Together we are...

Wednesday, August 08, 2012

Lagu Raya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sebelum Ramadan lagi budak bilik sebelah dah pasang lagu raya. Hari ni..tetiba..

Aku : Nak pasang lagu raya eh.

Mereka : Ok. Nak hilangkan stress la tu.

Aku ketawa kecil. Apa lagi berkumandang lagu raya dalam bilik sambil masing-masing menyiapkan report mini projek.
Esok kena submit!

Tiba-tiba…

"Kak Nani dengar lagu ceria tapi muka takda perasaan."

Orang kat sebelah meja menegur aku.

Haha~ Nak buat macam mana. Otak tengah fokus benda lain. Menghadap coding ni memang separuh kesabaran diuji.  Last-last lagu raya entah ke mana, coding dengan report entah ke mana. Aku lah tu. Tak boleh nak fikir saat kepala pening.

Dah tu buat apa ngadap sini?

Hohoho~ Alternatif untuk menulis bagi melapangkan fikiran.

Btw, bila fokus, cepat rasa lapar ekkk. Nak capai skyjuice kat sebelah..tapi..eh puasa lah. Astaghfirullah.

Sign in blog. Buat catatan baru. Ok done!

Jum sambung buat kerja.

#lagu raya pilihan hati : Sepasang Kurung Biru
Mentang-mentang lah banyak baju kurung biru. 
Tahun ni pun biru lagi. Kihkih~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...