Together we are...

Saturday, March 17, 2012

Mengejar Sunset.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kenapa sunset?


Entah. Aku tiada sebab yang kukuh. Cuma aku suka merenung langit setiap masa. Bila aku mendongak ke atas, aku tahu Allah sentiasa bersama aku. Dan aku sujud menyembahNya dalam solatku. Bersyukur dengan segala pemberianNya selama ini. 


Tenang, gembira dan damai. Hanya itu yang boleh dikatakan setiap kali melihat sunset, walaupun perasan sebenar sukar untuk digambarkan kerana ia lebih daripada tiga perkataan itu. Setelah seharian melalui kehidupan yang pelbagai kisah, melihat sunset bagaikan memberi semangat dan mengusik jiwa dengan anugerahNya yang indah itu. 


Gambar ini ada maksud apa-apa ke?


Ohh. Bukan aku dalam gambar tu. Hanya yang mengerti akan memahami apa maknanya gambar itu buat diri aku. Tak semua akan faham, hanya insan-insan yang terpilih olehNya. 


And I still waiting for the day comes true! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...