Together we are...

Friday, June 01, 2012

mode : STUDY + kenduri kahwin

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bila abang dah nak kahwin minggu depan,
jiran sebelah rumah merangkap kawan masa kecil dah nak kahwin esok,
anak sepupu dah selamat menjadi seorang suami minggu lepas,
memang jauh di dasar hati terdetak,
bila pula turn aku?
Kemudian tersenyum sendiri.
One fine day, insyaAllah.
Tak payah gelojoh, tak payah jadi desperate,
jodoh kita dah ditetapkan.
Tapi ada pula suara-suara di kejauhan yang bertanya.
Kalau tak cari, mana nak jumpa?
Aku mengukir senyuman walaupun mereka tidak melihat.
Dan hanya membiarkan persoalan mereka tidak berjawab.
Hanya perbualan dengan seorang kawan baik terimbas kembali.

Kawan : Tak jumpa ke calon suami kat universiti?
Aku : Semester satu dulu aku rasa macam ya. Tapi dia cuma lelaki yang salah yang aku jumpa. Ketawa.
Kawan : Dan sekarang dah nak masuk tahun akhir? Tak nak mencari?
Aku : Geleng kepala. Bila Allah nak temukan, kita tak mencari pun dia akan hadir sendiri depan kita.
Kawan : Positif. Dan menarik!
Aku : Hakikat. Bukan takda lelaki yang aku jumpa kat uni,library,fakulti,hostel pun depan hostel lelaki, tapi kat hati ni takda feel apa-apa. Senyap je! 
Kawan : Tunggu someone kot...?
Aku : Maybe, dia yang menunggu masa yang sesuai nak melamar aku. Ketawa kecil.
Kawan : Kau memang. Depan mata buat tak nampak, yang jauh dirindui.
Aku : Aku merindui dia yang akan jadi suami aku. Dan manalah aku tahu siapa dia. Boleh jadi dekat, boleh jadi jauh. Semua tu kerja Allah.
Kawan : Tu maksud aku.
Aku : Eceh.
Kawan : Tapi boleh ke rindu orang yang tak kenal?
Aku : Boleh je kalau dengan aku. Ketawa.
Kawan : Ketawa. Sebab tu kau ni pelik.
Aku : Lagi pelik kau, kan?
Kawan : Sebab?
Aku : Tunggu suami orang. Kalau duda tu boleh kira juga.
Kawan : Weh! Aku main-main je lah. Masa tu aku tak dengar soalan. Ketawa.
Aku : Tahu gelabah. Just kidding dear. Ok lah. Aku nak study tok final. Nanti talking talking lagi eh.
Kawan : Orait, as you wish. Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam wbt...

And now,
baru lepas tengok gambar kahwin dengan Efa. Berubah amat muka si perempuan sebelum dan selepas make up. Seri pengantin katanya. Dan Efa kata tak sabarnya nak kahwin. Haha. Dah namanya perempuan..memang mengimpikan sebuah perkahwinan yang boleh diabadikan sampai bila-bila. Bohonglah kalau takda rasa nak kahwin macam orang lain. Tu sesuatu yang normal. Cuma masih ada yang tipikal minded. ZzzZzzzzzzzz...

mode : STUDY + kenduri kahwin
bila penat menelaah, teringat rumah. membayangkan semua busy menyiapkan persiapan kahwin abang. pastu gatal fikir, agaknya time aku nanti macam mana ekk? haha. sambung study...abcdefghijklmnopqrstuvwxyz...12345678910...alif ba ta sa jim ha....

##kalau aku make-up macam artis tu kan, agak-agak macam mana ya rupa aku? haha~ dush!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...