Together we are...

Wednesday, June 20, 2012

Sweet 22 ^__^

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Alhamdulillah, pada tanggal 18 Jun 1990 pada 6.54pm lahir seorang anak kecil yang kini dah berumur 22 tahun pada 18 Jun 2012. Sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas anugerah yang tidak ternilai harganya iaitu iman dan islam. Moga diri ini sentiasa berada di bawah rahmatNYA. Special thanks buat keluarga terutama ma & abah untuk segala-galanya sepanjang tempoh ini dan juga sahabat-sahabat yang tetap setia menemani hingga ke saat ini di saat ada insan yang datang dan pergi. Terima kasih untuk segala ucapan yang diberikan. Hakikatnya semakin meningkat usia, semakin kematian datang menghampiri. Moga kita semua sentiasa diberkati olehNYA. Amin." [facebook]


Sehari sebelum birthday. Masa ni kat rumah dan jam 12 tengahari dah kena balik Johor. Kek tu sebenarnya kek kahwin abang aku. Ada dua; satu dah habis, lagi satu dapat ke aku. Haha. Nice! Pagi2 lagi dah celebrate dengan family. Siap guna pedang panjang lagi tu. =)
 

Birthday cake in advanced!


Hadiah daripada elf~ Sangat comel ok!


Lepas ni Yaya menemani aku lah. Hehe~
 Mungkin boleh dikatakan aku peminat siri boboiboy sekarang. Harharhar~


Habis paper akhir, keluar ke terminal BP cari tiket. Then jalan kat BP Mall sorang-sorang. Beli buku kat Popular, balik petang tu makan-makan dengan mereka bertiga. All in 1. Hajar dah nak balik kampung lebih awal daripada semua, exam dah nak habis, cuti semester dah nak bermula. dan merangkap meraikan birthday aku, konon. Kihkih.

Kenangan manis. Masing-masing tengah cover ketawa. Ada sesuatu yang lucu saat ni. Hehe. A day after my birthday. Sebab masa birthday aku tu, hanya bertapa dalam bilik dengan nota-nota untuk last paper pagi 19 Jun dengan ditemani ucapan2 di facebook dan bff melalui phone.
kawan kepercayaan, mana awak hari tu?? sobs~



 Hajar-aku-Fiza-Ira

Hakikatnya, angka 22 memberi satu makna yang mendalam buat diri aku khususnya. Apa yang aku harapkan di saat menjelang umur aku 22 tahun ini biarlah Allah yang tahu. Hanya pada DIA yang boleh aku pinta. Dengan berbekalkan semangat dan dorongan mereka yang bergelar sahabat, aku tahu hidup ini adalah satu perjuangan. Satu perjuangan menuju syurganya!


“Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. 
Frame the yesteryear” -Hlovate

"We live today,but we stand on yesterday,and we step on tomorrow.
Find a balance."-Hlovate


** it hard when you know that you need to let go but you can't because you're still waiting for the impossible to happen.pergilah sepi.pergilah kenangan.aku izinkan kau berlalu pergi selamanya!

Tuesday, June 05, 2012

Durian.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Just got this picture from big brother. Haha~ 

Semuanya gara-gara post gambar-gambar kat facebook tapi tak jumpa cari gambar durian. Bila tengok gambar ni, memang lagi membuatkan aku nak balik rumah. Tapi tak risau sangat. Kali ni, insyaAllah aku dapat makan durian fresh dari ladang. Hehehe~ 

Semester break just around the corner..Yippie!
exam tak start lagi lah.dah fikir cuti kan.haha!

Masih ingat lagi ayat abah.
Tanam pokok durian bukan untuk orang lain. Untuk kami semua juga.
Yes, I am really thanks to abah for that!
Sebab selama aku hidup, durian abah tetap the best ever.
Makan durian lain pun rasanya lain dan tak berapa best. Hehe.


Gambar lama : Aliff Aimman is watching the durians.

Dugaan dan optimistik.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dugaan datang silih berganti.
But my friends said,
I'm strong enough to face it.
Allah already chose me.
So, I should be happy because I'm the special one.
Tiada hal yang lebih besar selain kisah penghujung 2010.
Setahun membina kekuatan selepas itu, 
akhirnya aku boleh optimis dalam setiap perkara yang berlaku.

