Together we are...

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Saturday, April 21, 2012

Dua Laut Yang Tidak Bertemu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..



ciptaaan ALLAH s.w.t x ternilainya.

Inilah foto laut yang terletak di antara Maroko-Spanyol, iaitu pertemuan dua laut yang satu tawar dan satu lagi masin, namun tidak bercampur di antara keduanya, seolah-olah ada batas/dinding di antara kedua laut tersebut.

Inilah laut yang disebutkan di dalam Surat Ar-Rahman ayat 19-20:

“Allah ciptakan dua laut yg berdampingan yg satu tawar yg satu masin, dan antara keduanya ada batas yang tidak dapat dilampaui masing2 (Ar Rahman 19-20)”

sumber : facebook

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, April 17, 2012

Belajar memandu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Nad : Yani, nak belajar drive tak?
Yani : Ha? Takpelah. Aku pengguna pengangkutan awam yang sejati. Haha.
Nad : Konon lah. Jum lah, aku bosan lah.
Yani : Lah. Baik hati pulak nak ajar aku drive.
Nad : Senang nanti kau nak buat lesen. Lepas tu boleh suruh kau drive je. Kau kan memang suka berjalan.
Yani : Sebab tu lah aku tak belajar drive lagi sekarang. Karang memang serata dunia aku jelajah. Kihkih.
Nad : Kau memang. Ala..jum lah. Sekejap je. Bukan kau tak reti pun. Kena praktis je.
Yani : Sorry beb. Masih trauma!
Nad : Trauma? Kau biar betul.
Yani : Senyum tak perlu kata apa-apa.
Nad : Ohhh. Sebab tu lah tadi muka kau cuak je bila aku hampir-hampir langgar Wira tadi?
Yani : Heeeee...
Nad : Sampai macam tu sekali. Apa cerita?
Yani : Macam tu lah. Even aku duduk sebelah driver sekarang pun masih terbayang insiden tu, ni kau nak aku bawa kereta? Haih. Cari nahas. Karang sampai ke tua aku tak bawa kereta.
Nad : Gila punya trauma. Sikit je kot.
Yani : Entah. Sel saraf aku tak boleh stabil lagi. Haha.
Nad : Habis tu bila kau nak belajar memandu semula?
Yani : Tunggu aku dah ok bila duduk sebelah driver.
Nad : Bila tu?
Yani : Sebulan, setahun. Atau lepas aku dapat laki. Haha.
Nad : Kau pernah makan kasut saiz 6 tak?
Yani : Hahaha. Rileks lah. Gurau je. One fine day.

Monday, April 16, 2012

Sudah cukup sudah~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seminggu cuti dah berlalu. Dalam suka ada duka, dalam ketawa ada tangisan. Apapun, hidup kena diteruskan. Yang berlalu biarkan pergi. Yang mendatang, moga-moga mendapat keberkatan daripada Allah. Amin.

Naik cuti ni, test dan projek memang sedia menanti. Senyum tak perlu kata apa-apa. Gembira, dah tak sekelas dengan dia. Cuak, dengan subjek Data Communication and Networking. Benci, bila pakcik bas ganggu ketenteraman aku. Suka untuk sebab yang terlalu banyak. Hehehe. :)

Bila dah jauh, confirm rindu! Rindu pada family lah kan. Tadi abah hantar ke bus stand. Seronok! Thanks to Allah untuk kesihatan abah. Then, bila tengok video Afiq yang aku rakam, tersenyum sendirian kat sini. Durani je tak sempat jumpa sebab dia kat rumah wan dia. Kids always make me keep smiling. Bila lah nak dapat anak sendiri kan. Eh? Heeeeee...

Tak sabar nak balik rumah lagi walaupun baru datang sini. This June have wedding at home after 2 years from Kakya's weddings. Special month tu Jun. Ehek! Guess what? Hopefully, tahun ni boleh celebrate birthday kat rumah with ahli baru dalam family. Kak Sara, welcome to our family! Hihihi~

Love story? Tentang orang lain, aku masih bercerita dan mendengar. Macam biasa, nothing to tell you about mine. Hati yang tawar bertambah tawar. If I say like, it doesn't means love. If I say love, please make sure you know what kind of the love. But you guys, always misunderstanding it. Please, I'm not in love with anyone. Not even you yang kaya raya, kacak or what so ever yang lain. I'm not ready yet for love! Or maybe  I'm done with something called love. Haha. One fine day, I'll be in love again. But not now. I have aim for my life, to achieve my dreams, to fulfil my dreams. Friend is a friend. Lagi-lagi kalau dah terang-terang kau sekelas dengan aku atau muda dari aku, memang takdanya aku nak jatuh cinta kat kau. Okey, to be clear, I'm waiting for Encik Tulip. Descriptions tentang Encik Tulip tu, hanya orang-orang tertentu je yang tahu. Noktah!

