Together we are...

Tuesday, February 21, 2012

11th Hour.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

    Kalau korang ada baca entri sebelum ni, aku ada cakap tentang sebuah novel Contengan Jalanan. Bagi aku novel ni sangat-sangat best hingga aku suruh kawan aku cari dan habiskan baca novel ni. Aku harap dia peroleh sesuatu daripada novel ni walaupun aku tahu life dia yang busy dengan medic surgery study tu. Dia kata nak cari hari ni. Tapi ye ye je dia tu..Kuikui. Ok, abaikan! Bahasa novel ni memang lain daripada yang lain, yang pernah aku baca lah. Mula-mula baca..eh? Lama-lama, ada quotes yang menarik di setiap bab, tafsir-tafsir al-Quran, baru aku mengukir senyuman. Dakwah yang bagus. So, dengan bantuan Kekanda Google, aku menemui sebuah video seperti yang diceritakan dalam novel ini. Malangnya aku tak reti nak add video tu kat sini sebab bukan dari youtube dan yang sebenarnya aku malas nak buat 'coz aku nak habiskan next novel Versus by Hlovate. Hehe. So, KLIK SINI dan selamat menemukan erti hidup dalam diri korang. Aku pun masih mencari erti hidup aku, baiki apa yang perlu dan tetap akan bertahan hingga ke hujung pernafasanku. Btw, mungkin penerimaan korang kat video ni berbeza. Kerana hati itu Allah yang pegang, bukannya manusia. Hidayah dan petunjuk itu hanya Allah yang bagi. Wallahu'alam~

"A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th."

p/s: better korang baca novel ni kalau korang nak lebih faham. better late than never. (pujuk diri sendiri yang baru tahu kewujudan novel ni) kihkih.. ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...