Together we are...

Tuesday, July 31, 2012

Patah Jadi Dua.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

menghabiskan masa dalam lab dengan pc lab yang best ni. (eh?)
tadi ada lab 9am-12pm tapi Encik Pensyarah tak masuk.
ada meeting katanya. awat tak kabo awai2...ngeeeee~
sementara nak tunggu jumpa supervisor jam 12.30 tengahari.
google sana sini cari info menarik untuk di baca.
sambil tolong download movie kat lappy Su.
last-last buka youtube, jumpa lagu ni.
layan aje...cam best lak kan. kihkihkih~
========================================================================

Duhai sang pujaan hati...
lagu ini ku persembahkan untukmu...
yang selalu menghiasi hari-hariku dengan penuh keindahan...
Semoga penantian ini terwujud dengan datangnya ikatan suci...
Ameen.

tajuk lagu : Patah Jadi Dua-Alda Rizma

Ya Allah..bantulah aku untuk terus bersabar..semoga jodoh itu milik kami. Aku akan bersabar untuk menjadi yang halal baginya. Semoga aku terhindar daripada godaan syaitan. Aku ingin mencintainya kerana Allah. Bantulah aku ya Allah!

Pasrah Segalanya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


berselindung selagi ada..
bertahan selagi mampu..
marah selagi bertempat..
bergurau selagi berteman..
menangis selagi berair mata..
gembira hanya seketika..
susah hanya sementara..
selagi ada jalan dan ruang teruskan..
belakangi kejahatan berpaling kepada kebaikan..




Saturday, July 28, 2012

[lirik] Demi Cinta Suci

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Thursday, July 26, 2012

KETIKA HARUS MEMILIH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ketika aku harus memilih,
hanya doa ku alunkan dalam sujudku.
Hanya KAU Maha Mengetahui.
apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu.

Ketika aku harus memilih, 
bantu aku Ya Rabbi!
Untuk selalu memilih yang benar di mata-MU,
dan bukan sekadar benar di mata makhluk-MU saja.

Aku mahu mencari hati yang ikhlas.
Kerna hati yang ikhlas itu selalu tenang dan lapang.
Damai diam bersama redaMU.

Wednesday, July 25, 2012

Islam adalah cara hidup.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

1. Jika kita marah -TOPUP- wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita bingung -KLIK- doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji -RELOAD- syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal -DOWNLOAD- usaha untuk lebih bersemangat.
5. Jika kita kecewa -RESTART- tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita sedih -SELECT- ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa -UNDO- perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam -DELETE- buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong -BACKSPACE- kata-kata untuk memperbetul keadaan.
10. Jika kita buat maksiat -REGISTER SOFTWARE- sikap baru dan bertaubat nasuha.


Tuesday, July 24, 2012

Demam+Selsema pada 4 Ramadan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Assalamualaikum. Ma mana?"
"Ha..salah nombor ni."
"Cepatlah. Tak larat ni."

Suara lelaki di belakang.

"Ada orang salah nombor."
"Hello, ha nak cakap dengan siapa?"
"Bagi lah fon tu kat ma."
"Siapa? Tak kenal..tak kenal."

Sampainya hati abang dan adikku..
Mentang-mentanglah suara tak macam biasa sebab demam,
main-mainkan aku lak. Sobs~

Namun sebaik dengar suara ma,
alhamdulillah, rasa lega dan terbang segala masalah rasanya. Hihi~
Rupanya ma dan adik bongsu pun demam juga.
Hmmmmm... T.T

*****

Cakap kat Fika, aku demam. Dia pun balas..makan ubat! Hehe~
Kalau TF tahu dia akan suruh pergi jumpa doktor. Kakaka~
Hari tu pun baru nak selsema dia tak bagi makan panadol,
tapi pergi jumpa doktor.
Kalau yang ni dia tahu demam dan selsema,
hehehe~ Memang treat aku as a patient terus rasanya.
Dah takda talian hayat. Kihkih~
Apapun, terima kasih kerana mengambil berat tentang saya.

XoXo~


##hari ni dah 4 Ramadan 1433H.
Dan alhamdulillah dapat berpuasa penuh satu hari walaupun badan totally rasa lemah. ^_^

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadan 1433 Hijrah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Selamat menyambut ramadan 1433 Hijrah.
^_^


[klik gambar untuk paparan yang lebih jelas]

Harapan Ramadan - Raihan feat Man Bai

Ramadan Terakhir


Wednesday, July 18, 2012

22 tahun 1 bulan : Kisah Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kisah hati~

I'll update soon. With same title, here.
But for now,
sorry for leave this entry in blank.
I've something important to do first.