Lagu One Direction bertajuk What Makes You Beautiful sentiasa kedengaran dari handphone roommate. Means? Malas nak fikir banyak. Adehhhhhh!

Kau dah berubah? Do I care? Yes, as a muslim. Tapi it's your choice. Do whatever you want! Moga dapat cari diri kau yang sebenar.

Header blog dah kena tukar baru. Dah tak sesuai kot dengan keadaan sekarang. Kakaka~

Medical check-up?? Entah bila nak buat. Zzzzzzzzzzzzzz.....

Tak susah pun nak melepaskan sesuatu bila hati dah nekad dan tekad!

##happy birthday Yen, my bestfriend forever! the third wish from me. hehehe... may Allah bless you always. sweet 22! dengan kau juga boleh gila2..no heart feelings and hard feelings! terbaiklah bro!

Saturday, April 14, 2012

Kau Selalu Tetap Tinggal Di Hatiku...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Encik Tulip : Be mine?
Aku : For the rest of my life ;)

"Kau nak tamatkan persahabatan korang. Tak sayangke?"
"Mestilah sayang. Tapi itu yang terbaik rasanya. Biarlah aku mengalah."
"Kenapa jadi macam tu?"
"Entah. Aku pun tak faham dan aku tak boleh nak faham kenapa."
"Sebab?"
"Aku tak tahu. I have no ideas why this happened suddenly."
"Kenapa tak tanya?"
"Dia tak tahu nak jelaskan macam mana."
"Eh? Habis tu, kau nak buat apa sekarang?"
"Nothing. Aku dah cuba perbaiki hubungan kami. Tapi dia senyap je."
"Bukan salah kau. Kau kawan terbaik yang aku pernah ada. Dia yang tak reti nak hargai kau."
"Aku bukan kawan yang baik. Kalau tak, masakan semua ni berlaku."
"Dah lah. Berhenti salahkan diri sendiri. Sama-sama salah faham. Tapi aku tengok kau tenang je."
"I know how to move on and looking forward. Dia yang ajar semua tu."
"Dia bencikan kau?"
"Entah. Aku harap tak."
"Kau maafkan dia selepas semua ni berlaku?"
"Aku tak pernah membenci dia. Tak pernah pun aku fikir semua ni terjadi. Rasa macam kepercayaan yang dibina selama ni hilang dalam sekelip mata."
"Tapi itu hakikat yang kau kena terima sekarang. Dia bukan lagi kawan kepercayaan kau."
"Tak. Dia tetap kawan kepercayaan aku. Mungkin ada sesuatu yang buatkan dia cakap macam tu. Tapi, biarlah aku kehilangan dia sekarang daripada aku hilang dia buat selamanya."
"Dia orang yang istimewa dalam hati kau walaupun kau cuba mengelak."
"I still keep my dad words. Pendirian aku pun tak berubah."
"Sure? Bukan ke selama ni, kalau ada salah faham macam ni, kau terus menjauh? Sekarang ada toleransi lak."
"Biar masa menentukan."
"Mengaku je lah..."
"Aku lebih sayangkan persahabatan daripada hubungan yang lebih daripada itu. Noktah!"
"Jangan ego sangat. Kau tak boleh sama kan dia dengan kisah lalu kau. Tolak pendirian tu kalau nak mencuba. Tak cuba tak tahu macam mana."
"Prevent is better than cure. Aku lebih faham hati aku."
"As you wish. Jangan sampai kau seksa perasaan kau dengan dia."
"Haha. Apa kes pula? Eh, come on lah. Dia siapa, aku siapa. Macam enggang dengan pipit. Aku sedar aku siapa. Tak layak untuk dia."
"Konon lah. Walhal, terseksa dalam diam sebab masing-masing takut nak meluahkan dan takut menyakiti."
"Gila!"
"Hahaha. Aku main-main je lah. Aku faham apa yang kau cuba elakkan. Aku cukup kenal kau. Dah lah. Daripada kau nak runsing-runsing, baik kau bersiap sekarang. Jom teman aku jalan-jalan dan shopping!"
"Cantik lah. Macam tahu je terapi ketenangan aku apa."
"Terapi ketenangan selepas al-Quran dan solat. Kan?"
"Yes my dear."
"Eh jap. Ni lagu apa?"
"Waktunya Cinta by Randy Pangalila."
"Kau..kau selalu tetap tinggal di hatiku... Hahaha..."
"Ada orang nak kena benam dalam lumpur ni. Weh!"
"Haha... Senyum tak perlu kata apa-apa. Ada jodoh tak ke mana."
"Senget!"
"Sweetnya Tengku Iskandar Tengku Mazlan."
"Ha?"
"Hero dalam novel Doktor Cinta ni lah. Yang kau lain macam sebut nama tengku ni kenapa?"
"Haha. Takda apa lah. Sensitif dengan nama berpangkat ni."
"Past is past beb. Jangan nak berdendam sangat lah. Dah setahun lebih pun berlalu."
"Lalala..Experienced like you never before. My heart will go on. Kihkih."
"Kau ke aku ni dah tak betul?"
"Dua-dua. Kata bestfriend! Yang terbaik selamanya bersama beb!"
"Bestfriend bermakna setia. Kan?"
"Haruslah. Walaupun ada kawan yang wayar tercabut macam kau ni, aku tetap sayangkan kau. Haha..."
"Hahaha. Gila kejam!"
"Senyum tak perlu kata apa-apa..."

