Together we are...

Tuesday, April 10, 2012

Semalam punya cerita.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Having a mid-semester break for a week. But then, rasa macam tak cuti je. Assignment still di bawa pulang. Heh. Adat la kan dah namanya pelajar. Naik cuti nanti, 3 test dan 4 projek akhir sedia menanti. Belum lagi untuk final exam. Senyum, senyum dan senyum. Hehehe. 

Semalam ke dapur selepas 3 bulan. Hoh. Dah aku duduk hostel, mana la nak jumpa dapur kan. Kalau pergi kedai makan pun, tengok je dari jauh. Bukan masak pun. Kehkeh. But then, aku rasa memang betul alasan aku yang terbaik untuk tak kahwin lagi adalah sebab aku tak pandai masak. Hahaha. Sebabnya, aku buat cucur adabi segera tu tak menjadi. Kalau ikut ilustrasi paket tu, bulat-bulat. Aku buat jadi leper macam lempeng. Mujur je habis dimakan oleh keluarga. Kekeke... Tapi seriously memang mudah la kan kalau guna yang segera je. First time dalam hidup masak cucur segera macam tu. Padanlah kan tak menjadi. Boleh diterima tak alasan tu? Ngeh ngeh ngeh... Sebelum ni nak buat cucur ikan bilis atau seangkatan dengannya, semuanya dibikin sendiri. Ambil tepung, bubuh air. Tumbuk bawang dan ikan bilis atau yang berkenaan. Tambah garam. Gaul biar tepung dan lain-lain sebati dan campak dalam minyak atas dapur. Bentuk dia tak payah nak kisah sangat. Tak macam kalau guna yang adabi punya. Just tambah air dan terus masak. Eh, senangnya kan? Tapi, aku lebih prefer susah-susah untuk masak sesuatu makanan. Nikmat dia lain tau! :)

Kata kawan, aku semakin menyepi daripada semua. Aku dah tak macam dulu yang ceria-ceria selalu. Aku jadi bertambah perahsia dan dingin. Errrrrr. Harus ke aku broadcast perasaan dan life aku pada dunia?
Zzzzzzzzzzzzzzzz~

**terpaksa berhenti menulis sekarang. kepala makin berdenyut, ubat lak tertinggal kat hostel. plus Durani sibuk nak tengok lagu Burung Kakak Tua. Layan je lah anak buah yang manja ni. Aku kan Cikni yang baik hati. Kihkihkih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...