Together we are...

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Sunday, August 12, 2012

Melepaskan Kekuatan Untuk Membina Semula Kekuatan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 3
Melepaskan Kekuatan Untuk Membina Semula Kekuatan.

Marissa : Mana pergi facebook kau sebelum ni? Tak pernah hilang tapi sekarang semuanya lesap. Dengan kau senyap sepi terus. Bbm pun busy je.

Qistina ketawa. Bagaikan dapat melihat muka si teman di sebelah sana yang bertanyakan soalan. Marissa membaca emel yang dia dapat beberapa hari yang lepas sambil menunggu balasan daripada Qistina.

Qistina : Ada je. Tapi hiding kot. Hehe.

Qistina membuat lelucon. Dia tahu lepas ni, confirm kena basuh cukup2. Bukan Marissa tak kenal siapa dia.

Marissa : Dengan siapa kau melarikan diri? Masalah yang ada dihadapi, diatasi. Kau lari sejauh mana pun, at the end kau kena selesaikannya juga.

Kan..dah kena. Qistina menguntum senyuman. Sepertinya lately ni aku suka melarikan diri ekkk. Haha. Allah knows what I’m doing, bisik hati kecilnya.

Marissa : So, what’s the problem?

Qistina tersentak. Ingatkan tadi dah reply chat Marissa. Rupanya jarinya kaku di keyboard.

Qistina : Nothing. But maybe something.

Marissa : Tak nak cerita?

Qistina : Aku dah cerita pada Allah. Dan aku rasa dah ok sekarang.

Marissa : Baguslah macam tu. Allah sebaik-baik pendengar.

Qistina diam. Bukan menafikan, tetapi bersyukur ada sahabat yang memahami.

Marissa : Kenapa senyap? Masih rasa tak tenang?

Qistina : Bukan. Hanya cuba untuk memahami apa yang berlaku.

Marissa : Dan kau takkan menceritakan pada kawan-kawan kau. Tapi siapa kenal kau tentu faham bila masa kau ok atau tak.

Diam. Air mata mula menitis perlahan ke pipi. Qistina lihat sekitar bilik. Takut ada yang perasan keadaannya ketika ini. Alia masih berteleku di tikar sejadah. Yang lain masih di meja study masing-masing.

Marissa : Kau menangis kan? Kau memang suka menangis. Cengeng.

Qistina ketawa kecil. Tahu Marissa cuba menggembirakanya saat ini. Air mata diseka. Mujur selsema yang masih berbaki menyelamatkan dia daripada kawan sebilik.

Marissa : Dalam pertengahan Ramadan, Allah akan uji kita dengan diberinya dugaan. Bersabarlah.

Marissa mengingatkan sahabatnya itu. Qistina terkesima. Lantas memuji kebesaran Ilahi. Allahuakbar. Dia tahu syurga itu mahal nilainya.

Marissa : Apa yang kau fikirkan ni?

Qistina : Rubbish. Apa maksudnya?

Marissa : Sampah la kan? Ish ko ni. Main-main lak. Takkan perkataan tu pun kau tak faham.

Tawa terletus. Dan air mata juga menitis kembali. Kenapa sukar untuk dia lupakan apa yang berlaku petang itu?

Marissa : Apa kaitan rubbish dengan masalah kau ni? Pelik.

Qistina : Haha. Takda apa. Sometimes silent is the best thing.

Marissa : Ya..dan kau pun suka hadam sorang-sorang. Ingat, sampai masa nanti kau takkan mampu nak simpan semuanya.

Qistina : Alia ada, kau pun ada. Aku ceritalah kat korang. Sebab Encik Tulip tak muncul-muncul lagi. Hehe.

Marissa : Betul ni?

Qistina : Haha. Let’s Allah do the rest. Selagi aku mampu bertahan, aku akan bertahan.

Marissa : Kau memang macam tu Qis. Suka gembirakan orang lain. Walhal hati sendiri dah luka terlalu dalam. Aku harap jangan sampai kau berdendam dengan kehidupan ni sudah.

Qistina : Berdendam dengan kehidupan? Dia meminta kepastian walaupun tahu apa maknanya.

Marissa : Maksud aku, kau takkan percaya dengan sesiapapun dah. Mungkin orang tengok kau happy go lucky, tapi dalam diam kau sepi sendiri.

Qistina : Allah Maha Mengetahui. Aku ada Dia.