Friday, April 13, 2012

Rapuh.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: life is hard, but you are strong enough to face it! :)

Thursday, April 12, 2012

Masa-masa terindah :)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kadang-kadang kita perlukan masa.
Masa untuk mengerti sesuatu perkara yang kita kurang pasti.
Dan aku pergi bukan kerana membenci; 
hanya mencari ketenangan diri.
* * * * * * * * *
Semalam keluar jalan-jalan, memenuhi hajat di hati untuk makan di Marrybrown Bera. Thanks a lot to Kaknor and askar-askar yang ikut. Ma pun join sekali. The best moments ever! Bukan senang nak makan ramai-ramai macam ni. Lagi-lagi sejak aku jadi perantau beberapa tahun ni, masa aku banyak dihabiskan dengan kawan-kawan je. Kuikui. Alhamdulillah, semalam aku balas keinginan aku selama ni. Maklumlah, lagipun first time aku jejak kaki di Marrybrown ni. Hehehe~
menu aku : 
 chicken porridge, vegetable salad, chicken burger, 
banana muffin, chick-o-rice, smiley potato dan pepsi.


Ma sangat terkejut ok! Haha. Nak buat macam mana, semalam tiba-tiba nafsu besar. Haih. Tak baik betul. Tapi, of course lah. Sharing is caring kan? Takdanya aku nak habiskan semua tu sendiri. Heeeee.



Niza, Kaknor, Adik dan Durani. Ma menghilangkan diri. Hehe.


Then, part paling aku suka kebelakangan ni. Shopping time!  Lagi-lagi bila ada orang bayarkan. Siapa lagi kalau tak ma tercinta. Hihi. Love you mum! :)



Langit yang indah. Well, aku suka memandang langit. Itu korang tolong ingat sampai bila-bila. Hehe. The most important reason is Allah is there. When I feel alone, I know actually I am not alone. Not forever alone coz I have HIM.




Ohhhh. Sangat comel rabbit2 ini. Membuatku tersenyum sendiri dan menghapuskan sepi di hati. (Eh?) Entah bila lah aku dapat bela sendiri mereka ini kan. Kihkih.






Dan di sini, aku belajar sesuatu tentang kehidupan. Kalau benar cinta, tentu mahu bersama hingga ke syurga. Kalau benar sayang, tentu mahu susah senang bersama. Mujur aku telah bentengkan hati sekuat mungkin dan pagarkan air mata dari mencurah ke bumi sewaktu mendengar kisah itu. Hehe. Apapun, semua itu akan jadi pengajaran dan iktibar untuk aku tempuh kehidupan kelak. Moga aku dan Encik Tulip dengan anak cucu nanti kekal bersama hingga ke JannahNYA. Amin.
* * * * * * * * *
Penat, letih bila kawan baik salah faham tentang kita.
Kita mula dari abc..dia faham dari zyx..
Dan aku terfikir, di mana kepercayaan selama ini?

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, April 10, 2012

Semalam punya cerita.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Having a mid-semester break for a week. But then, rasa macam tak cuti je. Assignment still di bawa pulang. Heh. Adat la kan dah namanya pelajar. Naik cuti nanti, 3 test dan 4 projek akhir sedia menanti. Belum lagi untuk final exam. Senyum, senyum dan senyum. Hehehe. 

