Together we are...

Sunday, August 12, 2012

Melepaskan Kekuatan Untuk Membina Semula Kekuatan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 3
Melepaskan Kekuatan Untuk Membina Semula Kekuatan.

Marissa : Mana pergi facebook kau sebelum ni? Tak pernah hilang tapi sekarang semuanya lesap. Dengan kau senyap sepi terus. Bbm pun busy je.

Qistina ketawa. Bagaikan dapat melihat muka si teman di sebelah sana yang bertanyakan soalan. Marissa membaca emel yang dia dapat beberapa hari yang lepas sambil menunggu balasan daripada Qistina.

Qistina : Ada je. Tapi hiding kot. Hehe.

Qistina membuat lelucon. Dia tahu lepas ni, confirm kena basuh cukup2. Bukan Marissa tak kenal siapa dia.

Marissa : Dengan siapa kau melarikan diri? Masalah yang ada dihadapi, diatasi. Kau lari sejauh mana pun, at the end kau kena selesaikannya juga.

Kan..dah kena. Qistina menguntum senyuman. Sepertinya lately ni aku suka melarikan diri ekkk. Haha. Allah knows what I’m doing, bisik hati kecilnya.

Marissa : So, what’s the problem?

Qistina tersentak. Ingatkan tadi dah reply chat Marissa. Rupanya jarinya kaku di keyboard.

Qistina : Nothing. But maybe something.

Marissa : Tak nak cerita?

Qistina : Aku dah cerita pada Allah. Dan aku rasa dah ok sekarang.

Marissa : Baguslah macam tu. Allah sebaik-baik pendengar.

Qistina diam. Bukan menafikan, tetapi bersyukur ada sahabat yang memahami.

Marissa : Kenapa senyap? Masih rasa tak tenang?

Qistina : Bukan. Hanya cuba untuk memahami apa yang berlaku.

Marissa : Dan kau takkan menceritakan pada kawan-kawan kau. Tapi siapa kenal kau tentu faham bila masa kau ok atau tak.

Diam. Air mata mula menitis perlahan ke pipi. Qistina lihat sekitar bilik. Takut ada yang perasan keadaannya ketika ini. Alia masih berteleku di tikar sejadah. Yang lain masih di meja study masing-masing.

Marissa : Kau menangis kan? Kau memang suka menangis. Cengeng.

Qistina ketawa kecil. Tahu Marissa cuba menggembirakanya saat ini. Air mata diseka. Mujur selsema yang masih berbaki menyelamatkan dia daripada kawan sebilik.

Marissa : Dalam pertengahan Ramadan, Allah akan uji kita dengan diberinya dugaan. Bersabarlah.

Marissa mengingatkan sahabatnya itu. Qistina terkesima. Lantas memuji kebesaran Ilahi. Allahuakbar. Dia tahu syurga itu mahal nilainya.

Marissa : Apa yang kau fikirkan ni?

Qistina : Rubbish. Apa maksudnya?

Marissa : Sampah la kan? Ish ko ni. Main-main lak. Takkan perkataan tu pun kau tak faham.

Tawa terletus. Dan air mata juga menitis kembali. Kenapa sukar untuk dia lupakan apa yang berlaku petang itu?

Marissa : Apa kaitan rubbish dengan masalah kau ni? Pelik.

Qistina : Haha. Takda apa. Sometimes silent is the best thing.

Marissa : Ya..dan kau pun suka hadam sorang-sorang. Ingat, sampai masa nanti kau takkan mampu nak simpan semuanya.

Qistina : Alia ada, kau pun ada. Aku ceritalah kat korang. Sebab Encik Tulip tak muncul-muncul lagi. Hehe.

Marissa : Betul ni?

Qistina : Haha. Let’s Allah do the rest. Selagi aku mampu bertahan, aku akan bertahan.

Marissa : Kau memang macam tu Qis. Suka gembirakan orang lain. Walhal hati sendiri dah luka terlalu dalam. Aku harap jangan sampai kau berdendam dengan kehidupan ni sudah.

Qistina : Berdendam dengan kehidupan? Dia meminta kepastian walaupun tahu apa maknanya.

Marissa : Maksud aku, kau takkan percaya dengan sesiapapun dah. Mungkin orang tengok kau happy go lucky, tapi dalam diam kau sepi sendiri.

Qistina : Allah Maha Mengetahui. Aku ada Dia.

Marissa : Dan Allah juga suruh umatNya berusaha Qis. Bukan hanya menyerahkan pada takdir.