Marissa : Dan Allah juga suruh umatNya berusaha Qis. Bukan hanya menyerahkan pada takdir.

Qistina menarik nafas perlahan. Cuba menyusun kata supaya sahabatnya itu mengerti apa yang dia ingin sampaikan. Ayat pada gambar di dinding di depannya direnung. ‘Bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. Kuat kerana Allah, menangis juga kerana Allah. Segalanya indah bila hanya kerana Allah. Friendship forever, Marissa-Qistina-Alia. Kuala Lumpur Mei 2012’

Qistina : Aku penat Risa. Penat nak memahami apa yang berlaku. Untuk kali ini, biarlah Allah yang tentukan apa yang akan terjadi. Aku dah tak larat untuk fikir apa yang patut aku buat. Yang aku tahu, aku tak nak fikir apa-apa dan biar masa menentukan semuanya.

Marissa : Kau dah pasrah dan mengalah? Kau bukan Raisya Qistina yang aku kenal selama ini.

Marissa cuba memprovok Qistina. Dia tahu, ada sesuatu yang buatkan sahabatnya itu sebegini lemah.

Qistina : Risa, reda itu rela, pasrah itu menyerah tapi tak bererti aku kalah. Cuma aku dah lama berusaha, dan kali ni biarlah aku mengalah. Andai kebisuan dapat memulihkan keadaan yang bukan aku ciptakan, maka aku akan senyap. Andai kemaafan dapat menjernihkan hubungan, maka biar aku yang memulakan dulu ungkapkan maaf.

Marissa : Mengalah dengan menolak takdir?

Qistina : Kita orang islam yang percaya pada qada’ dan qadar Allah kan? Aku bukan mahu menolak takdir, tapi aku manusia yang tahu erti sakit dan kecewa. Tak salah kan kalau aku melarikan diri seketika daripada semua keadaan ni hingga aku jumpa apa yang aku nak?

Marissa : Sampai bila kau nak melarikan diri?

Qistina : Sampai aku penat. Dia melirik jam pada jam di lappy.

Marissa : Tak nak ajak aku sama? Susah senang kita sentiasa bersama kan.

Qistina : Kali ni aku nak berlari sendirian. Cukuplah selama ni Alia dan kau ada di sisi menemani.

Marissa : Ada apa-apa yang kami tak tahu ke?

Qistina : Berikan aku masa. Tu je aku pinta. Bukan aku tak nak cerita, tapi aku sendiri bingung dengan situasi aku sekarang. Aku tak nak fikir apa-apa.

Marissa : Apa bintang kau dah hilang ya Qis? Alia pernah cakap kat aku, walau apapun yang terjadi bintang tu tetap ada walau kat mana pun kau berdiri. Tapi kau sekarang…

Qistina bungkam. Bintang? Ditatapnya lukisan di dinding di sebelah gambar mereka bertiga. Bintang, tulip, sebuah rumah dan anak-anak kecil. Dia meraup mukanya perlahan.

Qistina : Aku tak tahu Risa. Seperti yang aku kata tadi, aku tak nak fikir apa-apa. Mungkin ini masanya untuk aku renung balik segala kata-kata aku selama ini. Sama ada bintang tu tetap ada atau tidak, biarlah Allah yang tentukan. Aku mahu cari masa untuk diri aku sendiri.

Marissa : Qis, aku tahu kau kuat. Walau apapun, jangan pernah berpaling daripada Allah dan Al-Quran. Mungkin aku tak boleh faham apa yang kau nak cari sekarang, tapi aku percaya kau tahu apa yang terbaik untuk kau. Aku sentiasa doakan kau. Dan aku rasa Alia pun sama. We’re here for each other because Allah.

Qistina : Thanks Risa for the best ukhuwah. Aku sayang kau, aku sayang Alia sebab sentiasa support aku. Sorry Risa, got to go now. Aku ada group discussion dengan Alia kat library. Thanks again dear. Bighug.

Qistina menutup lid laptopnya. Air mata dikesat. Alia merenung Qistina dan tersenyum.

Qistina : Kau bagitahu Risa pasal ketidaktenangan aku selama beberapa hari ni ya?

Alia : Aku nak kau tahu yang kami sayangkan kau. Dan jarak bukan penghalang pada persahabatan kita. Yang penting aku nak kau tahu, sekalipun dunia tinggalkan kau, kau masih ada orang yang sayangkan kau. Aku, Risa, umi, ibu, mama dan Encik Tulip kau tu.