Truly sorry.

22 tahun 1 bulan : Kisah Dongeng

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dulu pernah tanya bff, Ain, lagu apa yang sesuai dengan kisah hidup aku. Laju je dia post kat wall facebook, Kisah Dongeng by Stacy. Gelak besar kami berdua masa tu. Senyum! ^_^
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Korang faham dengan lirik lagu ni? Okey, tak payah aku explain. Hehe~

Suka sangat2 gambar ni. Perfect combination: bulan & tulip.

Jom fokus Kisah Hati pula lepas ni. Sabar ya...

Sunday, July 15, 2012

Sebab mengapa rezeki susah nak masuk.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Antara SEBAB mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :-

  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh

REZEKI bukan sahaja dalam bentuk WANG, tapi KEBAHAGIAAN, PELUANG MENYAMBUNG BELAJAR, PELUANG KERJA, ANAK, JODOH dan lain-lain..Belajarlah BERSYUKUR atas setiap PEMBERIAN dan ANUGERAH ALLAH..

Secebis Nota Buat Kamu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan...jadi, usah risau..andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...


Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Saturday, July 07, 2012

Erti sahabat bagi aku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bukan semua boleh menerima kita sebagaimana kita menerima mereka.
Dan akhirnya, kita tahu dan sedar..
Apa itu keikhlasan dan erti persahabatan.

Dalam hidup aku,
pernah ada kawan yang tikam belakang.
Dari situ, aku belajar erti kesetiaan dan pengkhianatan.
Anehnya,
aku masih menerima dia.
Bahkan dia antara kawan baik aku sekarang.
Ada yang bertanya, kenapa dia?
Bagi aku, sekali berkawan selamanya berkawan.
Bergantung pada cara dia layan aku sebagai apa.
Siapa aku hendak menghukum atas kesilapan dia?
Aku juga bukan insan yang tak pernah buat khilaf.
Kemaafan itu merupakan dendam yang terindah.

DAN,
itu adalah pengalaman!
Pengalaman yang mendewasakan dan menyedarkan aku akan hakikat kehidupan ini.

Seramai mana pun kita berkawan,
akan ada insan yang tidak menyenangi kita dalam diam.
Pernah terbaca,
musuh yang terang-terang berkata membenci kita lebih baik daripada kawan yang dalam diam menyakiti.
Setuju?
Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Erti kawan, rakan, teman, member atau sahabat bagi aku,
Percaya, setia dan jujur!

Friday, July 06, 2012

Berwajah Baru.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Alhamdulillah..
selesai juga mengedit dan puas hati dengan layout blog yang baru ini. :)

Banyak kerja sebelum ini perlu diutamakan, banyak benda perlukan perhatian.
Yang utama, menghabiskan masa dengan keluarga.
Dan kawan-kawan sering mengajak untuk reunion.
Tapi tak tahu bila.
Sekarang ada di Johor untuk semester pendek.
Ada yang dah buat planning untuk bercuti di pulau.
Tapi aku tidak pasti bila free.
Masa itu sering saja mencemburui.
Apatah lagi bila masing-masing ada komitmen mereka sendiri.

Benarlah...
Kejar 5 perkara sebelum 5 perkara.
Dan cahaya Ramadan kian terasa.
Setahun berlalu sekejap sahaja.

Now, fokus pada mini projek.
Dan juga satu lagi kelas.

By the way,
esok nak pergi jalan-jalan. (^_^)

##umur 22 memberi aku erti yang baru, sungguh!

Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Monday, July 02, 2012

Apa salahnya kita pada fitrah ini?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Cinta saya tak memerlukan saya memikirkannya setiap masa,
Cinta saya tak memerlukan saya memuji apatah lagi memuja dirinya,
Cinta saya tak memerlukan saya rasa cemburu tak bertempat, rasa down, rasa tertekan, bersangka2,
Cinta saya juga tak memerlukan saya berhubung dengan dirinya melalui SMS, Call, FB dsbnya,
Cinta saya tak memerlukan saya menatap wajah @ gambarnya,
Cinta saya tak memerlukan semua itu..

ya!
Cinta saya pelik, cinta saya asing..
cinta saya kelihatan tak pasti..

Sebab,
saya tahu! saya belum halal untuk dia..
saya cuma mencintai dirinya,
apa salahnya pada fitrah ini?

Salahnya kita..
Kerana selalu melayan nafsu dan rasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...