Together we are...

Wednesday, June 20, 2012

Sweet 22 ^__^

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Alhamdulillah, pada tanggal 18 Jun 1990 pada 6.54pm lahir seorang anak kecil yang kini dah berumur 22 tahun pada 18 Jun 2012. Sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas anugerah yang tidak ternilai harganya iaitu iman dan islam. Moga diri ini sentiasa berada di bawah rahmatNYA. Special thanks buat keluarga terutama ma & abah untuk segala-galanya sepanjang tempoh ini dan juga sahabat-sahabat yang tetap setia menemani hingga ke saat ini di saat ada insan yang datang dan pergi. Terima kasih untuk segala ucapan yang diberikan. Hakikatnya semakin meningkat usia, semakin kematian datang menghampiri. Moga kita semua sentiasa diberkati olehNYA. Amin." [facebook]


Sehari sebelum birthday. Masa ni kat rumah dan jam 12 tengahari dah kena balik Johor. Kek tu sebenarnya kek kahwin abang aku. Ada dua; satu dah habis, lagi satu dapat ke aku. Haha. Nice! Pagi2 lagi dah celebrate dengan family. Siap guna pedang panjang lagi tu. =)
 

Birthday cake in advanced!


Hadiah daripada elf~ Sangat comel ok!


Lepas ni Yaya menemani aku lah. Hehe~
 Mungkin boleh dikatakan aku peminat siri boboiboy sekarang. Harharhar~


Habis paper akhir, keluar ke terminal BP cari tiket. Then jalan kat BP Mall sorang-sorang. Beli buku kat Popular, balik petang tu makan-makan dengan mereka bertiga. All in 1. Hajar dah nak balik kampung lebih awal daripada semua, exam dah nak habis, cuti semester dah nak bermula. dan merangkap meraikan birthday aku, konon. Kihkih.

Kenangan manis. Masing-masing tengah cover ketawa. Ada sesuatu yang lucu saat ni. Hehe. A day after my birthday. Sebab masa birthday aku tu, hanya bertapa dalam bilik dengan nota-nota untuk last paper pagi 19 Jun dengan ditemani ucapan2 di facebook dan bff melalui phone.
kawan kepercayaan, mana awak hari tu?? sobs~



 Hajar-aku-Fiza-Ira

Hakikatnya, angka 22 memberi satu makna yang mendalam buat diri aku khususnya. Apa yang aku harapkan di saat menjelang umur aku 22 tahun ini biarlah Allah yang tahu. Hanya pada DIA yang boleh aku pinta. Dengan berbekalkan semangat dan dorongan mereka yang bergelar sahabat, aku tahu hidup ini adalah satu perjuangan. Satu perjuangan menuju syurganya!


“Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. 
Frame the yesteryear” -Hlovate

"We live today,but we stand on yesterday,and we step on tomorrow.
Find a balance."-Hlovate


** it hard when you know that you need to let go but you can't because you're still waiting for the impossible to happen.pergilah sepi.pergilah kenangan.aku izinkan kau berlalu pergi selamanya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...