Together we are...

Thursday, March 29, 2012

Sandal Untuk Mak dan Kasut Sukan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku ni memang suka berjalan. So memang pantang la kalau diajak. Kehkeh. Jadi petang tadi, lepas setlekan hal kat fakulti yang tak berapa nak setle, aku pun follow besties aku dan housemate dia pergi shopping+jalan2 kat Parkson dan Carrefour. Walhal, Sabtu lepas baru je jejak kaki kat BP Mall dengan kawan-kawan lain. Kuikui. Nak dijadikan cerita, memandangkan aku takda apa nak beli, memang saja berjalan je. So saja je lah tangan aku ringan nak capture beberapa gambar ni. Tapi layan 5 keping je lah ya.... >.<

Suhaira Seyra tengah pilih untuk emak tercinta sebagai hadiah sempena ulangtahun kelahiran 30 Mac ni. Selipar sendiri main tinggal je kat tengah-tengah laluan. (Su, hobi eh?Haha) And lastly Valentino Creations jadi pilihan. Dan aku, kalau bukan sebab wedges Leno dan kasut BUM yang dah ada kat bawah katil kat hostel dan 2 3 pasang lagi atas rak yang tak tahu nak pakai bila tu, dah lama juga aku bawa balik sepasang atau lebih. (Eh?) Nasib baik masih boleh kontrol tangan. Kihkih... Sebelum ni pun Su je yang beli wedges Polo. Aku jadi tukang tengok je. Peneman setia budak-budak ni shopping kan. Ngeh3~ Nak beli handbag pun tak lepas-lepas lagi. Masih terbayang beg Carlo Rino yang dah takda itu. Adehhhh!



Dan yang ni, memang susah nak pilih kasut sukan mana yang berkenan di hati. Aku capture gambar Fatin dalam diam yang bermacam-macam gaya pilih kasut (hehehe. jangan marah ya Fatin!) sebab time ni aku dah terasa letih dan penat menunggu sebab tak cukup rest plus tak makan dari pagi lagi. Just waffle je pengganti breakfast dan lunch. Tapi masih gatal nak pergi berjalan kan. Heh. Ohh. Yang nice nya sales girl berkomunikasi hanya dengan bahasa isyarat. Rasanya susah juga bagi orang normal macam aku yang tak pernah belajar bahasa isyarat ni nak memahami. Rasa bersyukur dikurniakan pancaindera yang sempurna. Terima kasih Allah.

Dan yang ni? Haha. Actually, masa pergi lagi dah perasan kereta lain macam je. Bila sampai je, tengok-tengok tayar depan kiri takda angin. Tapi be cool je. Hidup ni sentiasa ada dugaan kan? Tuan kereta pun dah pernah ada pengalaman since mula-mula drive dulu bila menjahanamkan tayar kereta ayah dia. Kihkih. So, dia dah mahir bab-bab begini. Pergi shopping dulu, balik baru cari kedai tayar. Rupanya skru terbenam kat tayar tu. Caj yang kena RM5 je. Aku pun tak tahu apa yang orang tu buat. Nak tanya pun memang tak lah. Kehkeh.

So, aku rasa tu je nak cerita. Macam pelik je aku rajin nak update entri ni. Ya, aku sendiri pelik kenapa aku tulis entri ni. Haha. Abaikan je lah. 
Korang dah habis baca pun. Tata~

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sunday, March 25, 2012

Demam Hari Ahad.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Jika Kamu Memancing Ikan, Setelah Ikan Itu Terlekat Dimata Kail... Hendaklah Kamu Terus Mengambil Ikan Itu. Janganlah Sesekali Kamu Lepaskan Kembali Ikan Itu Ke Dalam Air Begitu Sahaja Kerana,,, Ikan Itu Akan Terus Sakit Oleh Kerana Bisanya Ketajaman Mata Kailmu Dan Mungkin Ia Akan Menderita Selama Mana Ia Masih Hidup...

Begitulah Juga Setelah Kamu Beri Banyak Pengharapan Kepada Seseorang. Setelah Dia Benar-Benar Menyayangimu, Bahkan Jika Kamu Adalah Cinta Pertamanya. Hendaklah Kamu Menjaga Hatinya. Jangan Sesekali Kamu Lukai Dan Meninggalkannya Begitu Sahaja Kerana Dia Akan Terus Terluka Dengan Kenangan Bersamamu Dan Mungkin Tidak Dapat Melupakan Segalanya. Selagi Dia Mengingatimu Yang Hanya Akan Terus Membuatkan Dia Merana Seumur Hidupnya....

Jangan tanya kenapa aku post entri ni sebab aku pun tak tahu kenapa. Haha. Tetiba rasa terpaut dengan ayat ni walhal dah lama baca kot. Adeh. Demam hari Ahad, mungkin! :D

Saturday, March 24, 2012

Pelangi itu indah. Hujan itu sementara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Indahnya ukhuwah kerana Allah. 
Nikmatnya bersahabat kerana Allah.


