. gerbang ikhlas itu menuju syurga milik Ilahi. aku sentiasa akan belajar dan berusaha untuk mencapainya kerana aku dambakan jannahNya.

Trust Friend~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

 Aku tak pinta jadi begini. Aku cuma inginkan penjelasan. Ternyata, aku silap perhitungan. Atau, mungkin kita sememangnya telah hilang kesefahaman kerana jarak masa yang seketika telah memisahkan kita. Mungkin dalam kematangan, aku masih punya sikap kebudak-budakan. Mungkin dalam kata-kata aku, masih banyak khilafnya. Mungkin semuanya salah aku hingga kau diam membisu! Aku sayangkan persahabatan kita, aku sayangkan masa-masa kita bersama. Aku rasa kau faham itu. Tapi jangan menghukum aku sebegini. Selamanya kau TF aku. Satu-satunya TF yang aku ada dan paling aku sayang. Dan semua itu berlaku di luar kemahuan aku. Kau tetap sahabat aku, kawan kepercayaan! Walau jarak dan masa terus memisahkan kita selepas ini, kau tetap wujud dalam doaku, kau tetap kekal dalam ingatanku. Kerana sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan. Itu prinsipku sejak dahulu lagi.

Tanda tanya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kenapa ego menjadi halangan sedangkan kita telah saling mengungkap maaf? 
Dan kenapa aku yang mengalah sedangkan semuanya bukan salah aku? 
Atau kebisuan kau punya erti yang tidak aku fahami?

Jawapan dia.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"sebab awak ingat saya"

lebih daripada 10 ayat yang sama.
tapi hakikatnya hanya 1 sebab daripada 9 yang aku pinta,
yang mempunyai 1000 erti yang tidak aku fahami.

apa 1000 maksud dia yang aku mengingati dia?

Sunday, February 12, 2012

it's you?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

All of my life I've been waiting,
for someone to trust,
someone who known,
that would always be there,
someone who always would tell me the truth,
even when it's the hard thing to do.

Someone who always knows what to say,
and when they don't get go away,
someone who always walk by my side through the hard times.

If I tried couldn't find,
anyone like you,
anything like you,
all the things you do,
wonder why it's been so long,
waiting for a new friend to come,
but they're far between and few.
u said, 2012 will create new memory. 

Friday, February 10, 2012

KASIH SAYANG.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

*gambar di facebook. credit pada empunya gambar.


Jangan terlalu mengejar kesempurnaan,
kerana yang sempurna hanyalah Allah SWT. 

Sunday, February 05, 2012

TAKDIR.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Takdir kadang-kadang menemukan sesuatu yang tidak diundang, menduga dalam bermacam ragam, memberi apa yang tidak dirancang, membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan, dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan. Namun, takdir memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan dan memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam kehidupan. 

aku, kau dan dia. semua tentang kita!

Saturday, February 04, 2012

Menerima Takdir, Bukan Mempersoalkan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Hati mana yang tidak sedih, jiwa mana yang tidak terusik andai apa yang diharapkan tidak dapat dicapai. Orang kata jangan pernah berhenti berharap. Tapi harapan itu sangat mengecewakan andai tidak dapat dicapai. Sangat melemahkan semangat bila kekuatan demi kekuatan dikumpul tetapi sentiasa datang dan pergi hingga tak tahu bagaimana lagi harus bertahan. Bukan menyesali apa yang telah tersurat, jauh sekali menidakkan takdir Allah. Sebagai manusia biasa, kekecewaan dan kesedihan itu tidak mungkin difahami oleh mereka yang tidak mengerti. Dan air mata tidak dapat memahami perjalanan hati nurani. Bukan semua boleh merasai apa yang kita rasa, kerana perjalanan dan takdir hidup setiap insan berbeza. Nampak serupa tapi  hakikatnya tidak sama. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Harapan boleh dicipta berulang kali, tapi ada masa manusia akan berhenti berharap. Impian boleh dibina, tapi tak semua impian jadi kenyataan. Dan penting berpijak pada bumi yang nyata andai takut membina mahligai di langit biru.

Memang benar, hidup manusia milik Allah. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Memang betul, Allah uji manusia kerana tanda sayangNya pada diri insan tersebut. Dugaan Allah sentiasa ada buat hambaNya kerana Dia mahu manusia merintih dan merayu padaNya. Dia rindu suara hamba-hambaNya berdoa dan memohon sesuatu hanya daripadaNya. Tetapi sering-kali manusia sendiri tewas. Rebah bila diberi cubaan. Bukan tidak mahu berjuang, tapi kadang-kadang manusia telah penat. Letih memahamkan orang di sekelilingnya, hidup kita semua di tangan Allah. Kita hanya manusia yang merancang, Allah juga telah merancang hidup kita tetapi perancangan Dia lebih baik daripada kita. Barangkali kita menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kita. Barangkali kita membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untuk kita. Dan Allah jua lah yang Maha Mengetahui. Takdir hidup kita telah Allah aturkan walaupun ada beberapa perkara kita mampu ubahnya dengan berdoa kepadaNya kerana Allah itu Maha Kuasa. Walaupun Dia telah tetapkan segalanya untuk kita, tapi Dia juga boleh mengubah apa yang Dia rasa mahu. Semua adalah kuasaNya. Sebab itu kita sentiasa diminta untuk terus-terusan berdoa.

Hingga satu saat, manusia hanya mahukan pengertian dan sokongan setiap kali dia jatuh dan kecundang, bukan tohmahan dan kata-kata negatif. Manusia mana yang inginkan kegagalan dalam kehidupannya, manusia mana yang inginkan kekecewaan singgah dalam dirinya. Tetapi semua itu tetap datang dalam kehidupan manusia tanda ujian daripadaNya. Kenapa tidak semuanya percaya di setiap apa yang berlaku ada hikmahnya? Kenapa tidak semuanya mengerti dan menerima takdir sebagaimana manusia lain reda dan ikhlas dengan apa yang menimpanya? Untuk yang terakhirnya, bukan 'kenapa' yang dicari, tetapi 'bagaimana' kita semua menerima sesuatu yang bernama takdir Ilahi kerana itu menuntut keikhlasan kita yang membawa kita menuju syurgaNya. Wallahu'alam~

Friday, February 03, 2012

Wanita & Air Mata.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ya ALLAH, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi.

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Wednesday, February 01, 2012

Sabar itu indah!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

kadang-kadang ALLAH patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. DIA hancurkan hati kita agar kita kembali padaNYA. DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan. DIA beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan. DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri. kadang-kadang ALLAH ambil semuanya dari kita agar kita tahu nilai semua benda yang DIA beri..begitulah kasih sayang PENCIPTA. Maha Esa.. semuanya adalah milikNYA…
Everything happens for a reason!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...