Together we are...

Thursday, August 02, 2012

Changing for good is not a crime.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Dia tak salah pun. Dia ustaz kita kena hormat dia. Cuma pendirian dia lain. Macam dia hujah tadi, yang baik kita sokong, yang buruk kita tolak.”

Aku merasakan dia sekarang seperti AO. Persis! Melihat bait kata-kata dia, ya, dia berubah, bisik hati aku. Dua tahun mengenali dia, daripada kata-kata dia selama ni, baru-baru ni aku seperti terkena kejutan elektrik. Betul ke itu dia? Actually dia memang baik, no doubt! Cuma lepas salah faham beberapa ketika, dia seperti berubah. Dan sekarang dia berubah lagi. But much much much better than before. Walaupun dah tak boleh nak ‘gila-gila’ macam dulu, tapi aku rasakan itu lebih baik sekarang. Memang itu yang diharapkan oleh aku. Supaya aku berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang sentiasa mencari reda Ilahi. Dan manusia berubah. Aku berubah, dia berubah dan semua berubah. Dan sangat rugi bila ada yang tidak mahu berubah sedangkan peluang itu sentiasa ada dan kebenaran sudah terbentang di depan mata.

"Changing for good is not a crime" : hlovate :)

Kata-kata itu ditujukan pada aku baru-baru ini. Mulanya macam terkejut, tapi akhirnya aku menguntum senyuman. Dia baca buku Hlovate yang aku cakap tu, tapi tak bagitahu aku pun. Sobsob~ Takpe lah. Yang penting dia baca kan? Pun dapat tahu dia ada buku tu daripada kawan baik dia.

Bila bersahabat : 
Saling mengingati supaya Jannah itu milik kita semua.

Well, 22 years old must be matured enough, right? Lagipun, tak salah jadi kawan yang membantu kawannya untuk berubah. Dan sesungguhnya hati kita ini Allah yang pegang. Bila mana kita mahu berubah, hati kita sendiri yang memainkan peranan penting.

Karya Islamik untuk pemantapan jiwa dan penambahan ilmu.

Sebelum ni, banyak juga buku-buku dan novel islamik yang aku baca, tapi bagi aku karya Hlovate tetap menarik dalam cara penyampaiannya ajak manusia berubah. Bahasa dia yang simple tapi bermakna. Kalau tak percaya, cari orang yang tak suka bila baca karya beliau. Ataupun kalian baca sendiri. Sedangkan Hilal Asyraf juga meminati penulisan beliau. Hihi~

“Bukan mudah untuk berubah..dari tanpa arah ke sejadah..dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..” -Hlovate

Namun hanya satu aku harap, jika berubah, niat berubah itu biar kerana Allah, bukan kerana manusia yang hina. Manusia ni hanya pendorong dan penguat semangat kita je. Dalam perubahan juga banyak ujian yang perlu di tempuh, tapi kalau ikhlas insyaAllah yakin dan percaya kita akan kuat dan tabah tempuh setiap ujian tu. Abaikan kata-kata sindiran dan hinaan orang, kita lebih tahu siapa kita dan paling penting Allah tahu niat kita. Jangan kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa kita cepat menyerah sebelum melangkah di medan perang..peperangan antara iman dan hati.

Perlu ke aku menjadi Minn Edina yang melarikan diri? kihkih~
but facing the truth is much better. ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...