Together we are...

Saturday, August 11, 2012

Menari Dalam Hujan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Pen ditangan diletak. Buku di sebelah lappy dicapai. Chicken Soup for the Soul. 101 cerita pendek yang berkesan di hati. Berfikir positif. Dah seminggu (ke lebih?) jadi peneman sejak pinjam daripada kawan sebilik. Siapa suka membaca jom jadi kawan! Kita share koleksi buku yang ada. Hehe. Helaian demi helaian buku dibelek. Dan mata terpaku pada satu bab. Ayat ini menarik perhatian aku.

“Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan.” – penulis tidak diketahui

"Hidup ini bukan bagaimana untuk kita menempuh ribut melanda tetapi bagaimana untuk kita menari dalam hujan"

Rupanya, selama kita hidup ni kita hanya tahu untuk berfikir menempuh segala macam halangan di depan kita tanpa kita memikirkan soal diri kita yang perlukan kebahagiaan. Tak perlu banyak kebahagiaan itu, cukup hanya sekadar menari dalam hujan kita sudah dapat kebahagian itu. Itulah maksud ayat tu.

Cuba kalian keluar sekejap ketika hujan dan bermain menikmati hujan tersebut. Terasa seperti budak2 kan? Tapi itulah hakikatnya kebahagiaan, kita akan lupa sekejap akan masalah di depan kita. Bukan sekadar masalah tetapi juga ianya mengajar kita untuk memikirkan bagaimana untuk kita membuatkan diri kita gembira. ^_^

Dan dalam buku tu ada juga beberapa ayat yang rajin aku salin semula.

~rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. jadi, sentiasa bersemangat sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik.

~keberanian adalah, berasa takut tapi meneruskan juga.

~orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.

~jiwa manusia itu lebih kukuh berbanding apa pun.

~satu-satunya kecacatan dalam kehidupan adalah sikap yang buruk.

~hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang dimilikinya.

~seseorang mengecap nikmat bahagia bukan kerana situasi yang dia alami, tetapi kerana sikapnya ketika mensyukuri nikmat itu.

~pilihlah untuk bersangka baik sesama manusia. ianya memudahkan keadaan.

~rahmat sebuah kehidupan hanya dapat dihitung oleh mereka yang benar-benar menghargai kehidupan itu sendiri

~kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya

~selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita, bukannya perubahan keadaan.

~hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria.

~sekiranya tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah saja cara kita berfikir.

~kanser hanyalah satu perkataan, bukannya titik noktah.

Dan yang lain-lain bolehlah refer pada buku yang dinyatakan di atas. Hihihi~



***********

Menari dalam hujan. Aku tersenyum sendirian. Dah tentu lah aku pernah mandi hujan. Best dan nikmat! Last aku mandi hujan few month ago kat belakang rumah, masa cuti semester sebelum semester pendek bermula. Kat sini memang tak lah kalau nak mandi hujan kan. Banyak mata yang memandang. Curi-curi keluar waktu semua orang ada kat dalam rumah terutama daripada anak buah yang berusia tiga tahun itu. Tapi sempat beberapa minit je sebab terus masuk rumah bila nampak abah ada kat pintu dapur. Haha. Dari dulu, kini dan insyaAllah selagi hujan itu menyembah bumi, hujan memang jadi kesukaan aku. Kalau tak mandi pun, cukup sekadar melihat rintik hujan menyentuh tanah. It's something that only own feeling can describe it! Kadang-kadang akan menangis puas-puas dalam hujan. Nobody will cares. Selalunya bila kat rumah, bila je hujan aku akan cari peluang untuk mandi hujan. Terasa bagaikan berada dalam zaman kanak-kanak walaupun sekarang dah layak jadi isteri orang. Kihkih. Dulu, masa sekolah menengah dan ke bawah, bila je hujan masing-masing akan excited, tanya ma boleh ke tak mandi hujan. Takpun main redah je keluar ikut pintu bilik air dan main hujan keliling rumah. Adik yang paling bongsu di-warning jangan ikut. Kejam betul si kakak dan abang. Tapi itulah nikmatnya. Mana mungkin zaman tu boleh diulang kembali sekarang. Apatah lagi sekarang hujan pun dah boleh datangkan penyakit pada manusia. Paling tak pun demam. 
Ehem, note to myself! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...