Together we are...

Thursday, May 31, 2012

Jun yang istimewa.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

1 Jun - it's begin. study, revision
7 Jun - balik Pahang/study
8 Jun - ke Perak dengan keluarga/study
9 Jun - kenduri rumah perempuan & balik Pahang/study
10 Jun - balik Johor/study
12,13,14,15 Jun - final exam/study
15 Jun - balik Pahang/study
16 Jun - kenduri kat rumah/study
17 Jun - balik Johor/study
18 Jun - my special day/study
19 Jun - last day final exam/study
20 @ 21 Jun - balik Pahang, cuti semester (^.^)Y
.
.
.
.
.
2 Julai - semester pendek bermula -.-


adakah impian akan jadi kenyataan...? 
hanya padaMu Ya Allah ku berdoa dan berharap...

Wednesday, May 30, 2012

Pergi Selamanya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu

hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku

hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku

Wednesday, May 09, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, May 01, 2012

Sakit selepas diberi nikmat sihat. Waktu susah bila masa senang dah habis.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Just lay on the bed. Sambil nangis diam-diam nyorok bawah selimut.
Tubuh yang sangat lemah sekarang. Aku pun tak tahu kenapa. Hari tu, minum float seawal jam 10 pagi, then kesannya hingga ke malam. Sakit perut spin tahap mesin basuh separuh auto. Aku tahu tu memang salah aku sebab minum float tanpa makan nasi terlebih dahulu. Tapi sebelum tu aku dah makan hotdog roll kot as breakfast. Sebelum ni ok je rasanya main hentam je makan.
See, sangat sensitif terhadap some foods now. Sobs~
Ahad baru-baru ni, join program hostel dalam bilik yang ada kipas, tingkap terbuka. Masuk dalam air cond sekejap, then keluar ke suhu bilik. Dari pagi hingga ke petang. At the end of the program, kepala aku dah mula pening, badan dah mula panas. Sampai bilik, solat asar, mandi dan aku terus tidur. Bangun solat Maghrib, tunggu Isyak dan sambung tidur. Sakit kepala yang amat. Jam 1.30pagi bangun siapkan lab assignment. Until now, kesan dia masih ada bila aku jalan bawah terik panas. Semakin sensitif nampaknya tubuh aku ini. Kalaulah abah, ma dan seisi rumah kat Pahang tahu, tentu saja aku dikatakan makin manja dan mengada sejak tinggal jauh ni. Haha. Mudah sangat jatuh sakit sekarang sejak duduk jauh ni. Sobs~ Now, yang manja itu adik bongsu aku tu je. Ye lah, anak last kan. Perempuan pula tu. Memang mengada lebih sikit berbanding orang lain. Kihkih~ Pe lagi, walaupun tahu pain killer tu tak baik selalu ambil, tapi aku telan juga. Tak nak bergantung pada ubat, tapi terpaksa juga. Sebab dah tak tahan sangat. Tadi berhajat nak ke PKU. Tapi terlupa lepas balik dari fakulti. Plus, aku rasa malas nak berdepan dengan doktor atau pegawai kesihatan kat situ. Maka, kaki melangkah ke Pasaraya Mega kat depan tu beli Panadol Actifast satu papan. Bak kata Ikin, tak baik untuk kesihatan. Yup, aku tahu tu. Tapi untuk persediaan je pun. Aku pun semakin malas nak makan ubat. DR-II tu pun tak habis lagi minum, yang sepatutnya habis dua bulan lepas. Erk! Andai Kaknor tahu, tentu dibebelnya aku. Kuikui. 

Diam itu punya makna tertentu. Sepi itu bicara yang tak semua mengerti.
Kata Hajar dan Ira, bila aku sakit, senang nampak perubahan kat muka, nampak teruk sangat. Macam lah malam semalam. Aku tersengih kelat bila dengar mereka cakap macam tu. Sampai macam tu sekali orang boleh tengok perubahan muka aku sekarang? Aku tak tahu nak cakap apa. Rasanya roommate semester lepas takda lak mention sampai macam tu sekali. Cuma bila mereka nampak aku tidur berstokin tahulah aku tak sihat waktu tu. Tapi sekarang? Senyum je lah. Aku masih boleh bertahan, hari semalam pun masih boleh berpuasa. Konklusi aku, mungkin sebab aku sentiasa ketawa dan tersenyum (konon.haha), maka sebarang perubahan riak muka aku memberi tafsiran berbeza pada yang melihat. Kata Hajar sebelum ni, aku memang suka memendam perasaan bila ada masalah. Lebih suka diam. Yup, aku rasa ada perkara perlu share dengan people, dan ada perkara aku tak kuat untuk ceritakan pada orang lain walaupun masih ada insan yang jauh mengetahuinya. Maaf pada yang berkenaan. Sememangnya aku cuba untuk menyimpan segalanya sendiri hingga aku bertemu Encik Tulip kelak. Kenapa dia? Sebab dia adalah soulmate aku. Hihihi~
One fine day, insyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:
 "Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya".
 (Riwayat Bukhari)

Bila dah sakit ni, memang rasa hargai sangat-sangat masa sihat. Sebab kita tak tahu umur kita sampai bila. Sekurang-kurangnya bila sakit, sedikit sebanyak dosa-dosa kita dihapuskan. Kalau bukan dosa besar, mungkin dosa yang kecil. Harap-harap begitulah yang terjadi pada aku dan ringan pertimbangan di akhirat kelak. Amin. Bila berpuasa masa kurang sihat ni, sepenuh pengharapan memang diserahkan kepadaNYA. Terasa nikmat di situ. Hidup dan mati kerana ALLAH. Dan masa ni lah aku perlu tambahkan amal ibadah aku. Masih belum layak untuk menghuni JannahNYA. Aku insan kerdil dan hina yang masih banyak khilaf.

