Together we are...

Tuesday, February 14, 2012

Trust Friend~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

 Aku tak pinta jadi begini. Aku cuma inginkan penjelasan. Ternyata, aku silap perhitungan. Atau, mungkin kita sememangnya telah hilang kesefahaman kerana jarak masa yang seketika telah memisahkan kita. Mungkin dalam kematangan, aku masih punya sikap kebudak-budakan. Mungkin dalam kata-kata aku, masih banyak khilafnya. Mungkin semuanya salah aku hingga kau diam membisu! Aku sayangkan persahabatan kita, aku sayangkan masa-masa kita bersama. Aku rasa kau faham itu. Tapi jangan menghukum aku sebegini. Selamanya kau TF aku. Satu-satunya TF yang aku ada dan paling aku sayang. Dan semua itu berlaku di luar kemahuan aku. Kau tetap sahabat aku, kawan kepercayaan! Walau jarak dan masa terus memisahkan kita selepas ini, kau tetap wujud dalam doaku, kau tetap kekal dalam ingatanku. Kerana sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan. Itu prinsipku sejak dahulu lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...