Together we are...

Saturday, April 14, 2012

Kau Selalu Tetap Tinggal Di Hatiku...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Encik Tulip : Be mine?
Aku : For the rest of my life ;)

"Kau nak tamatkan persahabatan korang. Tak sayangke?"
"Mestilah sayang. Tapi itu yang terbaik rasanya. Biarlah aku mengalah."
"Kenapa jadi macam tu?"
"Entah. Aku pun tak faham dan aku tak boleh nak faham kenapa."
"Sebab?"
"Aku tak tahu. I have no ideas why this happened suddenly."
"Kenapa tak tanya?"
"Dia tak tahu nak jelaskan macam mana."
"Eh? Habis tu, kau nak buat apa sekarang?"
"Nothing. Aku dah cuba perbaiki hubungan kami. Tapi dia senyap je."
"Bukan salah kau. Kau kawan terbaik yang aku pernah ada. Dia yang tak reti nak hargai kau."
"Aku bukan kawan yang baik. Kalau tak, masakan semua ni berlaku."
"Dah lah. Berhenti salahkan diri sendiri. Sama-sama salah faham. Tapi aku tengok kau tenang je."
"I know how to move on and looking forward. Dia yang ajar semua tu."
"Dia bencikan kau?"
"Entah. Aku harap tak."
"Kau maafkan dia selepas semua ni berlaku?"
"Aku tak pernah membenci dia. Tak pernah pun aku fikir semua ni terjadi. Rasa macam kepercayaan yang dibina selama ni hilang dalam sekelip mata."
"Tapi itu hakikat yang kau kena terima sekarang. Dia bukan lagi kawan kepercayaan kau."
"Tak. Dia tetap kawan kepercayaan aku. Mungkin ada sesuatu yang buatkan dia cakap macam tu. Tapi, biarlah aku kehilangan dia sekarang daripada aku hilang dia buat selamanya."
"Dia orang yang istimewa dalam hati kau walaupun kau cuba mengelak."
"I still keep my dad words. Pendirian aku pun tak berubah."
"Sure? Bukan ke selama ni, kalau ada salah faham macam ni, kau terus menjauh? Sekarang ada toleransi lak."
"Biar masa menentukan."
"Mengaku je lah..."
"Aku lebih sayangkan persahabatan daripada hubungan yang lebih daripada itu. Noktah!"
"Jangan ego sangat. Kau tak boleh sama kan dia dengan kisah lalu kau. Tolak pendirian tu kalau nak mencuba. Tak cuba tak tahu macam mana."
"Prevent is better than cure. Aku lebih faham hati aku."
"As you wish. Jangan sampai kau seksa perasaan kau dengan dia."
"Haha. Apa kes pula? Eh, come on lah. Dia siapa, aku siapa. Macam enggang dengan pipit. Aku sedar aku siapa. Tak layak untuk dia."
"Konon lah. Walhal, terseksa dalam diam sebab masing-masing takut nak meluahkan dan takut menyakiti."
"Gila!"
"Hahaha. Aku main-main je lah. Aku faham apa yang kau cuba elakkan. Aku cukup kenal kau. Dah lah. Daripada kau nak runsing-runsing, baik kau bersiap sekarang. Jom teman aku jalan-jalan dan shopping!"
"Cantik lah. Macam tahu je terapi ketenangan aku apa."
"Terapi ketenangan selepas al-Quran dan solat. Kan?"
"Yes my dear."
"Eh jap. Ni lagu apa?"
"Waktunya Cinta by Randy Pangalila."
"Kau..kau selalu tetap tinggal di hatiku... Hahaha..."
"Ada orang nak kena benam dalam lumpur ni. Weh!"
"Haha... Senyum tak perlu kata apa-apa. Ada jodoh tak ke mana."
"Senget!"
"Sweetnya Tengku Iskandar Tengku Mazlan."
"Ha?"
"Hero dalam novel Doktor Cinta ni lah. Yang kau lain macam sebut nama tengku ni kenapa?"
"Haha. Takda apa lah. Sensitif dengan nama berpangkat ni."
"Past is past beb. Jangan nak berdendam sangat lah. Dah setahun lebih pun berlalu."
"Lalala..Experienced like you never before. My heart will go on. Kihkih."
"Kau ke aku ni dah tak betul?"
"Dua-dua. Kata bestfriend! Yang terbaik selamanya bersama beb!"
"Bestfriend bermakna setia. Kan?"
"Haruslah. Walaupun ada kawan yang wayar tercabut macam kau ni, aku tetap sayangkan kau. Haha..."
"Hahaha. Gila kejam!"
"Senyum tak perlu kata apa-apa..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...