Semalam ke dapur selepas 3 bulan. Hoh. Dah aku duduk hostel, mana la nak jumpa dapur kan. Kalau pergi kedai makan pun, tengok je dari jauh. Bukan masak pun. Kehkeh. But then, aku rasa memang betul alasan aku yang terbaik untuk tak kahwin lagi adalah sebab aku tak pandai masak. Hahaha. Sebabnya, aku buat cucur adabi segera tu tak menjadi. Kalau ikut ilustrasi paket tu, bulat-bulat. Aku buat jadi leper macam lempeng. Mujur je habis dimakan oleh keluarga. Kekeke... Tapi seriously memang mudah la kan kalau guna yang segera je. First time dalam hidup masak cucur segera macam tu. Padanlah kan tak menjadi. Boleh diterima tak alasan tu? Ngeh ngeh ngeh... Sebelum ni nak buat cucur ikan bilis atau seangkatan dengannya, semuanya dibikin sendiri. Ambil tepung, bubuh air. Tumbuk bawang dan ikan bilis atau yang berkenaan. Tambah garam. Gaul biar tepung dan lain-lain sebati dan campak dalam minyak atas dapur. Bentuk dia tak payah nak kisah sangat. Tak macam kalau guna yang adabi punya. Just tambah air dan terus masak. Eh, senangnya kan? Tapi, aku lebih prefer susah-susah untuk masak sesuatu makanan. Nikmat dia lain tau! :)

Kata kawan, aku semakin menyepi daripada semua. Aku dah tak macam dulu yang ceria-ceria selalu. Aku jadi bertambah perahsia dan dingin. Errrrrr. Harus ke aku broadcast perasaan dan life aku pada dunia?
Zzzzzzzzzzzzzzzz~

**terpaksa berhenti menulis sekarang. kepala makin berdenyut, ubat lak tertinggal kat hostel. plus Durani sibuk nak tengok lagu Burung Kakak Tua. Layan je lah anak buah yang manja ni. Aku kan Cikni yang baik hati. Kihkihkih...

Monday, April 09, 2012

Mencuba untuk gembira.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Banyak mana pun kelukaan dan kesedihan yang kita alami. 
Tapi hakikatnya...

Kita mampu untuk terus gembira dan bahagia!
Lihat kiri dan kanan, masih ada mereka yang menemani kita...
Walaupun mereka orang yang tidak pernah kita berasa penting sebelum ini.

Allah tutup satu pintu dan Dia buka satu pintu lain. Dan masih banyak pintu-pintu lain yang belum di buka. Tetap percaya dan yakin pada janjiNya.

Kehilangan amat menyakitkan, apatah lagi bila kehilangan orang yang kita sayang. Tapi di situlah gerbang ikhlas yang menuju JannahNya. Allah takkan uji manusia melainkan dia sanggup menghadapinya.

*entri khas buat seseorang.semoga tabah menghadapi ujian Allah*

LA TAHZAN. ALLAH BERSAMA KITA.

Tuesday, April 03, 2012

Kalau tak mampu buat orang lain gembira, lebih baik senyap.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 2.
Kalau tak mampu buat orang lain gembira, lebih baik senyap.

Alia : Kau dah ok ke?

Qistina : Bila masa aku tak nampak ok? Ketawa kecil.

Alia : I know you better Qis. Bahu Qistina dipegang lembut.

Qistina : Life goes on, moving forward. Kenapa kita tak jalan ke belakang? Sebab Allah dah tetapkan kita sentiasa berjalan ke depan. That’s me. You know me well right?

Alia mengangguk. Wajah Qistina dipandang, cuba mencari kepastian daripada nada suara itu.

Qistina : Aku tahu lah aku ni cun. Tak payah lah nak pandang macam tu. Rindu aku lah tu. 

Alia : Kau ada depan aku, nak rindu sebab apa lak. Lagi satu, kau tak cun pun.

Qistina : Sure? Ketawa kecil.

Alia : Yup! Tapi manis je bila tengok. Sebab tu ada orang jatuh hati dalam diam. Nak luah, kau jual mahal. Maklumlah tengah tunggu Encik Tulip kan…

Mereka ketawa serentak dan Qistina tiba-tiba diam.

Alia : Kenapa diam?

Qistina : Penat kan kadang-kadang menipu diri sendiri.

Alia : Maksud kau menjadi hipokrit?

Qistina : Hipokrit itu istilah untuk orang yang munafik. Aku tak rasa itu istilah yang sesuai.

Alia : Aku tak faham.

Qistina : Katakan kau tengah sedih, tapi kau pura-pura gembira depan kawan-kawan kau. Hipokrit ke macam tu?

Alia : Untuk mudah faham, ya. Itu namanya hipokrit. Hipokrit yang positif. Tersengih.

Qistina : Ada pula macam tu.

Alia : Tak kisah lah apa istilahnya pun. Apa yang kau cuba nak sampaikan sekarang? Mesti ada kaitan dengan life kau kan?

