Together we are...

Wednesday, August 01, 2012

Iftar dengan elf.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kisah semalam.
Iftar dengan elf; Mira dan Su. Ikin tak join.
Lepas Asar gerak ke BP Mall.
Lokasi? Hehehe~
Order menu dan tempah meja, then jalan-jalan sekejap.
Jam masih awal.
Pusing-pusing sekitar shopping complex yang dah berapa kali jejak tu. Tak la pusing sangat pun. Masing-masing tak larat. Kihkih~
Masuk Pacific, takda apa-apa menarik.
Masuk kedai buku Popular, takda novel+buku baru.
Novel yang adik kirim tiada.
Karya Hlovate yang aku nak semua sold out. Sobs~
Then, Su nak cari barang baby. Eh?

Pusat Hiburan Kanak-Kanak.
Tu dia punya nama...

Tempat barang mainan baby. Ekeke~

Comel tak? Set permainan kat pantai/tanah. Tapi bak kata Su, entah tanah mana Raina nak main. Haha~ Sebenarnya Su nak cari barang mainan untuk Raina, anak buah dia yang pertama. Hihi~ Tangan aku pun macam nak ambil je set permainan kat situ. Tapi sebab dalam masa 3 tahun ni dah selalu beli macam-macam untuk anak-anak buah kesayangan dari Johor ni, maka aku pun rasa better beli bila mereka ada sekali je nanti, means that masa kat Pahang je baru beli. Kihkih~

Sementara menunggu waktu berbuka, rehat seketika sambil baca majalah ambil kat kaunter bayaran. Hehe~ Pssttttttt..kat effu tu salah satu tempat aku beli baju untuk Durani dan Afiq. Tapi baju aku takda dijual di situ.  Kehkeh~

Tara! Ni dia menu berbuka kami pada hari semalam. Apa nama dia ekk? Ya Allah, lupa. Heeee. Oh ya! Kami berbuka di Pizza Hut BP Mall. Ramai juga semalam berbuka kat sini. Alhamdulillah, lepas je berbuka, terus cari surau untuk solat maghrib. Seperti yang dijangkakan, sesak juga lah dalam surau. Lepas selesai solat Maghrib terus bergegas balik.

Sebelum balik ke rumah sewa Su -aku yang jadi tetamu sementara-, sempat lagi aku beli Coolblog dan jagung Mr Magic. Hikhik~ Mira lak beli fries berperisa tom yam. Ngeh3~
*****************************************

Thanks to both of you for the moment. XoXo~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...