Together we are...

Thursday, March 29, 2012

Sandal Untuk Mak dan Kasut Sukan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku ni memang suka berjalan. So memang pantang la kalau diajak. Kehkeh. Jadi petang tadi, lepas setlekan hal kat fakulti yang tak berapa nak setle, aku pun follow besties aku dan housemate dia pergi shopping+jalan2 kat Parkson dan Carrefour. Walhal, Sabtu lepas baru je jejak kaki kat BP Mall dengan kawan-kawan lain. Kuikui. Nak dijadikan cerita, memandangkan aku takda apa nak beli, memang saja berjalan je. So saja je lah tangan aku ringan nak capture beberapa gambar ni. Tapi layan 5 keping je lah ya.... >.<

Suhaira Seyra tengah pilih untuk emak tercinta sebagai hadiah sempena ulangtahun kelahiran 30 Mac ni. Selipar sendiri main tinggal je kat tengah-tengah laluan. (Su, hobi eh?Haha) And lastly Valentino Creations jadi pilihan. Dan aku, kalau bukan sebab wedges Leno dan kasut BUM yang dah ada kat bawah katil kat hostel dan 2 3 pasang lagi atas rak yang tak tahu nak pakai bila tu, dah lama juga aku bawa balik sepasang atau lebih. (Eh?) Nasib baik masih boleh kontrol tangan. Kihkih... Sebelum ni pun Su je yang beli wedges Polo. Aku jadi tukang tengok je. Peneman setia budak-budak ni shopping kan. Ngeh3~ Nak beli handbag pun tak lepas-lepas lagi. Masih terbayang beg Carlo Rino yang dah takda itu. Adehhhh!



Dan yang ni, memang susah nak pilih kasut sukan mana yang berkenan di hati. Aku capture gambar Fatin dalam diam yang bermacam-macam gaya pilih kasut (hehehe. jangan marah ya Fatin!) sebab time ni aku dah terasa letih dan penat menunggu sebab tak cukup rest plus tak makan dari pagi lagi. Just waffle je pengganti breakfast dan lunch. Tapi masih gatal nak pergi berjalan kan. Heh. Ohh. Yang nice nya sales girl berkomunikasi hanya dengan bahasa isyarat. Rasanya susah juga bagi orang normal macam aku yang tak pernah belajar bahasa isyarat ni nak memahami. Rasa bersyukur dikurniakan pancaindera yang sempurna. Terima kasih Allah.

Dan yang ni? Haha. Actually, masa pergi lagi dah perasan kereta lain macam je. Bila sampai je, tengok-tengok tayar depan kiri takda angin. Tapi be cool je. Hidup ni sentiasa ada dugaan kan? Tuan kereta pun dah pernah ada pengalaman since mula-mula drive dulu bila menjahanamkan tayar kereta ayah dia. Kihkih. So, dia dah mahir bab-bab begini. Pergi shopping dulu, balik baru cari kedai tayar. Rupanya skru terbenam kat tayar tu. Caj yang kena RM5 je. Aku pun tak tahu apa yang orang tu buat. Nak tanya pun memang tak lah. Kehkeh.

So, aku rasa tu je nak cerita. Macam pelik je aku rajin nak update entri ni. Ya, aku sendiri pelik kenapa aku tulis entri ni. Haha. Abaikan je lah. 
Korang dah habis baca pun. Tata~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...