Together we are...

Tuesday, April 03, 2012

Kalau tak mampu buat orang lain gembira, lebih baik senyap.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 2.
Kalau tak mampu buat orang lain gembira, lebih baik senyap.

Alia : Kau dah ok ke?

Qistina : Bila masa aku tak nampak ok? Ketawa kecil.

Alia : I know you better Qis. Bahu Qistina dipegang lembut.

Qistina : Life goes on, moving forward. Kenapa kita tak jalan ke belakang? Sebab Allah dah tetapkan kita sentiasa berjalan ke depan. That’s me. You know me well right?

Alia mengangguk. Wajah Qistina dipandang, cuba mencari kepastian daripada nada suara itu.

Qistina : Aku tahu lah aku ni cun. Tak payah lah nak pandang macam tu. Rindu aku lah tu. 

Alia : Kau ada depan aku, nak rindu sebab apa lak. Lagi satu, kau tak cun pun.

Qistina : Sure? Ketawa kecil.

Alia : Yup! Tapi manis je bila tengok. Sebab tu ada orang jatuh hati dalam diam. Nak luah, kau jual mahal. Maklumlah tengah tunggu Encik Tulip kan…

Mereka ketawa serentak dan Qistina tiba-tiba diam.

Alia : Kenapa diam?

Qistina : Penat kan kadang-kadang menipu diri sendiri.

Alia : Maksud kau menjadi hipokrit?

Qistina : Hipokrit itu istilah untuk orang yang munafik. Aku tak rasa itu istilah yang sesuai.

Alia : Aku tak faham.

Qistina : Katakan kau tengah sedih, tapi kau pura-pura gembira depan kawan-kawan kau. Hipokrit ke macam tu?

Alia : Untuk mudah faham, ya. Itu namanya hipokrit. Hipokrit yang positif. Tersengih.

Qistina : Ada pula macam tu.

Alia : Tak kisah lah apa istilahnya pun. Apa yang kau cuba nak sampaikan sekarang? Mesti ada kaitan dengan life kau kan?

Qistina :  Kita berharap yang semua orang faham kita, tapi actually tak semua faham kita. Kalau ada pun mereka yang cuba untuk memahami. Itu sahaja.

Alia : Kita semua sama Qis. Ada hal-hal yang kita takkan pernah faham. Sebab sebaik-baik yang memahami hanya Dia di atas sana. Kita manusia biasa.

Qistina : Kadang-kadang kita yang tak nak orang lain memahami kita. Tak ke?

Alia : Macam kau. Ada masa mulut senang je bercerita. Tapi bila datang penyakit dia, dari Pahang ke Kedah boleh senyap membisu. Dalam 8 jam perjalanan, suara dia boleh dengar tak sampai sejam je.

Qistina: Sebab takda apa nak cakap, aku senyap je lah. Aku bukan peramah nak layan sebarangan orang. Tengok orang juga lah Cik Alia. Ramah biar bertempat.

Alia : Eleh. Kau memang macam tu. Tapi datang penyakit yang satu lagi, benda tak kelakar pun boleh diketawakan. Kau tu ada daya penarik tahu tak?

Qistina : Dah. Tak payah nak merepek.

Alia : Betul apa. Pensyarah bagi perhatian lebih. Pakcik bas pun boleh belanja twister oren. Abang kedai tu pun boleh kata kau kakak kepada adik dia yang comel tu. Untung keluar dengan kau ni.

Qistina : Heh. Orang berbudi kita berbahasa la. Bukan aku menggedik nak pun semua perhatian tu. It’s happened suddenly.

Alia : Gedik tu apa Qis? Ketawa.

Qistina : Gedik tu istilah yang sangat jauh dari aku. Tak ke?

Alia mengangguk. Memang faham pendirian sahabatnya itu.Tegas tapi sebenarnya hati lembut.

Alia : Back to the topic. Apa yang kau nak cuba sampaikan tadi?

Qistina : Tak bolehke, kalau tak boleh nak bagi ayat yang menyenangkan, janganlah pula menambahkan beban pada manusia tu. Kata-kata tu boleh  jadi pembunuh untuk jiwa yang sedang ada masalah. Sometimes silent is better treatment, right?

Alia : I smell something here. Just tell me.

Qistina : Aku penat. Letih dengan semua keadaan ni.

Alia : Give up dengan life ni. Macam tu maksud kau?

Qistina : Aku masih ada iman dan Allah. Islam sentiasa mengajar umatnya bersandar hanya kepada Dia. But for several things, yes I am give up. Untuk beberapa perkara lain, aku tengah berjuang untuk dapatkannya.

Alia : Apa yang kau nak perjuangkan?

Qistina : Kebahagiaan dan masa depan aku. Keukenhof sangat indah bila dipenuhi oleh tulip. Mendongak ke langit. Purnama sangat cantik dengan dikelilingi bintang-bintang.

Alia : Kau…

Qistina : Sometimes keep silent is the best things. Jum balik buat coding.

Alia : Dan kau tetap Qistina. Seorang yang kuat memendam perasaan. Lagi-lagi bila melibatkan perasaan kau.

Qistina : Buat apa nak hebahkan perasaan kita pada dunia? Ada sesetengah perkara boleh berkongsi. Aku nak simpan kisah hidup aku untuk Encik Tulip. Tersenyum.

Alia : Ok, aku cemburu dengan beliau.

Qistina : Ek eleh. Tolonglah Alia. Tak payah nak melankolik tahap romantikus sangat dengan aku.

Alia : Haha. Jum lah balik sebelum keluar istilah merepek daripada kau. Tapi aku nak rehat dulu dari buat coding boleh? Kita habiskan baca buku yang beli hari tu lah. Men From Mars, Woman From Venus.

Qistina : Jum! Aku tak kisah pun. Coding tu pun tinggal sikit je lagi nak siap. Submit pun lambat lagi.

Alia : Qis, bintang tetap ada kan walau di mana pun kau berdiri?

Qistina tersenyum dan mengangguk. Alia menurut langkah Qistina yang dah ke hadapan. Memang gadis itu terlalu banyak memendam perasaan sendiri. Hingga kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bila masa Qistina gembira kerana hidupnya atau gembira kerana kegembiraan orang lain. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...