Qistina : Eh, sorry ya! Encik Tulip tak muncul lagi.

Mereka ketawa serentak. Qistina dipeluk mesra oleh Alia. Kalaulah Risa ada sekali bersama mereka waktu ini… Qistina mengesat air mata di pipi. Dia tekad. Selepas dia temui apa yang dia perlukan, dia akan lebih matang dalam membuat keputusan dan akan membalas budi mereka berdua. Itu janjinya. Cuti semester nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan mencari erti hidup!

Saturday, August 11, 2012

Menari Dalam Hujan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pen ditangan diletak. Buku di sebelah lappy dicapai. Chicken Soup for the Soul. 101 cerita pendek yang berkesan di hati. Berfikir positif. Dah seminggu (ke lebih?) jadi peneman sejak pinjam daripada kawan sebilik. Siapa suka membaca jom jadi kawan! Kita share koleksi buku yang ada. Hehe. Helaian demi helaian buku dibelek. Dan mata terpaku pada satu bab. Ayat ini menarik perhatian aku.

“Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan.” – penulis tidak diketahui

"Hidup ini bukan bagaimana untuk kita menempuh ribut melanda tetapi bagaimana untuk kita menari dalam hujan"

Rupanya, selama kita hidup ni kita hanya tahu untuk berfikir menempuh segala macam halangan di depan kita tanpa kita memikirkan soal diri kita yang perlukan kebahagiaan. Tak perlu banyak kebahagiaan itu, cukup hanya sekadar menari dalam hujan kita sudah dapat kebahagian itu. Itulah maksud ayat tu.

Cuba kalian keluar sekejap ketika hujan dan bermain menikmati hujan tersebut. Terasa seperti budak2 kan? Tapi itulah hakikatnya kebahagiaan, kita akan lupa sekejap akan masalah di depan kita. Bukan sekadar masalah tetapi juga ianya mengajar kita untuk memikirkan bagaimana untuk kita membuatkan diri kita gembira. ^_^

Dan dalam buku tu ada juga beberapa ayat yang rajin aku salin semula.

~rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. jadi, sentiasa bersemangat sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik.

~keberanian adalah, berasa takut tapi meneruskan juga.

~orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.

~jiwa manusia itu lebih kukuh berbanding apa pun.

~satu-satunya kecacatan dalam kehidupan adalah sikap yang buruk.

~hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang dimilikinya.

~seseorang mengecap nikmat bahagia bukan kerana situasi yang dia alami, tetapi kerana sikapnya ketika mensyukuri nikmat itu.

~pilihlah untuk bersangka baik sesama manusia. ianya memudahkan keadaan.

~rahmat sebuah kehidupan hanya dapat dihitung oleh mereka yang benar-benar menghargai kehidupan itu sendiri

~kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya

~selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita, bukannya perubahan keadaan.

~hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria.

~sekiranya tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah saja cara kita berfikir.

~kanser hanyalah satu perkataan, bukannya titik noktah.

Dan yang lain-lain bolehlah refer pada buku yang dinyatakan di atas. Hihihi~



***********

Menari dalam hujan. Aku tersenyum sendirian. Dah tentu lah aku pernah mandi hujan. Best dan nikmat! Last aku mandi hujan few month ago kat belakang rumah, masa cuti semester sebelum semester pendek bermula. Kat sini memang tak lah kalau nak mandi hujan kan. Banyak mata yang memandang. Curi-curi keluar waktu semua orang ada kat dalam rumah terutama daripada anak buah yang berusia tiga tahun itu. Tapi sempat beberapa minit je sebab terus masuk rumah bila nampak abah ada kat pintu dapur. Haha. Dari dulu, kini dan insyaAllah selagi hujan itu menyembah bumi, hujan memang jadi kesukaan aku. Kalau tak mandi pun, cukup sekadar melihat rintik hujan menyentuh tanah. It's something that only own feeling can describe it! Kadang-kadang akan menangis puas-puas dalam hujan. Nobody will cares. Selalunya bila kat rumah, bila je hujan aku akan cari peluang untuk mandi hujan. Terasa bagaikan berada dalam zaman kanak-kanak walaupun sekarang dah layak jadi isteri orang. Kihkih. Dulu, masa sekolah menengah dan ke bawah, bila je hujan masing-masing akan excited, tanya ma boleh ke tak mandi hujan. Takpun main redah je keluar ikut pintu bilik air dan main hujan keliling rumah. Adik yang paling bongsu di-warning jangan ikut. Kejam betul si kakak dan abang. Tapi itulah nikmatnya. Mana mungkin zaman tu boleh diulang kembali sekarang. Apatah lagi sekarang hujan pun dah boleh datangkan penyakit pada manusia. Paling tak pun demam. 
Ehem, note to myself! 

