Together we are...

Saturday, July 07, 2012

Erti sahabat bagi aku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bukan semua boleh menerima kita sebagaimana kita menerima mereka.
Dan akhirnya, kita tahu dan sedar..
Apa itu keikhlasan dan erti persahabatan.

Dalam hidup aku,
pernah ada kawan yang tikam belakang.
Dari situ, aku belajar erti kesetiaan dan pengkhianatan.
Anehnya,
aku masih menerima dia.
Bahkan dia antara kawan baik aku sekarang.
Ada yang bertanya, kenapa dia?
Bagi aku, sekali berkawan selamanya berkawan.
Bergantung pada cara dia layan aku sebagai apa.
Siapa aku hendak menghukum atas kesilapan dia?
Aku juga bukan insan yang tak pernah buat khilaf.
Kemaafan itu merupakan dendam yang terindah.

DAN,
itu adalah pengalaman!
Pengalaman yang mendewasakan dan menyedarkan aku akan hakikat kehidupan ini.

Seramai mana pun kita berkawan,
akan ada insan yang tidak menyenangi kita dalam diam.
Pernah terbaca,
musuh yang terang-terang berkata membenci kita lebih baik daripada kawan yang dalam diam menyakiti.
Setuju?
Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Erti kawan, rakan, teman, member atau sahabat bagi aku,
Percaya, setia dan jujur!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...