Together we are...

Tuesday, February 14, 2012

Hati Ini.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

kita harus akui, kita punya dua dunia yang berbeza. kepercayaan dalam persahabatan yang meletakkan kita dalam satu dunia yang sama. keserasian dalam hubungan yang menjadikan kita rapat dan mesra. aku akan terus melangkah kerana kau berikan sebab untuk aku sentiasa lihat ke hadapan. aku akan terus kuat kerana kau percaya aku mampu. aku akan selalu gembira kerana kau telah mengajar aku untuk selalu kuat. dan hakikatnya, semuanya kerana hati aku sendiri, bukan kerana sesiapa. kau berkata itu kepada aku dulu. bukankah begitu? jadi, walau siapapun yang memberikanku kekecewaan dan kesedihan, aku tidak akan melatah. aku tidak akan memaparkan kesayuan hati aku. kerana aku telah belajar daripada mereka semua erti ketabahan, kesabaran dan keikhlasan terutamanya. sebagaimana kegembiraan datang menyapa hati, senyuman terukir di bibir. begitu juga hati ini tetap begitu dan senyuman akan sentiasa terpamer indah sewaktu kedukaan datang menghimpit. gerbang ikhlas itu menuju syurga milik Ilahi. aku sentiasa akan belajar dan berusaha untuk mencapainya kerana aku dambakan jannahNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...