"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit.
 Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa."

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.

Encik Tulip? ;)
Aku harap sakit ini tidak berlarutan. Aku harap sakit ini teguran dan peringatan untuk aku supaya lebih menjaga kesihatan dan sentiasa dekat denganNYA. Aku teringat ayat Dr.Saidatul, bila kita sakit mulalah kita nak fikir macam-macam. Walhal sebelum ni kita tak fikir pun dan boleh je jalani hidup seharian macam biasa. Takda pun kita nak risau tentang penyakit yang kita alami tu. Dalam erti kata lain, hidup ni kena sentiasa positif. Jangan terlalu risau dan menutup kegembiraan yang masih boleh kita jalani. Hajat di hati memang nak buat medical check-up seperti yang disuggestkan oleh si teman doctor-to-be tu tapi entahlah. Aku tak tahu nak cakap apa. Sooner I will come to see the doctor. Mana lah tahu bakal suami nanti aka Encik Tulip is a medical doctor kan. Hari-hari jumpa, dapat rawatan free lagi tu. Harharhar... Day dreaming girl!

Kepada yang berada nun jauh di sana, saya minta maaf mengingkari nasihat anda. Dah banyak kali tidur lambat. Kata Hana tadi betul, mungkin aku lewat tidur kebelakangan ni menyebabkan aku mudah sakit kepala. Tak cukup tidur hingga aku bau nescafe roommate aku  buat pun rasa nak pitam. Betapa alahnya aku pada bau tu bila aku sakit kepala. Maklumlah dah bertahun tak minum nescafe dan kopi. Boleh bilang dengan jari berapa kali aku minum. Tu pun cuma seteguk dua. Tak sampai 10 kali dalam tempoh melebihi 5 tahun ini. Dan aku baru tahu kenapa lepas makan Papparoti aku rasa semacam. Rasanya perasa dalam tu adalah kopi atau seangkatan dengannya. My fault.

Bestfriend bermakna setia. Yang terbaik selamanya akan bersama.
Now, dah late untuk aku. Hampir 5 pagi dan aku masih berjaga untuk siapkan entri ni. Memang banyak entri aku tertangguh tanpa ending. Sama macam cerpen-cerpen aku. No ending. Sebab aku tak tahu nak letak ending macam mana. Maybe kena ubah storyline dan berusaha untuk menyiapkan cerpen-cerpen tersebut. Btw, Eja dah suruh aku buat novel. Tentang life dia. Kehkeh~ Cerpen tu pun banyak tak siap, nak buat novel? Alahai...
 Entah berapa tahun nak siap tu. Haha~

Dah namanya persahabatan, tentu saja berlaku salah faham. And I hate my instinct when it became true for something I won't. Aku betul-betul maksudkannya. Sebab sekarang aku mengalaminya. Aku fikir kisah tu dah lama tamat dan berakhir. Aku tak faham dia lakukan untuk apa, tapi aku sangat terganggu dengan keadaan ini. Dia cakap tak kisah. At the end, dia juga yang mengungkit. Dia membuat aku merasakan aku seorang pesalah. Sungguh aku tidak mengerti situasi ini. Hakikatnya, life goes on dan aku tak kan menoleh belakang untuk merasai kekecewaan dan kepedihan masa lalu. Sebab it's useless. Future life is waiting for us. And I know already how to move on!

Busy with life as university student and facing real life!
Aku dah sampai ke penghujung entri. Seriously, aku tak tahu bila pula aku akan menulis entri seterusnya. Kekangan masa dan tuntutan seorang mahasiswi mengatasi segalanya, walaupun aku sentiasa menghadap lappy dan bermukabuku. Maka aku tulis panjang lebar untuk entri kali ini supaya korang yang membaca tahu ketidak-aktifan aku di sini selalu hingga tak sempat nak reply chat kalian di box sebelah mahupun edit layout blog ni agar lebih awesome. Aku bukan blogger tegar yang setiap hari ada entri baru. Aku menulis bila aku rasa perlu dan free. Dan kadang-kadang entri aku kekal sebagai draf je. My bad. Anyway, thanks to all readers and keep support my blog yang tak seberapa nak cantik ni. Hehe~ Fyi, I still blogwalking to your blog.

Kepada Miss Nusafara, thanks diucapkan untuk pujian nama Encik Tulip tu. (betul ke pujian?haha.tak kisahlah.tapi thanks k cikgu!) Aku pun tak tahu dari mana datangnya Encik Tulip ni. Asalnya letak kat Menanti Cinta sebelah kanan ni MyHoneyStar, tapi rasa nama Encik Tulip ni lebih sedap disebut. Kehkeh. So, i'm waiting for that man. Dear Encik Tulip, jangan lama sangat datang jumpa saya. Kihkihkih~ Abang Mi nikah Jun ni, then Abang Ijan. Lepas tu giliran aku. Wahaha.. Dah tak lama giliran aku nampaknya. Apapun, habiskan study dulu. Ada jodoh tak ke mana kan? =)

Ok, stop now. It's too late already. Before I end my writing, Happy Labour Day pada warga yang berkerja. Dan kepada diri aku sendiri, selamat menyiapkan assignment Database yang perlu kena hantar esok hari. Ngeh3~ 

Kejar 5 perkara sebelum 5 perkara.

Minta izin diri dulu. Assalamualaikum.

Biar mimpi sampai ke bintang. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...