Tiada manusia yang tak sedih dan kecewa.
Tapi sejauh mana sikap kita dalam menangani dua perkara itu.
Menjadi positif untuk perkara negatif bukan mudah,
apatah lagi jika tiada kekuatan dan kepercayaan.
Tapi kita kena yakin Allah ada di setiap apa yang berlaku.
Dan hanya serahkan pada DIA,
insyaAllah semuanya akan kembali seperti sediakala.

KITA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG PALING ISTIMEWA!

##mereka melihat aku seorang yang happy-go-lucky dan tak boleh terima kalau aku senyap hinggakan aku tak reti untuk tidak gembira depan mereka semua =)

Monday, June 04, 2012

Faham.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

macam mana orang lain nak faham kita,
kalau kita sendiri tak faham diri kita?
tutup buku. off lappy. pejamkan mata.
terlalu banyak fikir boleh menjejaskan kesihatan.


##tunggu dia untuk free.tapi entah bila.i'm give up -.-

Friday, June 01, 2012

mode : STUDY + kenduri kahwin

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bila abang dah nak kahwin minggu depan,
jiran sebelah rumah merangkap kawan masa kecil dah nak kahwin esok,
anak sepupu dah selamat menjadi seorang suami minggu lepas,
memang jauh di dasar hati terdetak,
bila pula turn aku?
Kemudian tersenyum sendiri.
One fine day, insyaAllah.
Tak payah gelojoh, tak payah jadi desperate,
jodoh kita dah ditetapkan.
Tapi ada pula suara-suara di kejauhan yang bertanya.
Kalau tak cari, mana nak jumpa?
Aku mengukir senyuman walaupun mereka tidak melihat.
Dan hanya membiarkan persoalan mereka tidak berjawab.
Hanya perbualan dengan seorang kawan baik terimbas kembali.

Kawan : Tak jumpa ke calon suami kat universiti?
Aku : Semester satu dulu aku rasa macam ya. Tapi dia cuma lelaki yang salah yang aku jumpa. Ketawa.
Kawan : Dan sekarang dah nak masuk tahun akhir? Tak nak mencari?
Aku : Geleng kepala. Bila Allah nak temukan, kita tak mencari pun dia akan hadir sendiri depan kita.
Kawan : Positif. Dan menarik!
Aku : Hakikat. Bukan takda lelaki yang aku jumpa kat uni,library,fakulti,hostel pun depan hostel lelaki, tapi kat hati ni takda feel apa-apa. Senyap je! 
Kawan : Tunggu someone kot...?
Aku : Maybe, dia yang menunggu masa yang sesuai nak melamar aku. Ketawa kecil.
Kawan : Kau memang. Depan mata buat tak nampak, yang jauh dirindui.
Aku : Aku merindui dia yang akan jadi suami aku. Dan manalah aku tahu siapa dia. Boleh jadi dekat, boleh jadi jauh. Semua tu kerja Allah.
Kawan : Tu maksud aku.
Aku : Eceh.
Kawan : Tapi boleh ke rindu orang yang tak kenal?
Aku : Boleh je kalau dengan aku. Ketawa.
Kawan : Ketawa. Sebab tu kau ni pelik.
Aku : Lagi pelik kau, kan?
Kawan : Sebab?
Aku : Tunggu suami orang. Kalau duda tu boleh kira juga.
Kawan : Weh! Aku main-main je lah. Masa tu aku tak dengar soalan. Ketawa.
Aku : Tahu gelabah. Just kidding dear. Ok lah. Aku nak study tok final. Nanti talking talking lagi eh.
Kawan : Orait, as you wish. Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam wbt...

And now,
baru lepas tengok gambar kahwin dengan Efa. Berubah amat muka si perempuan sebelum dan selepas make up. Seri pengantin katanya. Dan Efa kata tak sabarnya nak kahwin. Haha. Dah namanya perempuan..memang mengimpikan sebuah perkahwinan yang boleh diabadikan sampai bila-bila. Bohonglah kalau takda rasa nak kahwin macam orang lain. Tu sesuatu yang normal. Cuma masih ada yang tipikal minded. ZzzZzzzzzzzz...

mode : STUDY + kenduri kahwin
bila penat menelaah, teringat rumah. membayangkan semua busy menyiapkan persiapan kahwin abang. pastu gatal fikir, agaknya time aku nanti macam mana ekk? haha. sambung study...abcdefghijklmnopqrstuvwxyz...12345678910...alif ba ta sa jim ha....

##kalau aku make-up macam artis tu kan, agak-agak macam mana ya rupa aku? haha~ dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...