Together we are...

Saturday, September 29, 2012

Hantu dalam lif vs Tuan Pangeran hati.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dalam islam tiada kebetulan. Everything is fated. Sejauh mana mengelakkan diri, andai bertemu jua, itu namanya takdir. Jangan menyalahkan takdir. Sesuatu yang berlaku itu tentu ada sebabnya. Hikmah Allah itu luas. Moga terus bertahan dengan kejadian tidak terduga.

Mia merenung buku biru miliknya. Catatan itu telah lama ada di dalam quotes book kesayangannya. Dia tersenyum sendiri.

“Kau kenapa senyum sorang-sorang ni?” tanya Lisa kawan sebilik Mia.

“Teringat insiden semalam.”balas Mia pendek. Dia melangkah ke tepi tingkap memerhatikan gelagat manusia di luar. Pintu bilik mereka diketuk dari luar.

“Yang muka kau macam orang hilang anak ni kenapa Lisa?” soal Yatt yang melangkah masuk ke bilik mereka. Mia ketawa kecil dan Lisa masih pelik.

“Mia ni ha. Apa yang berlaku semalam kat dia?” Mia dan Yatt saling berpandangan dan tawa terletus daripada bibir mereka serentak.

“Kalau kau nak tahu, semalam si Mia ni jumpa hantu dalam lif.”ujar Yatt. Mia tersengih sambil geleng kepala.

“Hantu?”tanya Lisa tak percaya.

"Ya, hantu. Sebab tu Mia ni terkejut at the first sight."

"Hantu yang selalu pensyarah cerita ada kat fakulti malam-malam tu." Mia membuat lelucon.

“Apa ni. Aku tak faham.”

“Kau tahu kan Mia melarikan diri daripada siapa selama ni? Tiba-tiba semalam, terserempak dalam lif. Mia punya terkejut macam nampak hantu. Istigfar panjang dia nampak makhluk tu. Kau tahu la Mia ni macam mana. Bukan boleh tersentak atau terkejut. Haha.” Terang Yatt sungguh-sungguh.

“Maknanya, Mia ni jumpa budak tu? What a surpise dear!” teka Lisa.

“Bingo!”balas Yatt sambil petik jari kanan. Mia hanya membiarkan dua sahabat itu berbual sesama sendiri.

“Habis tu macam mana respon budak tu?” Lisa dah mula jadi penyiasat tak bertauliah.

“Yang aku perasan, dua-dua terkejut la. Mia ni istigfar macam tak nak kuat lak dalam lif tu. Then, masa kat parking dia tengok-tengok la kawan kita ni. Rindu kot.”tawa mereka berdua bergabung. Mia baling bantal bintang miliknya ke arah mereka berdua.

“Eh Mia! Kau tak rasa apa-apa ke masa nampak dia?”soal Lisa lagi.

“Nak rasa apa? Rasa macam nak peluk dia macam orang hilang suami?”tanya Mia sarkastik. Lisa dan Yatt tersenyum sesama sendiri. Faham apa yang Mia maksudkan. Melarikan diri bukan bermakna membenci. Dia dengan insan itu bukan sesiapa, bukan kawan dan bukan juga musuh, bercinta pun tidak, tetapi lebih mengelakkan diri. Entah. Hanya mereka yang mengerti apa yang berlaku. Ada sesetengah orang yang kita tak nak jumpa, tapi bukan bermakna kita tidak suka kehadiran mereka. Cuma tanpa mereka, mungkin kehidupan kita lebih baik.

“Takdir kan Mia? Walau jauh mana kau lari, dia tetap muncul depan kau tiba-tiba.” Yatt memegang bahu Mia tanda memahami. Mia mengangguk. Bagi dia, semua tu hanya ujian buat hatinya.

“Mana tahu tu jodoh kau.”Lisa mencelah. Mia membuntangkan mata. Mereka bertiga ketawa.

“Minta dijauhkan. Mana nak campak Tuan Pangeran hati aku?”

“Tuan Pangeran kau bagi kat Yatt. Dia nak sangat kahwin tu.” Balas Lisa selamba. Sekali lagi mereka bertiga ketawa.

Entah siapa Tuan Pangeran yang Mia maksudkan. Yang dia tahu, dia hanya menjaga hatinya untuk beliau yang bernama suami dan dia yakin hatinya milik orang itu, bukan hantu yang dimaksudkan oleh Yatt tadi. Dan status facebook milik kawannya mengundang dirinya untuk tersenyum lagi. 

Kadang-kadang ada benda yang kita mahu mengelak mahupun berfikir mengenainya, tapi Allah Ta’ala sentiasa mempertemukan kita dengan perkara yang berkaitan. Padahal kita mahu mengelaknya. Mengelak bukan kerana benci. Kerana sayang.

Selepas itu geleng kepala, geli hati.
Tergelak kecil dalam kerinduan sendiri.

Wahai Tuhanku,
apa sebenarnya yang Engkau mahu ajari aku?

Mia mengambil pen. Quotes book di tangannya di buka. Muka surat kosong dicari dan dia menulis sesuatu.

Awak,
tolong muncul secepat mungkin dalam hidup saya.
Biar hati ini hanya mencintai awak, 
lelaki yang halal buat saya.

Yang menantimu jadi suamiku,
Damia Nasuha.


Monday, September 24, 2012

Jauh tapi dekat.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Itu kita!
Aku, kau dan semua yang berkawan baik.
Walau jarak penghalang,
walau tak selalu berhubung,
tapi kita tetap ada dalam hati masing-masing.
Moga Allah rahmati hubungan ini.
Aamiin.

Sunday, September 16, 2012

Qaseh.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Baru terasa nak update entri baru. Hihi.
Rasa semangat kian pulih,
perasaan kian kembali hanya kepada-NYA.
Maha Suci Allah Yang Berkuasa 
terhadap semua apa yang berlaku.
Oh ya! 
Menyepinya aku bukan kerana lelaki,
bukan juga kerana cinta sang adam.
dan Allah Maha Mengetahui.
^_^

Tadi buka facebook.
Tengok profile kawan-kawan lama.
Tetiba terjumpa satu gambar.
Tadaaaaaa!


Serius, aku sangat teruja. Haha~
For sure lah nama kapal tu.
QASEH.
Sebelum ni aku selalu tengok Star Cruise dan lain-lain.
Tapi malam ni..hehehe~
Memang tersengih je aku tengok gambar ni.
Dan2 je aku copy gambar ni daripada album kawan.
Kihkihkih~

By the way,
ni gambar si kawan pergi bercuti di Pulau Pangkor dengan keluarganya. Baru balik ke Malaysia beberapa hari yang lepas.
Masa aku kat matrik, dia sambung diploma di politeknik.
Aku masih di universiti dia dapat tawaran kerja di Dubai.
Dan dengar cerita dia kena transfer ke Bahrain.
Wallahu'alam.

Yang penting untuk kita percaya,
Rezeki..
Allah dah tetapkan untuk masing-masing kan?
^_^

Monday, September 03, 2012

Doa : Cari Jodoh

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah.

Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisiMu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...