Take a step back to move forward more better.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Apapun yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, terimalah ketetapan Ilahi dengan reda.
Kena kuatkan diri sebenarnya hadapi dan terima kenyataan. So, maybe Syawal ni bakal jadi penentu. Seminggu je lagi. I’ll waiting. Apapun, I'll not stop writing because writing is my passion. Fullstop.
*****
“Sometimes somebody says something really small that fits into a big empty place inside our heart. So many friendships end with "we just stopped talking." It will happen to us now? You are smart enough to know what you want, if you stay it’s up to you, I will be here as I always do, but if you leave make sure you are not coming back too. Make a sense to you?”

In what situation I can really understand you?
Sometimes, some things must be clarify enough.
*****
"If you don't fight for what you want, don't cry for what you lost.
Kerana kepercayaan yang nipis, kerana iman yang sakit, sihatkanlah, kuatkanlah, tambahkanlah bonus ramadan lagi."
Scroll timeline twitter boleh membuatkan jiwa aku sentap sejak seminggu ni dengan ayat-ayat yang dibaca. Allah memberi teguran dalam pelbagai cara. Allahuakbar.
*****
Dan kadang-kadang terfikir, kawan-kawan menjauh sebab kawan yang lain sakit, adil ke? Elakkan simpati atau apa? Arghhh! Tak nak fikir juga. Kalau kita kawan yang baik, kita akan tetap di sisi mereka bagi sokongan. Paling tak pun, buat macam biasa sudah. Tak ke?
*****
Take a step back to move forward more better.
Sangat2 perlu!
*****
Fasa ke-3 Ramadan, Ramadan ke-22.
Mengutamakan yang utama.
Sedih Ramadan hampir menuju penghujungnya.
T.T

Friday, August 10, 2012

[lirik] Menanti Di Barzakh

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

video

Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan 

Thursday, August 09, 2012

Mimpi.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku : Mimpi tu mainan tidur. Tak semestinya betul kan?

Cuba menutup rasa gelisah.

Kawan : Tak juga. Kadang-kadang satu petanda.

Gulp! Terdiam.

Aku : Takutnya jadi kenyataan.

Kawan : Kenapa?

Senyum. Sukarnya nak terangkan. Sulitnya nak berkongsi.
Dah jarang share mimpi dengan kawan-kawan selama dua tahun ni.

Allah, apakah itu petunjukMu?



Wednesday, August 08, 2012

Lagu Raya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sebelum Ramadan lagi budak bilik sebelah dah pasang lagu raya. Hari ni..tetiba..

Aku : Nak pasang lagu raya eh.

Mereka : Ok. Nak hilangkan stress la tu.

Aku ketawa kecil. Apa lagi berkumandang lagu raya dalam bilik sambil masing-masing menyiapkan report mini projek.
Esok kena submit!

Tiba-tiba…

"Kak Nani dengar lagu ceria tapi muka takda perasaan."

Orang kat sebelah meja menegur aku.

Haha~ Nak buat macam mana. Otak tengah fokus benda lain. Menghadap coding ni memang separuh kesabaran diuji.  Last-last lagu raya entah ke mana, coding dengan report entah ke mana. Aku lah tu. Tak boleh nak fikir saat kepala pening.

Dah tu buat apa ngadap sini?

Hohoho~ Alternatif untuk menulis bagi melapangkan fikiran.

Btw, bila fokus, cepat rasa lapar ekkk. Nak capai skyjuice kat sebelah..tapi..eh puasa lah. Astaghfirullah.

Sign in blog. Buat catatan baru. Ok done!

Jum sambung buat kerja.

#lagu raya pilihan hati : Sepasang Kurung Biru
Mentang-mentang lah banyak baju kurung biru. 
Tahun ni pun biru lagi. Kihkih~

Gangguan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Busy ke beb?

Aku stop daripada menaip coding. Sms dibalas.