Qistina :  Kita berharap yang semua orang faham kita, tapi actually tak semua faham kita. Kalau ada pun mereka yang cuba untuk memahami. Itu sahaja.

Alia : Kita semua sama Qis. Ada hal-hal yang kita takkan pernah faham. Sebab sebaik-baik yang memahami hanya Dia di atas sana. Kita manusia biasa.

Qistina : Kadang-kadang kita yang tak nak orang lain memahami kita. Tak ke?

Alia : Macam kau. Ada masa mulut senang je bercerita. Tapi bila datang penyakit dia, dari Pahang ke Kedah boleh senyap membisu. Dalam 8 jam perjalanan, suara dia boleh dengar tak sampai sejam je.

Qistina: Sebab takda apa nak cakap, aku senyap je lah. Aku bukan peramah nak layan sebarangan orang. Tengok orang juga lah Cik Alia. Ramah biar bertempat.

Alia : Eleh. Kau memang macam tu. Tapi datang penyakit yang satu lagi, benda tak kelakar pun boleh diketawakan. Kau tu ada daya penarik tahu tak?

Qistina : Dah. Tak payah nak merepek.

Alia : Betul apa. Pensyarah bagi perhatian lebih. Pakcik bas pun boleh belanja twister oren. Abang kedai tu pun boleh kata kau kakak kepada adik dia yang comel tu. Untung keluar dengan kau ni.

Qistina : Heh. Orang berbudi kita berbahasa la. Bukan aku menggedik nak pun semua perhatian tu. It’s happened suddenly.

Alia : Gedik tu apa Qis? Ketawa.

Qistina : Gedik tu istilah yang sangat jauh dari aku. Tak ke?

Alia mengangguk. Memang faham pendirian sahabatnya itu.Tegas tapi sebenarnya hati lembut.

Alia : Back to the topic. Apa yang kau nak cuba sampaikan tadi?

Qistina : Tak bolehke, kalau tak boleh nak bagi ayat yang menyenangkan, janganlah pula menambahkan beban pada manusia tu. Kata-kata tu boleh  jadi pembunuh untuk jiwa yang sedang ada masalah. Sometimes silent is better treatment, right?

Alia : I smell something here. Just tell me.

Qistina : Aku penat. Letih dengan semua keadaan ni.

Alia : Give up dengan life ni. Macam tu maksud kau?

Qistina : Aku masih ada iman dan Allah. Islam sentiasa mengajar umatnya bersandar hanya kepada Dia. But for several things, yes I am give up. Untuk beberapa perkara lain, aku tengah berjuang untuk dapatkannya.

Alia : Apa yang kau nak perjuangkan?

Qistina : Kebahagiaan dan masa depan aku. Keukenhof sangat indah bila dipenuhi oleh tulip. Mendongak ke langit. Purnama sangat cantik dengan dikelilingi bintang-bintang.

Alia : Kau…

Qistina : Sometimes keep silent is the best things. Jum balik buat coding.

Alia : Dan kau tetap Qistina. Seorang yang kuat memendam perasaan. Lagi-lagi bila melibatkan perasaan kau.

Qistina : Buat apa nak hebahkan perasaan kita pada dunia? Ada sesetengah perkara boleh berkongsi. Aku nak simpan kisah hidup aku untuk Encik Tulip. Tersenyum.

Alia : Ok, aku cemburu dengan beliau.

Qistina : Ek eleh. Tolonglah Alia. Tak payah nak melankolik tahap romantikus sangat dengan aku.

Alia : Haha. Jum lah balik sebelum keluar istilah merepek daripada kau. Tapi aku nak rehat dulu dari buat coding boleh? Kita habiskan baca buku yang beli hari tu lah. Men From Mars, Woman From Venus.

Qistina : Jum! Aku tak kisah pun. Coding tu pun tinggal sikit je lagi nak siap. Submit pun lambat lagi.

Alia : Qis, bintang tetap ada kan walau di mana pun kau berdiri?

Qistina tersenyum dan mengangguk. Alia menurut langkah Qistina yang dah ke hadapan. Memang gadis itu terlalu banyak memendam perasaan sendiri. Hingga kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bila masa Qistina gembira kerana hidupnya atau gembira kerana kegembiraan orang lain. 


Monday, April 02, 2012

Kawan sepanjang zaman.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

budak hostel macam ni lah gayanya...

"kawan yang boleh berada pada waktu susah dan senang serta boleh makan berkongsi pinggan, itu namanya kawan sepanjang zaman."
-petikan ayat dalam Contengan Jalanan-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...