Together we are...

Sunday, March 04, 2012

Panggilan pukul 3 pagi.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

At 3 am on Sunday morning…
Kawan: Beb, tolong aku. Tak tahu nak buat macam mana ni.
Aku: Whats going on? Macam tak menyempat tunggu siang.
Kawan: Aku rimas dengan budak-budak ni. Kau tahu kan aku takda sikit pun perasaan kat mamat tu. Dan mamat tu pula...
Aku: Kau telefon aku semata-mata nak cakap hal ni? Listen here dear. No love story please. Aku nak tidur. Tata.
Kawan: Ala beb..tolong lah..
Aku: Apanya lagi? Kau takkan boleh tutup mulut orang lain. Tapi satu hal kau boleh buat adalah elakkan diri daripada semua tu.
Kawan: Macam mana perkataan kawan tu beri maksud dalam hidup budak-budak ni ek?
Aku: Boleh tunggu siang tak? Aku penat ni. One day aku window shopping hari ni.
Kawan: Orang kaya. Loan tak masuk lagi dah shopping.
Aku: Banyaklah kau. Window shopping aku means jalan-jalan satu mall je, bukan macam kau. Sekali dengan kedai nak beli. Dah, layan kau tak pernah habis. Siang nanti telefon aku semula.
Kawan: Aku nak keluar nanti. Ahad kan..
Aku: Tu masalah kau. Bukan aku.
Kawan: Betul ke kau ni kawan baik aku?
Aku: Haha. Kenapa lak?
Kawan: Sejak bila hati kau tercampak kat Greenwich ni?
Aku: Ceh. Kau ingat lagi rotan pengetua dulu. Mahu kena libas lagi macam tu?
Kawan: Hahaha. Tahu lah kau budak baik. Anak emas cikgu.
Aku: So?
Kawan: Tolong aku beb.
Aku: Suka betul pusing satu gurun kau ni. Kau deactivate je FB kau tu.
Kawan: Gila apa.
Aku: Not a big problem deactivate FB lahhh.
Kawan: Kau sanggup deactivate FB semata-mata kawan yang tak pernah mengenali kau, judge what happened between both of you and say something about you? Takkan sebab dia seorang, semua kena.
Aku: Then, just block them. Small matter. FB is not our real life. The real life is outside.
Kawan: Tapi dia kata, friends forever. 
Aku: Hahaha.. Bagi kau lak, kawan tu apa maksudnya? Bagi aku, kawan adalah kawan. Yup, thats why people said friends forever. Tak lebih daripada tu. Tapi kalau dia sendiri yang salah tafsirkan hubungan kawan korang, then don’t think too much dear. Just ignore them. Dalam hidup ni, kawan datang dan pergi. Yang kekal adalah mereka yang boleh terima baik buruk kita, pendirian kita. Kau dah letakkan sempadan antara korang, dia tak boleh terima atau tak faham bukan salah kau. 
Kawan: Mudahnya kau cakap.
Aku: Salah ke apa aku cakap?
Kawan: Tak lah macam tu. Ish. Susah betul nak fahamkan orang lain.
Aku: Tahu pun. Lagi-lagi kalau pagi-pagi macam ni ganggu aku tidur. Otak aku nak rehat tahu tak? 
Kawan: Haha. Sorry beb. Kau kan selalu ada untuk bestfriend kau ni.
Aku: Bestfriend konon. Aku bagi nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Kawan: Satu hari nanti aku akan jadi macam kau. Percayalah....
Aku: One fine day. Dont be so late for something you can do now. Slowly change from now. Kita nak masuk syurga sama-sama kan?
Kawan: Yes mam! 
Aku: Kau apa cerita dengan dia ni sebenarnya?
Kawan: Entah. Kau dah buat aku hilang point awal.
Aku: Bagus lah. Aku tak nak tahu pun sebenarnya. Kawan FB kau tu takda kaitan dengan aku. 
Kawan: Gila kejam.
Aku: Ada kau tengok jam sekarang pukul berapa? Kalau ajak aku bangun study tak pe gak.
Kawan: Haha. Bukan kau zombie ke?
Aku: Dah resign. Planning masa depan.Jaga kesihatan untuk generasi akan datang.
Kawan: Ayat kau dah macam naik roket. Susah aku nak faham.
Aku: Apa-apa je lah. Ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak aku nak off dulu.
Kawan: Last beb. Budak-budak ni dah ramai nak tunang. Kau bila lagi? Takkan dah anti tahap panda kot. Tak payah nak menanti cinta sangatlah kat tepi blog kau tu. Hahaha…
Aku: Kau.......
Tootttttt..tootttttt…tootttttttt…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...