Lebih kurang lah. Until nextweek. Awat? 5 minute only.

Bukan pasal aku. Tapi kau.

Aku? Pasai pa lak..

Kau sakit ke? Ayat kau semalam lain macam je.

Ohhh. Aku demam. Maybe kena hujan masa keluar bandar kelmarin. Nothing is serious. Don’t worry.

Really? Don’t thinking too much. Kau tak pernah pun macam ni. Who’s the special guy yang buatkan kau sakit ni?

Merepek. Dah. Aku nak siapkan kerja. Tata.

Elakkan diri kannn.

Aku ketawa. Budak sorang ni lah.

Nobody okey! Kerja aku berlambak ni. Jangan nak buat aku sakit kepala laaaa..

Fine, as u wish. I hope no one make you down. All the best for your works and exam! Tc.

InsyaAllah. Thanks. Gtg.

Blackberry di letak tepi lappy. Lagu Maha Melihat nyanyian Opick feat Amanda kedengaran. Allah, kuatkan aku! Air mata mengalir ke pipi. Tarik nafas. Kesat air mata dan kembali menghadap lappy.

Dan terbabas ke sini. Eh?
Enough. Focus back on the system and report.
Yawning and tired. Headache. Insomnia. Maybe.
4.19 a.m.
Allahurabbi…

Sunday, August 05, 2012

Maraton amal dan ibadah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

ihsan goggle.
masa untuk Allah?

Mungkin akan lebih sibuk bermula Isnin ni.
Projek..report..proposal...
Kena siapkan sebelum balik raya.
Yang bermaksud,
sebelum 16 Ogos dah kena siapkan semuanya.
16 Ogos tu final exam.
Gulp!
Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Walaupun syaitan si penghasut dah diikat Ramadan ni,
tapi diri sendiri masih mengalami krisis dalaman.
Yang lebih menuntut sentiasa dekat dengan Ilahi.
Solat dan Al-Quran dah tentu jadi rutin harian.

Maka sebab itu,
kena fokuskan yang lebih utama.
Tolak tepi dulu segala apa yang berlaku.
Cuti nanti baru fikir semula what must do and don't.

So, 
selamat malam, selamat bersahur, selamat berpuasa.
Moga sisa-sisa Ramadan ini lebih bermakna.
Ayuh tambahkan amal ibadah di 10 malam terakhir.
Semoga kita dapat bertemu Lailatul Qadar.
Aamiin.

Salam ramadan kareem~
^_^

BUKAN BINTANG BIASA.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kawan Kepercayaan.
"Once upon a time ada sebuah bintang
Yang bersinar terang di hatimu
Ku akan datang lagi menjemputmu dengan cinta
Kan kubagikan semua bintangku
Kumiliki bintang, bukan bintang biasa
Ku bisa hapuskan semua dukamu
Ku tak akan menghilang, slalu ada di hatimu
Memberi bintang hanya untuk cinta
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can’t do"
********************************************

Kadang-kadang kita memaafkan seseorang kerana kita tak ingin hal itu terus-terusan mengusik hidup kita.

Dan kadang-kadang kita memaafkan seseorang kerana kita masih memerlukan mereka dalam hidup kita.

Mengikhlaskan hati dalam meredakan segala yang terjadi tidak mudah sebenarnya. Tetapi di situ letaknya Jannah yang kita impikan.

Namun... 
Terkadang hati terkenang, lalu mulut menyebut.
Terkadang mata terbayang, lalu jiwa serabut.

Memaafkan dan melupakan.

Bercakap itu mudah, kawan.
Sangat mudah.

Tapi sebenarnya memerlukan pengorbanan.

Memang sudah diserahkan segalanya bulat-bulat pada Allah, tetapi selalu sahaja hati diusik rasa was-was.

Hmmm...

Kita biarkan, boleh?

Sebab makin banyak yang dikatakan, makin celaru yang namanya perasaan. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bersaing dengan waras akal dan teguh iman.

Jadi dah malas nak cakap, sebab semakin banyak yang dicakap, dikhuatiri akan jadi hamba yang kurang reda dengan takdir Dia.

==================================
istikharah cinta memanggilku,
memohon petunjukMu.
satu nama teman setia,
naluriku berkata.
==================================

my best friend.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


what is a friend?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Saturday, August 04, 2012

Sakura.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Cherry Blossom Walk, Sakura, Japan

Bayangkan kalau wedding lalu bawah ni.
Haha~
Mimpi biar sampai ke bintang.