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Al-Baqarah : 286]

To Efa, Dila & Hajjar : Thanks ajak keluar hari ni. Niat cuma nak teman kalian shopping sambil jalan-jalan je. At the end ter-join shopping sekali. Kihkih. Efa, tak sabar nak tunggu kamu pakai jubah dengan tudung tu. Tentu nampak comel. By the way, lain kali kita pergi makan pizza ye. Hari ni terpaksa ikut selera orang lain. Selera tetap pada nasi. Memang susah nak tinggal kan, ye tak Dila? Hehe. Thanks berjaya membuatku jumpa dengan tudung-tudung tu. Seronok membeli banyak-banyak tadi, lepas tu dapat less. Hihi. Hajjar, kalau kita tak mula sekarang, bila lagi nak mula kan? Memang kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sebab iman kita naik dan berkurang. Bila dah kurang tu lah kita perlukan tarbiah dan nasihat-nasihat. Apapun, diri ini juga masih banyak khilaf. Setakat yang mampu berkongsi, harap dapat terima. Mana yang kurang, ikhlas menerima teguran daripada semua supaya dapat perbaiki lagi. Sama-sama kita mencari reda Allah. Mudah-mudahan, amin.

Masing2 tengah tengok Jazz Hybrid kat level bawah. 
Lunch time. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.
Percayalah, tidak kira siapa kita atau di mana kita,
waktu makan akan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Qaseh Quotes : Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan turunkan hujan. Mana kita tahu rupa-rupanya Allah mahu beri kita pelangi. =')




##dad, get well soon!
##kamu, semoga selamat sampai HTAA. take care there and i'm so sorry!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Monday, March 19, 2012

Tuhan, jagakan dia untukku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. 

Abah, no matter hard your situations, I always pray for your health. I hope you will be fine like usual. You can smile and laugh when play with your granddaughter and grandson at home. And your smile can give me a lot of meanings. 

Abah, I love you so much. Lots of love, Ani.


Batu Pahat, 19/3/2012. Sebanyak mana aku ketawa pun tak dapat buat aku berhenti menangis bila sendirian dan menutup perasaan sebenar yang bermain di jiwa. Dan air mata bukanlah penyelesai masalah. Ya Allah. Terlalu berat rasanya dugaan ini. Lepas satu masalah, masalah lain timbul. Aku takut aku tak kuat ya Allah menghadapi semua ini sendirian di sini. Walau apapun, aku cuba lupakan segala kesedihan dan tetap tersenyum untuk mereka di sekelilingku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan. Hanya Kau bersamaku. Dengan mengingatiMu hati menjadi tenang. 

Sunday, March 18, 2012

You're my hero dad!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. 

Ya Allah! Aku sayangkan dia melebihi lelaki lain dalam dunia ini. Bagilah kekuatan padanya supaya aku juga terus kuat kerana dia sumber kekuatan aku selama ini. Dia lelaki yang mengajar aku erti hidup ini. Tabahkan hatiku dengan ujian ini di saat aku berjauhan dengannya. Dia sangat bermakna buat kami semua. We love you so much abah! 


"kuatkan semangat..
die mesti tak suka tengok family dia sedih..
i pernah praktikal kan..
pakcik ni tak pernah datang hospital..
selama ni dia sakit dia tahan je..
bila dah betul-betul teruk baru dia nak datang hospital..
i tanya dia..
kenapa buat macam tu..
dia jawab..
dia boleh tahan sakit tu..
tapi dia tak boleh tahan tengok orang-orang yang dia sayang sedih kerana dia sakit..
die lebih rela sakit dari tunjuk die sakit 
sebab tak nak orang-orang yang dia sayang sedih..
i'm speechless...
u need to smile..
tu yang bagi abah awak semangat.."


##Hajjar & Ira, thanks untuk perhatian dan kata-kata semangat!
##kamu, even berjauhan, thanks ada di sisi saat suka-duka saya selama ini! 

Saturday, March 17, 2012

Mengejar Sunset.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kenapa sunset?


Entah. Aku tiada sebab yang kukuh. Cuma aku suka merenung langit setiap masa. Bila aku mendongak ke atas, aku tahu Allah sentiasa bersama aku. Dan aku sujud menyembahNya dalam solatku. Bersyukur dengan segala pemberianNya selama ini. 


Tenang, gembira dan damai. Hanya itu yang boleh dikatakan setiap kali melihat sunset, walaupun perasan sebenar sukar untuk digambarkan kerana ia lebih daripada tiga perkataan itu. Setelah seharian melalui kehidupan yang pelbagai kisah, melihat sunset bagaikan memberi semangat dan mengusik jiwa dengan anugerahNya yang indah itu. 


Gambar ini ada maksud apa-apa ke?