Qistina menarik nafas perlahan. Cuba menyusun kata supaya sahabatnya itu mengerti apa yang dia ingin sampaikan. Ayat pada gambar di dinding di depannya direnung. ‘Bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. Kuat kerana Allah, menangis juga kerana Allah. Segalanya indah bila hanya kerana Allah. Friendship forever, Marissa-Qistina-Alia. Kuala Lumpur Mei 2012’

Qistina : Aku penat Risa. Penat nak memahami apa yang berlaku. Untuk kali ini, biarlah Allah yang tentukan apa yang akan terjadi. Aku dah tak larat untuk fikir apa yang patut aku buat. Yang aku tahu, aku tak nak fikir apa-apa dan biar masa menentukan semuanya.

Marissa : Kau dah pasrah dan mengalah? Kau bukan Raisya Qistina yang aku kenal selama ini.

Marissa cuba memprovok Qistina. Dia tahu, ada sesuatu yang buatkan sahabatnya itu sebegini lemah.

Qistina : Risa, reda itu rela, pasrah itu menyerah tapi tak bererti aku kalah. Cuma aku dah lama berusaha, dan kali ni biarlah aku mengalah. Andai kebisuan dapat memulihkan keadaan yang bukan aku ciptakan, maka aku akan senyap. Andai kemaafan dapat menjernihkan hubungan, maka biar aku yang memulakan dulu ungkapkan maaf.

Marissa : Mengalah dengan menolak takdir?

Qistina : Kita orang islam yang percaya pada qada’ dan qadar Allah kan? Aku bukan mahu menolak takdir, tapi aku manusia yang tahu erti sakit dan kecewa. Tak salah kan kalau aku melarikan diri seketika daripada semua keadaan ni hingga aku jumpa apa yang aku nak?

Marissa : Sampai bila kau nak melarikan diri?

Qistina : Sampai aku penat. Dia melirik jam pada jam di lappy.

Marissa : Tak nak ajak aku sama? Susah senang kita sentiasa bersama kan.

Qistina : Kali ni aku nak berlari sendirian. Cukuplah selama ni Alia dan kau ada di sisi menemani.

Marissa : Ada apa-apa yang kami tak tahu ke?

Qistina : Berikan aku masa. Tu je aku pinta. Bukan aku tak nak cerita, tapi aku sendiri bingung dengan situasi aku sekarang. Aku tak nak fikir apa-apa.

Marissa : Apa bintang kau dah hilang ya Qis? Alia pernah cakap kat aku, walau apapun yang terjadi bintang tu tetap ada walau kat mana pun kau berdiri. Tapi kau sekarang…

Qistina bungkam. Bintang? Ditatapnya lukisan di dinding di sebelah gambar mereka bertiga. Bintang, tulip, sebuah rumah dan anak-anak kecil. Dia meraup mukanya perlahan.

Qistina : Aku tak tahu Risa. Seperti yang aku kata tadi, aku tak nak fikir apa-apa. Mungkin ini masanya untuk aku renung balik segala kata-kata aku selama ini. Sama ada bintang tu tetap ada atau tidak, biarlah Allah yang tentukan. Aku mahu cari masa untuk diri aku sendiri.

Marissa : Qis, aku tahu kau kuat. Walau apapun, jangan pernah berpaling daripada Allah dan Al-Quran. Mungkin aku tak boleh faham apa yang kau nak cari sekarang, tapi aku percaya kau tahu apa yang terbaik untuk kau. Aku sentiasa doakan kau. Dan aku rasa Alia pun sama. We’re here for each other because Allah.

Qistina : Thanks Risa for the best ukhuwah. Aku sayang kau, aku sayang Alia sebab sentiasa support aku. Sorry Risa, got to go now. Aku ada group discussion dengan Alia kat library. Thanks again dear. Bighug.

Qistina menutup lid laptopnya. Air mata dikesat. Alia merenung Qistina dan tersenyum.

Qistina : Kau bagitahu Risa pasal ketidaktenangan aku selama beberapa hari ni ya?

Alia : Aku nak kau tahu yang kami sayangkan kau. Dan jarak bukan penghalang pada persahabatan kita. Yang penting aku nak kau tahu, sekalipun dunia tinggalkan kau, kau masih ada orang yang sayangkan kau. Aku, Risa, umi, ibu, mama dan Encik Tulip kau tu.

Qistina : Eh, sorry ya! Encik Tulip tak muncul lagi.

Mereka ketawa serentak. Qistina dipeluk mesra oleh Alia. Kalaulah Risa ada sekali bersama mereka waktu ini… Qistina mengesat air mata di pipi. Dia tekad. Selepas dia temui apa yang dia perlukan, dia akan lebih matang dalam membuat keputusan dan akan membalas budi mereka berdua. Itu janjinya. Cuti semester nanti akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan mencari erti hidup!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...