Cherry Blossom Lake, Sakura, Japan

Cantik kan sakura?
Rasa nyaman je tengok sakura ni.

Btw,
 tulip tetap the one la.
^_^

[lirik] Andai Ku Tahu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan Kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yang terus membayangiku…

Andai ku tahu…
MalaikatMu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu…

Melarikan diri?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Masalah kena hadapi.
Tapi kadang-kadang
melarikan diri juga salah satu cara untuk hadapi.
Haha~
Entahlah. 
Penat nak memikirkan perasaan orang lain.
Kita dah cuba buat yang terbaik,
tapi masih juga rasa disia-siakan.
Kita nak jaga perasaan orang lain,
tapi perasaan sendiri yang dikorbankan.

Betullah cakap kawan baik.
Walaupun dah kalih dengan apa yang berlaku.
Tapi bohong kalau tak rasa apa-apa,
kalau hal sama berlaku lagi.

Perasaan manusia ni kompleks kan?

Apapun,
semoga kita semua sentiasa kuat.
Allah bersama kita.
May Allah bless.

Kita main sembunyi-sembunyi ya...
Saya nak nyorok sampai saya rasa penat.
Boleh?

Anak itik.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tiba-tiba terkenang zaman kanak-kanak. Bukanlah kanak-kanak rasanya, dah sekolah rendah kot. Saat mengejar anak itik belakang rumah. Mereka sangat comel. Lari pun terkedek-kedek. Kalau anak ayam tu aku tak berani nak kacau. Dapat ibu ayam yang super garang, mahu aku yang lari lintang pukang. Hehe. Tapi, dah jarang aku nampak anak itik macam ni. Dah pupus ke ek? Kalau kat kampung pun susah, apatah lagi kat bandar. 
Tak ke? 

update:
tetibe teringat lagu ni. selalu nyanyi masa dulu2.

Anak Itik Tok Wi
Mandi Dalam Kolam
Buat Apa Tok Wi
Ubat Limau Lelam

Sakit Apa Tok Wi?
Sakit Sendi Tulang
Ubat Apa Tok Wi
Ubat Sengal Tulang

Apapun...

Zaman kanak-kanak/budak-budak memang best. 
No doubt! ^_^

Thursday, August 02, 2012

Changing for good is not a crime.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Dia tak salah pun. Dia ustaz kita kena hormat dia. Cuma pendirian dia lain. Macam dia hujah tadi, yang baik kita sokong, yang buruk kita tolak.”

Aku merasakan dia sekarang seperti AO. Persis! Melihat bait kata-kata dia, ya, dia berubah, bisik hati aku. Dua tahun mengenali dia, daripada kata-kata dia selama ni, baru-baru ni aku seperti terkena kejutan elektrik. Betul ke itu dia? Actually dia memang baik, no doubt! Cuma lepas salah faham beberapa ketika, dia seperti berubah. Dan sekarang dia berubah lagi. But much much much better than before. Walaupun dah tak boleh nak ‘gila-gila’ macam dulu, tapi aku rasakan itu lebih baik sekarang. Memang itu yang diharapkan oleh aku. Supaya aku berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang sentiasa mencari reda Ilahi. Dan manusia berubah. Aku berubah, dia berubah dan semua berubah. Dan sangat rugi bila ada yang tidak mahu berubah sedangkan peluang itu sentiasa ada dan kebenaran sudah terbentang di depan mata.

"Changing for good is not a crime" : hlovate :)

Kata-kata itu ditujukan pada aku baru-baru ini. Mulanya macam terkejut, tapi akhirnya aku menguntum senyuman. Dia baca buku Hlovate yang aku cakap tu, tapi tak bagitahu aku pun. Sobsob~ Takpe lah. Yang penting dia baca kan? Pun dapat tahu dia ada buku tu daripada kawan baik dia.

Bila bersahabat : 
Saling mengingati supaya Jannah itu milik kita semua.

Well, 22 years old must be matured enough, right? Lagipun, tak salah jadi kawan yang membantu kawannya untuk berubah. Dan sesungguhnya hati kita ini Allah yang pegang. Bila mana kita mahu berubah, hati kita sendiri yang memainkan peranan penting.

Karya Islamik untuk pemantapan jiwa dan penambahan ilmu.