Ohh. Bukan aku dalam gambar tu. Hanya yang mengerti akan memahami apa maknanya gambar itu buat diri aku. Tak semua akan faham, hanya insan-insan yang terpilih olehNya. 


And I still waiting for the day comes true! :)

Wednesday, March 07, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sunday, March 04, 2012

Panggilan pukul 3 pagi.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

At 3 am on Sunday morning…
Kawan: Beb, tolong aku. Tak tahu nak buat macam mana ni.
Aku: Whats going on? Macam tak menyempat tunggu siang.
Kawan: Aku rimas dengan budak-budak ni. Kau tahu kan aku takda sikit pun perasaan kat mamat tu. Dan mamat tu pula...
Aku: Kau telefon aku semata-mata nak cakap hal ni? Listen here dear. No love story please. Aku nak tidur. Tata.
Kawan: Ala beb..tolong lah..
Aku: Apanya lagi? Kau takkan boleh tutup mulut orang lain. Tapi satu hal kau boleh buat adalah elakkan diri daripada semua tu.
Kawan: Macam mana perkataan kawan tu beri maksud dalam hidup budak-budak ni ek?
Aku: Boleh tunggu siang tak? Aku penat ni. One day aku window shopping hari ni.
Kawan: Orang kaya. Loan tak masuk lagi dah shopping.
Aku: Banyaklah kau. Window shopping aku means jalan-jalan satu mall je, bukan macam kau. Sekali dengan kedai nak beli. Dah, layan kau tak pernah habis. Siang nanti telefon aku semula.
Kawan: Aku nak keluar nanti. Ahad kan..
Aku: Tu masalah kau. Bukan aku.
Kawan: Betul ke kau ni kawan baik aku?
Aku: Haha. Kenapa lak?
Kawan: Sejak bila hati kau tercampak kat Greenwich ni?
Aku: Ceh. Kau ingat lagi rotan pengetua dulu. Mahu kena libas lagi macam tu?
Kawan: Hahaha. Tahu lah kau budak baik. Anak emas cikgu.
Aku: So?
Kawan: Tolong aku beb.
Aku: Suka betul pusing satu gurun kau ni. Kau deactivate je FB kau tu.
Kawan: Gila apa.
Aku: Not a big problem deactivate FB lahhh.
Kawan: Kau sanggup deactivate FB semata-mata kawan yang tak pernah mengenali kau, judge what happened between both of you and say something about you? Takkan sebab dia seorang, semua kena.
Aku: Then, just block them. Small matter. FB is not our real life. The real life is outside.
Kawan: Tapi dia kata, friends forever. 
Aku: Hahaha.. Bagi kau lak, kawan tu apa maksudnya? Bagi aku, kawan adalah kawan. Yup, thats why people said friends forever. Tak lebih daripada tu. Tapi kalau dia sendiri yang salah tafsirkan hubungan kawan korang, then don’t think too much dear. Just ignore them. Dalam hidup ni, kawan datang dan pergi. Yang kekal adalah mereka yang boleh terima baik buruk kita, pendirian kita. Kau dah letakkan sempadan antara korang, dia tak boleh terima atau tak faham bukan salah kau. 
Kawan: Mudahnya kau cakap.
Aku: Salah ke apa aku cakap?
Kawan: Tak lah macam tu. Ish. Susah betul nak fahamkan orang lain.
Aku: Tahu pun. Lagi-lagi kalau pagi-pagi macam ni ganggu aku tidur. Otak aku nak rehat tahu tak? 
Kawan: Haha. Sorry beb. Kau kan selalu ada untuk bestfriend kau ni.
Aku: Bestfriend konon. Aku bagi nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Kawan: Satu hari nanti aku akan jadi macam kau. Percayalah....
Aku: One fine day. Dont be so late for something you can do now. Slowly change from now. Kita nak masuk syurga sama-sama kan?
Kawan: Yes mam! 
Aku: Kau apa cerita dengan dia ni sebenarnya?
Kawan: Entah. Kau dah buat aku hilang point awal.
Aku: Bagus lah. Aku tak nak tahu pun sebenarnya. Kawan FB kau tu takda kaitan dengan aku. 
Kawan: Gila kejam.
Aku: Ada kau tengok jam sekarang pukul berapa? Kalau ajak aku bangun study tak pe gak.
Kawan: Haha. Bukan kau zombie ke?
Aku: Dah resign. Planning masa depan.Jaga kesihatan untuk generasi akan datang.
Kawan: Ayat kau dah macam naik roket. Susah aku nak faham.
Aku: Apa-apa je lah. Ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak aku nak off dulu.
Kawan: Last beb. Budak-budak ni dah ramai nak tunang. Kau bila lagi? Takkan dah anti tahap panda kot. Tak payah nak menanti cinta sangatlah kat tepi blog kau tu. Hahaha…
Aku: Kau.......
Tootttttt..tootttttt…tootttttttt…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...