Together we are...

Tuesday, April 17, 2012

Belajar memandu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Nad : Yani, nak belajar drive tak?
Yani : Ha? Takpelah. Aku pengguna pengangkutan awam yang sejati. Haha.
Nad : Konon lah. Jum lah, aku bosan lah.
Yani : Lah. Baik hati pulak nak ajar aku drive.
Nad : Senang nanti kau nak buat lesen. Lepas tu boleh suruh kau drive je. Kau kan memang suka berjalan.
Yani : Sebab tu lah aku tak belajar drive lagi sekarang. Karang memang serata dunia aku jelajah. Kihkih.
Nad : Kau memang. Ala..jum lah. Sekejap je. Bukan kau tak reti pun. Kena praktis je.
Yani : Sorry beb. Masih trauma!
Nad : Trauma? Kau biar betul.
Yani : Senyum tak perlu kata apa-apa.
Nad : Ohhh. Sebab tu lah tadi muka kau cuak je bila aku hampir-hampir langgar Wira tadi?
Yani : Heeeee...
Nad : Sampai macam tu sekali. Apa cerita?
Yani : Macam tu lah. Even aku duduk sebelah driver sekarang pun masih terbayang insiden tu, ni kau nak aku bawa kereta? Haih. Cari nahas. Karang sampai ke tua aku tak bawa kereta.
Nad : Gila punya trauma. Sikit je kot.
Yani : Entah. Sel saraf aku tak boleh stabil lagi. Haha.
Nad : Habis tu bila kau nak belajar memandu semula?
Yani : Tunggu aku dah ok bila duduk sebelah driver.
Nad : Bila tu?
Yani : Sebulan, setahun. Atau lepas aku dapat laki. Haha.
Nad : Kau pernah makan kasut saiz 6 tak?
Yani : Hahaha. Rileks lah. Gurau je. One fine day.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...