Sebelum ni, banyak juga buku-buku dan novel islamik yang aku baca, tapi bagi aku karya Hlovate tetap menarik dalam cara penyampaiannya ajak manusia berubah. Bahasa dia yang simple tapi bermakna. Kalau tak percaya, cari orang yang tak suka bila baca karya beliau. Ataupun kalian baca sendiri. Sedangkan Hilal Asyraf juga meminati penulisan beliau. Hihi~

“Bukan mudah untuk berubah..dari tanpa arah ke sejadah..dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..” -Hlovate

Namun hanya satu aku harap, jika berubah, niat berubah itu biar kerana Allah, bukan kerana manusia yang hina. Manusia ni hanya pendorong dan penguat semangat kita je. Dalam perubahan juga banyak ujian yang perlu di tempuh, tapi kalau ikhlas insyaAllah yakin dan percaya kita akan kuat dan tabah tempuh setiap ujian tu. Abaikan kata-kata sindiran dan hinaan orang, kita lebih tahu siapa kita dan paling penting Allah tahu niat kita. Jangan kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa kita cepat menyerah sebelum melangkah di medan perang..peperangan antara iman dan hati.

Perlu ke aku menjadi Minn Edina yang melarikan diri? kihkih~
but facing the truth is much better. ^_^

Wednesday, August 01, 2012

Iftar dengan elf.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kisah semalam.
Iftar dengan elf; Mira dan Su. Ikin tak join.
Lepas Asar gerak ke BP Mall.
Lokasi? Hehehe~
Order menu dan tempah meja, then jalan-jalan sekejap.
Jam masih awal.
Pusing-pusing sekitar shopping complex yang dah berapa kali jejak tu. Tak la pusing sangat pun. Masing-masing tak larat. Kihkih~
Masuk Pacific, takda apa-apa menarik.
Masuk kedai buku Popular, takda novel+buku baru.
Novel yang adik kirim tiada.
Karya Hlovate yang aku nak semua sold out. Sobs~
Then, Su nak cari barang baby. Eh?

Pusat Hiburan Kanak-Kanak.
Tu dia punya nama...

Tempat barang mainan baby. Ekeke~

Comel tak? Set permainan kat pantai/tanah. Tapi bak kata Su, entah tanah mana Raina nak main. Haha~ Sebenarnya Su nak cari barang mainan untuk Raina, anak buah dia yang pertama. Hihi~ Tangan aku pun macam nak ambil je set permainan kat situ. Tapi sebab dalam masa 3 tahun ni dah selalu beli macam-macam untuk anak-anak buah kesayangan dari Johor ni, maka aku pun rasa better beli bila mereka ada sekali je nanti, means that masa kat Pahang je baru beli. Kihkih~

Sementara menunggu waktu berbuka, rehat seketika sambil baca majalah ambil kat kaunter bayaran. Hehe~ Pssttttttt..kat effu tu salah satu tempat aku beli baju untuk Durani dan Afiq. Tapi baju aku takda dijual di situ.  Kehkeh~

Tara! Ni dia menu berbuka kami pada hari semalam. Apa nama dia ekk? Ya Allah, lupa. Heeee. Oh ya! Kami berbuka di Pizza Hut BP Mall. Ramai juga semalam berbuka kat sini. Alhamdulillah, lepas je berbuka, terus cari surau untuk solat maghrib. Seperti yang dijangkakan, sesak juga lah dalam surau. Lepas selesai solat Maghrib terus bergegas balik.

Sebelum balik ke rumah sewa Su -aku yang jadi tetamu sementara-, sempat lagi aku beli Coolblog dan jagung Mr Magic. Hikhik~ Mira lak beli fries berperisa tom yam. Ngeh3~
*****************************************

Thanks to both of you for the moment. XoXo~

[lirik] Berjalan Tanpa henti

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh..
Langkah demi langkah akan ku gagah..
Hari demi hari berjalan tanpa henti..
Yakinku ada sinar yang menentu..
Kalau dah bertemu arah..
Yakin penuh pasrah..
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah..
Jika kau rebah jika kau kalah..
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah..
Segala kepahitan segala keperitan..
Terima sebagai penghapus dosa..
Malang yang menimpa duka yang melara..
Mungkin di baliknya ada bahagia..
Jangan jangan berputus asa..
Dari rahmat Yang Maha Esa..
Jangan jangan kita lupa..
Ujian lumrahnya dunia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...